AdSense

Sunday, August 30, 2015

Skandal DEIG - Ini respon pemimpin MCA


Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen politiknya acap kali melaungkan slogan 'Undi Pakatan untuk memerangi rasuah'. Namun ia menjadi persoalan setelah kerajaan PR negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar yang baharu Mohamed Azmin Ali terlibat di dalam skandal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang merisaukan.

Anak syarikat FELDA labur RM1.1 bilion, beri manfaat buat peneroka


Sedia maklum bahawa ketika ini dunia sedang mengalami gelombang ekonomi melibatkan kekuatan dollar Amerika dan kelemahan Yuan China - Dua ekonomi terbesar dunia.

Gelombang ini secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi negara dan menyebabkan nilai ringgit jatuh. Antara syarikat yang merudum adalah dikalangan industri gula.

Saturday, August 29, 2015

myBAS terima sambutan baik di Kangar, Perlis


Sejak mula beroperasi pada 1 Ogos lalu di Kangar, perkhidmatan myBAS telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai apabila jumlah penumpang harian meningkat daripada 271 orang kepada 447 orang.

Pendirian rasmi MCA mengenai #Bersih4


Baru-baru ini ada kenyataan daripada pimpinan sayap parti yang 'mengalu-alukan' penyertaan ahli MCA di dalam penganjuran himpunan haram bershit4.

Friday, August 28, 2015

Buskers Sogo hangin dengan #Bersih4



Penganjur bershit4 DAP tak peduli apa pun. Konon perjuang hak itu ini tapi hak orang lain dia orang tak fikir pun.

Thursday, August 27, 2015

Menjelang #bersih4 : Puak chauvinist teruja serang masjid

Perdana Menteri orang Islam.
Pemimpin Islam memang mudah kena hina. Sebab puak chauvinist mdpat sokongan drp org Islam itu sendiri. Bila dah berpecah, semakin mudahlah agenda mereka.

Bila cakap pasal masjid pun diserang oleh puak chauvinist ini, menunjukkan betapa bencinya mereka pada agama yang dianuti Perdana Menteri.

Perdana Menteri minta umat Islam mengimarahkan masjid je.

Ni tak lama lagi nak diadakan demonstrasi jalanan. Cukup teruja parti chauvinist menghitung hari. Saat parti pemerintah berpecah, maka inilah masa yang amat sesuai untuk menghasut.

Tapi sayang, masih ada yang tak sedar kewujudan perangkap ini. Perangkap yang dirancang dengan teliti bermula dari isu 1MDB. Puak chauvinist tidak mampu menggerakkan strategi rampasan kuasa bersandarkan kepada politik persepsi dan politik kebencian sebegini tanpa bantuan luar.

Tuesday, August 25, 2015

Pemimpin dan masyarakat yang kuat pasti pegang prinsip ini...


Sebelum menghukum...
Bicara adil dulu
Sebab...
Berat beban menghukum

Selamat menunaikan rukun Islam ke 5


Semua maklum bahawa ketika musim haji ini, ramai jemaah daripada negara kita yang akan menunaikan rukun ke 5 Islam itu.

Pihak FELDA tidak melepaskan peluang meraikan bakal-bakal haji yang juga merupakan kakitangan mereka. Baru-baru ini berlangsungnya majlis keraian sederhana di Ballroom Menara Felda, Platinum Park, Jalan Stonor.


Usaha MCA menentang kegiatan mempolitikkan Hari Kebangsaan


Parti DAP sememangnya perlu dipantau kerana mereka kelihatan berupaya untuk memecah belahkan perpaduan yang terbina sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia.

Mereka cukup gemar bermain politik sehingga mencampur adukkannya ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Apabila anggota Majlis Bandaraya Ipoh bersubahat?


Perkara ini mungkin satu isu yang remeh. Tetapi tidak bagi sebilangan besar masyarakat di Taman Indah, Ipoh.

Monday, August 24, 2015

Hak kau hak aku


Hak kau untuk benci Najib Razak,
Hak aku untuk benci Lim Guan Eng.

Sunday, August 23, 2015

10 Gambar Ceria Graduan Universiti Nilai termasuk Pelajar Tajaan FELDA


Semalam, 22 Ogos 2015 berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Nilai 2015 dalam suasana yang cukup meriah dan membanggakan.

Seramai 800 graduan tersenyum puas apabila berjaya menerima anugerah Diploma dan Ijazah mereka. Berdasarkan kepada angka itu, 101 daripadanya merupakan pelajar tajaan FELDA.

Jom lihat antara gambar-gambar yang sempat dirakam oleh jurufoto Unit Studio Felda. Syabas dan tahniah buat para graduan!

Saturday, August 22, 2015

Negara Pulau Pinang MERDEKA : Selamat Maju Jaya DAP


Penulis cukup bangga dengan kesungguhan kerajaan DAP yang kelihatan seolah-olah komited mentadbir negara Pulau Pinang secara sendirinya.

Mula-mula menubuhkan pasukan keselamatan mereka dengan menafikan kuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kini secara halus pula menolak usaha-usaha penyatuan semangat patriotik dikalangan masyarakat Malaysia.

Nampak sungguh betapa komitednya kerajaan DAP ini untuk mengasingkan negara Pulau Pinang daripada semenanjung Malaysia.

Friday, August 21, 2015

AEC pertingkat ekonomi serantau, FGV bimbang perubahan dalam kerajaan dan dasar beri kesan


Para pemain-pemain syarikat di Malaysia perlu merebut peluang untuk memperluaskan pasaran mereka.

Lebih-lebih lagi selepas Persidangan Asean meniup semangat baharu dengan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka ditubuhkan secara rasmi pada hujung tahun ini. Ini sekaligus memberi manfaat kepada komuniti perniagaan.

Apa yang menimbulkan rasa gelisah adalah mengenai kewujudan cabaran-cabaran baharu iaitu melibatkan perubahan dasar.

Sumbangan mesin Hemodialisis diharap tingkat perkhidmatan dan beri keselesaan kepada masyarakat - Liow Tiong Lai


Sebanyak 10 unit mesin Hemodialisis diserahkan Kementerian Pengangkutan kepada pihak hospital dan klinik.

Ia merupakan inisiatif kementerian dengan menyelaraskan sumbangan pembelian mesin berkenaan daripada Lembaga Pelabuhan, Operator Pelabuhan serta syarikat-syarikat swasta berkaitan pengangkutan.

Wow! SPAD tawar diskaun 30 peratus kepada pengguna bas luar KL!


Ramai masyarakat yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang berulang alik ke ibukota dengan kerap, samada atas urusan kerja mahupun peribadi.

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan itu mengambil sikap prihatin apabila menawarkan diskaun 30 peratus kepada pengguna perkhidmatan awam berkenaan.

Thursday, August 20, 2015

BUKTI Manifesto PRU13 PR Selangor GAGAL!




Seronok sangat tabur janji manis semasa pilihanraya umum yang lalu sehingga rakyat dengan senang diperbodohkan.

Beri air percuma! Siapa yang tidak melompat gembira? 

Alih-alih, ia cuma sekadar janji manis untuk tempoh sementara. Penyokong taksub Pakatan Rakyat di Selangor mendabik dada kononnya pemimpin mereka mampu mentadbir sesebuah negeri dengan lebih berjaya. Negeri berkebajikan katanya.

Namun manifesto manis yang ditawarkan itu dibuat secara 'seronok-seronok' demi meraih kuasa pemerintahan.

Pemimpin mereka tidak mengambil kira kesan serta akibat daripada janji manis mereka itu. Langsung tidak ada perancangan teliti.

Senang cakap, manifesto mereka hanyalah tiket bagi mendapatkan kuasa semata-mata! 

Ini pula respon daripada pihak yang lebih arif berkaitan Kajian Semula Skim Air Percuma dan Tarif Air di Selangor :

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohd Azmin Ali yang dilaporkan oleh media massa pada Selasa, 18 Ogos 2015 berkenaan skim pemberian air percuma oleh kerajaan negeri dan kajian semula tarif air.
 
SYABAS amat menyokong usaha Menteri Besar Selangor yang ingin mengkaji semula pemberian air percuma yang mana buat masa ini semua pengguna air domestik di Selangor tidak dikenakan bayaran untuk penggunaan air sehingga 
20 meter padu pertama, kerana ianya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Mengikut rekod kami, jumlah kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor bagi melaksanakan skim pemberian air percuma ini mencecah sekitar 120 juta setahun sejak ianya dimulakan pada bulan Julai 2008. 

Bagi pihak saya, skim ini tidak mencapai matlamat atau sasaran kerana golongan miskin yang amat memerlukan bantuan ini seolah-olah tidak diutamakan apabila golongan kaya juga menikmati faedah yang sama. Ini kerana masih terdapat rungutan rakyat miskin yang tidak mendapat manfaat daripada skim ini. Di samping itu, golongan kaya adalah golongan yang amat mampu membayar bil air masing-masing, lebih-lebih lagi dengan kadar tarif air di Selangor yang amat murah berbanding dengan negara-negara jiran.
 
Selain itu, jumlah kos yang tinggi yang ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor bagi melaksanakan skim air percuma ini boleh disalurkan untuk membiayai lain-lain kemudahan bagi tujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin di kalangan rakyat negeri Selangor.
 
Pada saya, apa-apa perkara yang tidak mencapai sasaran di dalam manifesto boleh diubah atau dipinda demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Saya amat mengalu-alukan sebarang usaha oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohd Azmin Ali untuk memperbaiki manifesto demi kepentingan rakyat. Saya juga merasakan rakyat tidak akan menolak sebarang pindaan terhadap manifesto yang memberi manfaat dan keadilan kepada mereka.
 
Dalam pada itu, pihak saya juga sangat menyokong usaha kerajaan negeri Selangor untuk mengkaji semula struktur tarif air yang sedia ada dengan mengambil kira kos operasi pemprosesan dan pengagihan air terawat yang meningkat setiap tahun. Pada masa ini, pelarasan tarif air yang baharu telah dilaksanakan di beberapa negeri lain di Malaysia iaitu Kedah, Sabah dan Pulau Pinang dan yang terkini adalah negeri Johor. Oleh itu, adalah amat wajar bagi tarif air di negeri Selangor dikaji semula bagi mengekalkan dan mempertingkatkan tahap kualiti perkhidmatan bekalan air terawat kepada pengguna.
 
Saya amat yakin bahawa pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Tuan Mohd Azmin Ali akan mengambil langkah yang berani, wajar dan ikhlas demi kepentingan dan kebajikan pengguna air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 
TAN SRI ROZALI ISMAIL
Pengerusi Eksekutif
SYABAS Dan Puncak Niaga

Sukalah penulis tekankan ayat pada perenggan ketiga yang menyatakan :

"skim ini tidak mencapai matlamat atau sasaran kerana golongan miskin yang amat memerlukan bantuan ini seolah-olah tidak diutamakan apabila golongan kaya juga menikmati faedah yang sama. Ini kerana masih terdapat rungutan rakyat miskin yang tidak mendapat manfaat daripada skim ini."

Jadi, rakyat sendiri nilaikan bagaimana pentadbiran kerajaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor ini. Jelas mereka gagal mentadbir sebuah negeri dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat hanya pandai dan petah berkata-kata... Cerita mereka hebat seantero dunia. Janji mereka cukup menarik dan mengundang rasa terpegun umpama melihat bulan dan bintang. Hakikatnya, mereka gagal dalam perlaksanaan. Bulan dan bintang hanya enak dipandang tetapi tidak boleh dicapai.

Fikirkan...

Wednesday, August 19, 2015

Dari Pudu ke TBS - Peranan SPAD beri keselesaan kepada orang ramai.



Sejak sekian lama... pengguna pengangkutan awam terutamanya bas ekspres di Pudu Raya (kini Pudu Sentral) pasti mengeluh dengan lokasinya yang sentiasa sesak.

Bukanlah kerana pertambahan bilangan kenderaan persendirian semata-mata tetapi berlakunya kesesakan adalah kerana lokasi ini terletak di tengah-tengah kota.

Hari demi hari, tumbuhnya pusat-pusat perniagaan yang seterusnya merancakkan lagi kepesatan ekonomi di kawasan itu. Membangunnya sebuah negara bernama Malaysia.

Namun dalam masa sama, keadaan ini mengundang rasa kurang selesa buat pengguna pengangkutan awam yang ingin pulang ke kampung halaman mahupun ingin keluar bercuti / bekerja di luar Kuala Lumpur.

Sudah tentu, pengguna yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini memandang berat soal penggunaan masa.

Tiada siapa yang gemar bergerak dalam keadaan terburu-buru dan terkejar-kejar. Penulis turut merasai pengalaman tergesa-gesa ini ketika mahu ke Pudu Sentral. Sudahlah berdepan dengan kesesakan lalulintas, boleh pula tercicir barang. 

Kesudahannya, tiket perjalanan yang ditempah itu terpaksa dibatalkan. Beli semula tiket perjalanan yang lain.

Sebab itu langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi Pengerusinya Tan Sri Dr Syed Hamid Albar memutuskan bahawa aktiviti bas ekspress ini akan mula beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Operasi yang akan bermula awal tahun depan ini merupakan satu langkah yang bakal mengukir senyuman buat pengguna pengangkutan awam.

Maka itu dapatlah pengguna dan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas ekspress dalam keadaan yang selesa. Tidak lagi perlu masuk ke tengah kota dan mengharungi kesesakan trafik untuk pulang ke kampung ataupun mahu keluar daripada Kuala Lumpur atas urusan masing-masing.

Sekali lagi terima kasih kepada SPAD yang sentiasa peka terhadap permasalahan masyarakat terutamanya melibatkan pengangkutan awam darat.

Penconteng tembok sama macam penampal iklan ceti





Apa cerita ni? Bukanlah emosi tapi hanya nak tanya dimana penguatkuasaan?

Sebelum ini dinding-dinding dan tembok sekitar ibukota diconteng dengan lukisan yang mengundang rasa sejuk mata memandang.

Lukisan grafiti misalnya, berciri-cirikan kesenian dan membawa mesej positif. Kesenian grafiti yang cantik ini menarik minat generasi muda untuk menjadi lebih kreatif.

Tetapi ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menconteng pula dinding serta tembok dengan lukisan yang buruk.

Langsung tiada nilai-nilai seni hasil daripada tangan si penconteng. Hasilnya saling tidak tumpah seperti poster-poster biadap ceti haram yang ditampal. Bertujuan menghasut orang ramai untuk masuk perangkap mereka. 

Sama macam ceti haram, penconteng harta benda awam ini masih berlaku secara berleluasa. Apatah lagi penganjuran demonstrasi jalanan menjelang tiba. Ini saja cara mereka mendapatkan promosi sekalipun dengan jelas berkelakuan seperti orang tidak bertamadun!

Ini pula kenyataan daripada Ketua Pemuda UMNO WP :

Bersih 4.0 dan gerakan memprovokasi rakyat untuk turun ke padang sudah sampai merosakan harta benda awam.

Tindakan mesti diambil kepada kumpulan ini kerana merosakan harta awam.

Banyak duit rakyat digunakan untuk menaiktarah dan membuat kerja-kerja penyelengaraan untuk mencantikkan Kuala Lumpur, namun apa yang di buat oleh Penyokong Bersih ini amat tidak bertanggunjawab.

Mereka berjanji tidak akan merosakan harta awam, inj belum pun bermula agenda lakonan mereka, kerosakan sudah di lihat.

Kerajaan mesti melaksanakan pemantauan dan diharap mereka ini membayar kembali ganti rugi kepada rakyat terhadap kerugian ini.

Razlan Rafi

Apa cerita Selangor : Khalid tempik Azmin



Agak lama tidak menulis mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah mengenai tindakan kerajaan negeri Selangor mewujudkan entiti baharu iaitu Darul Ehsan Invenstment Group (DEIG) bertujuan mengurus pelaburan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Siapa tidak marah apabila kewujudan ini dibuat tanpa merujuk enakmen khusus, malah tidak mendapat kelulusan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlebih dahulu!

Kerana apa, ia akan menyukarkan DUN Selangor untuk melakukan proses pemantauan segala aktiviti DEIG selaku orang tengah dalam soal pelaburan tersebut.

Ini yang disuarakan oleh Menteri Besar yang digulingkan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ADUN Pelabuhan Klang yang kini menggunakan tiket parti Bebas.

Pertanyaan Khalid ini mengundang rasa tidak senang Menteri Besar Mohamad Azmin Ali.

Azmin sebaliknya menuding jari kepada Khalid dengan memintanya bertanggungjawab ke atas bayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai MBI berjumlah RM2.6 juta sebelum ini yang dibuat tanpa mendapat kelulusan DUN Selangor.

Walhal isu tersebut tidak perlu dikaitkan sama sekali berikutan ia masih berada dalam prosiding mahkamah.

Nampak gayanya, Khalid cukup tenang berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang bertanggungjawab menumbangkannya semasa tempoh pemerintahan sebagai Menteri Besar Selangor tidak lama dahulu.

Tidak hairanlah beliau berasa tenang sedemikian apatah lagi baru sahaja memenangi satu kes mahkamah melibatkan penyebaran fitnah oleh Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail.

Sepertimana yang dilaporkan, Khalid menfailkan saman terhadap parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila memecat keahliannya dan dituduh tidak amanah.

Khalid dengan merendah diri bersetuju menerima permohonan maaf Saifuddin dan PKR serta membatalkan saman yang dikemukakannya. Bukan sahaja menang, tetapi nama Khalid juga bersih daripada kekotoran fitnah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Kini, pejabat Menteri Besar yang diketuai Azmin Ali pastinya berasa takut-takut dengan kebangkitan Khalid. Termasuklah berkaitan isu air yang kini menjadi isu kronik rakyat di Selangor. 

Selepas sahaja peralihan kuasa Menteri Besar berlaku mengikut pintu ajaib, apa lagi perkara yang membolehkan kerajaan PKR ini mendabik dada?

Belum lagi masuk soal PAS-DAP-GHB - pentadbiran yang berpecah belah.

bersambung...

Tuesday, August 18, 2015

Gaji pekerja : Ini jawapan FGV


Media barat berterusan menggunakan penulisan mereka bertujuan menyebar fitnah dan mengundang persepsi negatif.

Jika sebelum ini pemimpin politik, kini syarikat seperti Felda Global Ventures Bhd (FGV) menjadi sasaran mereka.

Seruan SPAD kepada lori angkut bauksit


Lori #bauksit, memberi mimpi ngeri kepada penduduk setempat apabila bahan-bahan yang diangkut itu melimpah keluar daripada lori. Tidak hairanlah berlakunya perubahan warna tar jalanraya daripada hitam legam kepada merah menyala.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) begitu memandang serius berhubung perkara ini.

Monday, August 17, 2015

Ahmad Maslan kena boo. Seronoknya jilat lidah rasmi pembangkang!



Kecoh pasal video Ahmad Maslan kena 'boo' di Pontian baru-baru ni.

Cukup seronok ahli UMNO mengutuk dan mengejek sesama sendiri. Inilah politik dalam UMNO. Suka bertelagah sesama sendiri. Bila hendak berhenti pun tak tahu. 

Kerana apa?

Kerana pembangkang sudah berjaya. Dengan membawa persepsi negatif terhadap kerajaan. 

"UMNO / BN rasuah, Jangan jadi bodoh macam Ahmad Maslan" Ungkapan yang sering kali di ucapkan oleh keyboard warrior pembangkang tanpa henti.

Ahmad Maslan terus menjadi mangsa, hanya kerana sifat beliau yang sentiasa bersahaja dan spontan.

Ya, penulis pun rasa Ahmad Maslan macam badut sarkas. Kerana penulis juga terpedaya dengan penyebaran persepsi pembangkang yang tanpa henti ini. Jangan kau meng Ahmad Maslan kan aku! Cukup catchy ayat ini...

Bukanlah hendak menulis pasal Ahmad Maslan sangat pun. Cuma...

Cukup sedih apabila ahli UMNO bersikap biadap kepada pemimpin - ditempat sendiri. Hak, kebebasan dan keterbukaannya agaknya.

Namun mesyuarat yang membincangkan soal parti suatu ketika dahulu dibincang secara tertutup. DAP ketika ini pun akan menutup pintu dewan mesyuarat mereka dengan rapat. Tidak membenarkan mana-mana media untuk membuat liputan apatah lagi wartawan Utusan - akhbar pembela bangsa dan agama.

Hari ini, agensi berita yang cukup kuat mempertahan dan membela parti bernama UMNO bukanlah medium utama sesetengah ahli. Ahli yang kononnya mengaku generasi 'moden' dan terbuka sehingga terlupa kepada agenda halus media pembangkang seperti Malysiakini.

Syabas buat UMNO 'moden' ini kerana menjilat dengan rakus lidah rasmi pembangkang. Media yang ditubuhkan bertujuan menukar kerajaan UMNO / BN kepada cina cauvinist DAP!

Haramkan keluarga anda menyokong dan baca media kolot seperti Utusan. Utusan hanyalah akhbar yang banyak menulis perihal Islam dan Melayu, rasis kan!

Penulis cabar, mana-mana mesyuarat / perbincangan dalaman parti perlulah dijemput sekali media-media pembangkang ini. Agung kan lah mereka ini. 

Tutup pintu rapat-rapat kepada agensi berita mainstream seperti yang pernah berlaku di Tropicana, ibupejabat PKR.

Agensi berita seperti Utusan juga tak perlu lagi berasa sedih, jika suatu masa dahulu wartawannya tidak dibenar membuat liputan di Dewan Undangan Negeri dinasti Lim Gun Eng dan kini diusir pula dipintu masuk Pejabat UMNO / BN. Sedarlah, mereka tidak memerlukan Utusan lagi. Mereka sekarang lebih percaya dan yakin pada Steven Chan - bos Malysiakini yang cukup bebas dan terbuka, katanya...

Kata pujangga : Ahli PKR baik muda mahupun tua, turun ke jalanraya bersolidariti untuk ketuanya Anwar Ibrahim walaupun didapati bersalah oleh mahkamah.

Friday, August 14, 2015

Malaysia kecualikan tempoh visa rakyat Taiwan daripada 15 ke 30 hari.



Kunjungan pelancong asing ke dalam negara menunjukkan angka yang cukup memberangsangkan.

Perkembangan positif ini dapat dibuktikan apabila rekod pada tahun lepas menunjukkan kehadiran pelancong daripada Taiwan yang cukup tinggi iaitu seramai 274,000 orang dengan tukaran asing lebih kurang RM700 juta.

Sehubungan dengan peningkatan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong memberitahu, kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pengecualian visa kepada rakyat negara berkenaan dinaikkan kepada 30 hari.

Ia seiring dengan keputusan Taiwan yang telah memberi tempoh pengecualian visa yang sama kepada Malaysia sejak tahun 2003 lagi.

Syukur, semoga dengan keputusan ini berupaya merancakkan lagi sektor pelancongan negara kita.

Thursday, August 13, 2015

Fitnah SPRM! Jom baca Malaysiakini... Portal berita paling terbaik!



SPRM NAFI LAPORAN MALAYSIAKINI
 
Merujuk  kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk "MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers", Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009.
 
Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia.
 
Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.
 
DATUK MUSTAFAR ALI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENCEGAHAN)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

*Baca Malaysiakini boleh... percaya jangan!

'Pemikir' PKR mula risau isu dana politik mula sejuk


"Saya merasakan bahawa keadaan kembali sejuk seolah-olah perkara-perkara ini akan berlalu begitu sahaja dan rakyat merasakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sekiranya rakyat berputus asa bahawa tiada apa yang mereka dapat lakukan, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan lebih banyak kerosakan akan berlaku."

Kerjasama FGV-EHP : Fikirlah secara waras - Najib Razak


Tiada lagi yang perlu diragui apabila komuniti Felda dan pemilik saham Felda Global Ventures Bhd (FGV) adalah kuasa penentu kepada apa jua keputusan berkaitan syarikat dalam kerjasama dengan syarikat perladangan sawit PT Eagle High Plantation (EHP) - syarikat ketiga terbesar Indonesia.

FGV menunaikan tanggungjawab mereka dengan membentangkan segala butiran jelas mengenai rancangan kerjasama berkenaan.

Yuan China turun lagi. JOM turun ke jalanraya!!!


China menurunkan lagi yuan mereka berbanding dolar Amerika.

Menurut Sistem Tukaran Asing China, China menetapkan kadar rujukan mata wang negara itu satu peratus lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, hari ketiga berturut-turut negara itu berbuat demikian.

Memetik sumber agensi berita antarabangsa AFP, Bank pusat China menetapkan kadar tukaran yuan pada 6.4010 yuan bagi AS$1, susut 1.11 peratus berbanding semalam pada 6.3306.

JOM turun ke jalanraya!!!


SPAD kaji pemasangan CCTV untuk pengangkutan awam


Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak henti-henti memikirkan langkah bagi memastikan aspek keselamatan orang ramai berada pada paras tertinggi.

Terbaharu, SPAD sedang mengkaji untuk mensyaratkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas dan tren.

Tuesday, August 11, 2015

@liowtionglai gesa masyarakat sertai RELA, jadi tulang belakang negara


Tanggungjawab sukarelawan RELA dianggap penting dalam pasukan keselamatan negara apatah lagi berdepan dengan pelbagai ancaman baharu.

Monday, August 10, 2015

MCA tegur majalah kurang ajar hina MH370


Biadap, sungguh biadap!


Baru-baru ini, majalah yang beroperasi di Perancis, #CharlieHebdo dengan biadapnya menghina mangsa MH370.

Majalah kurang ajar ini memaparkan lukisan yang secara jelas menghina mangsa MH370.

Friday, August 7, 2015

Strategi tersirat buku Time Bombs in Malaysia dan realiti hari ini


Berita menarik yang penuh dengan realiti ini tidak sepatutnya dilupakan....

Sekalipun ia ditulis pada 18 Jun 2015, cerita realiti yang berlaku dalam politik negara ini perlu diambil perhatian serius oleh rakyat Malaysia terutamanya para pengundi dalam pilihanraya.

Teruskan membaca....

Thursday, August 6, 2015

Penemuan MH370 : Tiong Lai hubungi Menteri China untuk langkah susulan




Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menghubungi rakan sejawatannya di China untuk membincangkan tarikh yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat di peringkat menteri.

"Tiga negara, iaitu Australia, China dan Malaysia akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri untuk membincangkan langkah seterusnya. Saya rasa ini paling wajar dilakukan segera.

"Saya telahpun menelefon Menteri Pengangkutan China dan kita telah bincangkan untuk pilih tarikh secepat mungkin untuk tiga pihak bertemu dan bincang apa yang perlu dilakukan seterusnya."

Dalam masa sama, Liow memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu pandangan pakar di kawasan pencarian, samada mahu mengekalkan operasi pencarian ataupun ke kawasan lain.

"Ini semua bergantung kepada cadangan daripada pasukan pakar yang menyiasat daripada awal lagi."

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan penemuan sayap pesawat di Pantai Reunion, Perancis adalah milik MH370, sebagaimana yang disahkan oleh pakar antarabangsa.

Tambah Liow lagi, pengesahan serpihan pesawat MH370 itu adalah berdasarkan tanda selengaraan (maintenance seal) yang sepadan dengan rekod MAS.

Malah ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA), MAS dan pasukan penyiasat.

"Pasukan kita mempunyai rekod sendiri. Rekod selenggaraan MAS mengesahkan serpihan itu milik MAS," jelas Liow.

Kereta sapu belah utara kena 'warning' dengan SPAD!



Pengendali kereta sapu haram yang bermaharajalela di utara tanahair diberi amaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menghentikan kegiatan mereka serta-merta.

Atau mereka akan berdepan dengan tindakan tegas!

"SPAD memberi amaran kepada semua pengendali kereta sapu haram dan kereta sewa pandu yang tidak mempunyai permit terutama di Jeti Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Tindakan mereka bukan sahaja menyebabkan laluan keluar masuk sesak malah turut menjejaskan perkhidmatan teksi yang lain."

Demikian kenyataan Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Utara, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib.

Lantas itu, kegiatan haram berkenaan akan diperangi habis-habisan dalam Ops Tegas yang akan digerakkan selama dua minggu.

Jika ditangkap dan didapati melakukan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM1,000 hingga RM10,000.

Bukan itu saja, kenderaan mereka turut akan disita!

Pada 30 Julai lalu, SPAD dalam Ops Parasit (ulat) Tegas Revus (kereta sapu) 
yang dijalankan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 berjaya merekodkan 9 kesalahan.

Kesemua kenderaan yang menyalahi undang-undang itu seterusnya disita.

Masih lagi berani melakukan kesalahan?

SAH! Kenyataan PM Malaysia mengenai #MH370


8 Mac tahun lepas, negara dan dunia gempar dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Seramai 239 orang penumpang dan anak kapal memenuhi perut pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada radar.

Kini, selepas 515 hari berita kehilangannya... setelah melalui misi pencarian giat yang dijalankan oleh pihak dari Malaysia dan pelbagai negara....

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak awal pagi tadi mengesahkan bahawa penemuan serpihan sayap di sebuah pulau bernama Reunion, Perancis adalah milik pesawat yang hilang, MH370. Pengesahan ini dibuat kira-kira jam 2pagi tadi setelah Perdana Menteri menerima laporan daripada pakar antarabangsa yang berkumpul di Toulouse, Perancis.

Tuesday, August 4, 2015

MH370 : Tunggu laporan penuh, profesor internet stay down

Gambar AFP
Penemuan cebisan pesawat yang dikatakan mirip pesawat yang hilang MH370 perlu disahkan terlebih dahulu.

Orang ramai terutamanya pengguna media sosial diingatkan agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi ketika ini.

Jawapan 1MDB kepada Setiausaha Agung PKR (parti pembangkang)



Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan.

Dikeluarkan pada 4 Ogos 2015

1MDB bebas tuduhan

"1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengesahkan bahawa tiada dana daripada 1MDB dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Kami sentiasa menyatakan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan media pada 3 Julai 2015, dengan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti.

Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan syarikat.

Ini meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun 2015, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.

Suara Lensa : Bila persepsi dan berita cakap-cakap menjadi viral... 

Kalau ada pemimpin pembangkang yang dakwa minuman dalam tin seperti gambar di atas mengandungi peluh babi, menjadi viral di laman sosial, diulang di atas pentas ceramah 24/7, pasti ramai yang percaya.

Selepas siasatan mendapati ia halal dan tidak mengandungi peluh babi, bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

Produk ini akan mengalami kerugian selepas ia diboikot sementara ada pihak yang lain seronok menari meraikan kemenangan.

Bukan soal proses perundangan - heret pemimpin pembangkang ini ke muka pengadilan. Berapa tahun masa yang diperlukan? Tetapi apa yang lebih penting, soal masa kita yang diperuntukkan untuk melayan kegiatan sia-sia.

Bila masa untuk kita membangunkan negara jika 24/7 diperuntukkan untuk melayan karenah pembangkang?

Pengendali BRT tidak dibenar kenakan tambang melebihi kadar yang ditetapkan - SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan bahawa tambang Bas Rapid Transit (BRT) adalah mengikut ketetapan sebagaimana yang ditetapkan.

Ia merangkumi komponen tambang asas iaitu RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer (km) seperti berikut :

6km pertama : RM0.815 setiap kilometer
6km - 12km : RM0.513 / km
12km - 18km : RM0.421 / km
18km - 24km : RM0.282 / km
24km ke atas : RM0.212 / km

"Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT. Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini," kata SPAD dalam kenyataannya.

Pada 29 Julai lepas, SPAD mengumumkan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan struktur tambang BRT bagi Lembah Klang.

Diskaun 50% untuk pelajar, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) juga ditetapkan Kabinet kepada pihak pengendali.


Sekalipun sedar bahawa struktur tambang ini tidak memihak kepada pihak pengendali bagi menampung kos operasi mereka, kerajaan telah meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh 3 tahun kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pihak pengendali.

Untuk makluman pembaca, BRT laluan Sunway ini merupakan bas elektrik pertama di Malaysia dan Asia Tenggara!

Syukur...

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


Monday, August 3, 2015

1MDB - Teringat pada coklat Cadbury



Sebelum ini kan Malaysia kecoh pasal status halal coklat Cadbury.

Semua disebabkan tersebarnya cerita di media sosial yang menjadi viral. Sudah pasti mengejutkan ramai pihak terutamanya masyarakat beragama Islam.

Bertahun-tahun telan coklat itu sehingga ada ahli NGO yang bangkitkan soal bagaimana mahu menyucikan darah seseorang yang memakan bahan mengandungi babi?

Dalam beberapa tempoh, selepas siasatan dijalankan pelbagai pihak termasuklah pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan... alih-alih lain pula keputusan yang dapat daripada hasil siasatan itu.

Coklat Cadbury halal dimakan!

Sehingga hari ini, produk coklat yang ditarik balik, kembali berlambak di pasaran. Bukan itu sahaja, Datuk Siti Nurhaliza antara individu awal yang menjadi duta kepada produk itu!

Demikian serba ringkas mengenai isu coklat yang pernah menjadi tajuk panas di dada-dada akhbar.

Hari ini, setiap kunyahan coklat Cadbury di tempat awam bukanlah menjadi suatu perkara aneh.

Begitulah halnya dengan isu 1MDB yang dimulakan oleh pasukan pembangkang, menjadi topik hangat ketika ini. 

Apabila sesuatu isu diviralkan di media sosial, termasuklah berkaitan berita-berita khabar angin (cakap-cakap), spekulasi dan fitnah... apakah masyarakat yakin pada pihak yang lain selepas tahap keyakinan serta kepercayaan mereka dihakis?

Adakah berita seperti dibawah ini diterima selepas mata dan hati mereka digelapkan dengan sajian berita cakap-cakap, spekulasi dan berita sensasi?

HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015