Sunday, March 13, 2016

2 tahun pencarian MH370 tanpa putus asa


Bulan Mac merupakan bulan yang cukup memilukan buat rakyat Malaysia dan seluruh dunia, terutama sekali kepada waris-waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada tanggal 8 tahun 2014.


Tidak pernah dilupakan, ia terus diingati dalam pembukaan persidangan parlimen yang baharu bersidang minggu ini.

Sudah dua tahun berlalu... Seramai 239 orang di dalam pesawat termasuk 12 anak kapal melibatkan 14 buah negara berbeza. 38 daripadanya adalah rakyat Malaysia - Masih gagal dikesan.

Pelbagai teori baik alam sains mahupun mistik memenuhi ruang media siber berhubung pesawat malang MH370. Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Tiada lain, semata-mata mahu membantu menemukan pesawat MH370.


Biar apa tanggapan, masih ada pihak yang terus berusaha tanpa mengenal erti berputus asa... Cari dan terus mencari - dimana dan apa puncanya.

Selain kerajaan dipelbagai negara termasuk Malaysia, masyarakat di persisir pantai juga merupakan kumpulan yang sentiasa peka terhadap persekitaran sekeliling.


Baru-baru ini, satu serpihan dijumpai terdampar di kawasan Mozambique, iaitu kawasan yang berdekatan dengan Pulau Reunion.

Kelmarin (Jumaat), serpihan tersebut sudahpun sampai ke tangan pasukan pakar Malaysia untuk diteliti. Ia kemudiannya akan dibawa ke Australia untuk tindakan sama sebelum dapat disahkan sama ada serpihan tersebut adalah milik pesawat yang hilang, MH370 atau sebaliknya.

Pada 3 Mac, serpihan kedua dijumpai di Pulau Reunion yang dikatakan mirip sayap pesawat MH370. Ketika ini, sekumpulan pakar dari Malaysia sudahpun berada di pulau terbabit bagi tujuan penelitian.


Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak dikementeriannya dan kerajaan Malaysia kekal komited dalam misi pencarian MH370 seterusnya berharap agar segala punca membabitkan kehilangan pesawat tersebut dapat dirungkai dengan penemuan bangkai pesawat.

No comments:

Post a Comment