AdSense

Friday, July 31, 2015

@NajibRazak puji Hadi Awang, tusuk hati orang kerajaan dan UMNO



Pasti ramai yang tersentap (termasuk orang kerajaan / ahli UMNO) dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru sekejap tadi.

"Saya puji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun bersaing (berbeza politik). Presiden PAS pun boleh buat penilaian (isu 1MDB). Apa hal dengan orang kita ni? Tumpang semangkuk."

Betullah kata Najib, kenapa kita mudah terpedaya dengan spekulasi semata-mata? Sepatutnya kita memeriksa terlebih dahulu apa jua berita yang sampai kepada kita.

"Sebagai Islam, kita kena pegang pada prinsip mencari kebenaran dan tidak menghukum seseorang sebelum seseorang itu dibuktikan bersalah." 

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu Haji bagi tahun 2015.

Seramai 1200 orang dikalangan para imam dan pengerusi JKKK/JKKKP dari seluruh negara terpilih menyertai Program Khas Haji YAB Perdana Menteri buat kali ke-5. Program ini ditaja oleh Yayasan 1MDB.

Dalam seronok segelintir pihak menyambut agenda parti lawan menyerang 1MDB yang ketika ini masih dalam siasatan, para bakal Haji ini menadah tangan tanda bersyukur. Semoga para jemaah haji terus dicucuri rahmat dan memperoleh haji mabrur.

Sent from my iPhone

Ops Parasit Tegas Revus : 9 kes direkod, sita kenderaan

Syabas buat pasukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana berjaya menyita beberapa buah kenderaan yang didapati menyalahi undang-undang dalam Ops Parasit (ulat) Tegas Revus (kereta sapu) semalam.

Operasi yang dijalankan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 selama lebih 4 jam itu berjaya merekodkan 9 kes. Berikut merupakan laporan berkaitan operasi semalam :

Wednesday, July 29, 2015

Tuntut keadilan MH17 - Menteri Pengangkutan Malaysia bentang resolusi di Majlis Keselamatan PBB


Malaysia akan membentangkan Resolusi Bagi Tribunal MH17 untuk mendapatkan sokongan daripada kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bertujuan penubuhan tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17.

Terima kasih, UMNO Johor tetap bersama Perdana Menteri dan hormat mantan TPM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sokongan daripada UMNO Johor bagi menyelesaikan pelbagai isu khususnya melibatkan 1MDB.

Oleh itu, rombakan kabinet yang dibentuk ini disifatkan mampu menangani isu yang sedang dihadapi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Timbalan Perdana Menteri ketika ini masih lagi sah sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sebab itu tidak menjadi sebarang masalah untuk beliau merasmikan atau menghadiri mana-mana mesyuarat bahagian.

Mungkin secara mata kasarnya UMNO kelihatan berpecah. Tetapi setelah melihat kepada sokongan padu dan jitu dikalangan kabinet ini, pastinya barisan jentera parti Barisan Nasional menjadi lebih kuat dan mantap.

Mungkin tidak sabar, keliru dan enggan menerima penjelasan berkaitan 1MDB...

Ketika ini isu 1MDB masih di dalam siasatan. Ramai pihak yang terlibat di dalam siasatan yang dijalankan itu.

Jika kita sendiri tidak yakin pada kebersihan dapur dirumah sendiri, bagaimana mahu membuka sebuah restoran yang hebat di dunia?

Saat ini, UMNO dan Barisan Nasional perlu merapatkan barisan dan perkuat jentera bagi berdepan pembangkang di dalam pilihanraya akan datang, PRU14!

BERSATU. BERSETIA. BERKHIDMAT.

Presiden MCA @liowtionglai : Dua portfolio kabinet baharu 'kena' dengan masyarakat Cina


Lihat pada senarai kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua portfolio yang diberikan kepada MCA disifatkan berkait rapat dengan masyarakat Cina khususnya.

Dalam masa sama ia akan dijadikan sebagai landasan kukuh buat MCA dalam memberikan khidmat terbaik buat rakyat sekaligus dapat bersama-sama kepimpinan kerajaan dalam usaha memajukan negara.

Tuesday, July 28, 2015

Wee Ka Siong yakin pada kepakaran hospital kerajaan


Ketika sakit, ada segelintir daripada kita yang berasa megah ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta. Hospital awam / kerajaan dikatakan mundur, tidak cekap dan lembab.

Hospital kerajaan hanya untuk orang-orang miskin. Jika tidak ada duit, usah pergi ke hospital swasta. Hanya pesakit yang hebat sahaja mendapatkan rawatan di hospital swasta.

TEKS1M - Bukan tukar tapi tambah


Ada saja yang tidak kena...

Pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini yang mengumumkan Toyota Innova sebagai model Teksi 1Malaysia (TEKS1M) tidak ada kena mengena dengan senario politik ketika ini. Kononnya ia berlaku akibat daripada percakaran melibatkan orang kuat Proton iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usah cuba mencampur adukkan politik ke dalam urusan meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara.

Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Toyota Innova TEKS1M menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak melibatkan angin politik semasa.


"Kita bukan tukar Exora (Proton) kepada Innova (Toyota) tetapi ini adalah tambahan kepada Exora yang dilancarkan dua tahun lepas. Kita bersetuju menerima Innova untuk memberi peluang kepada pemain-pemain dalam industri ini supaya dapat menggunakan kenderaan lain selain daripada Exora."

Lagipun, bukankah pengeluar Toyota iaitu UMW Toyota itu dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (BHD)?

Untuk makluman pembaca, pada Oktober 2014 lalu, semua kenderaan yang melebihi had usia kelas teksi ini diwajibkan untuk beralih kepada TEKS1M. Ia merupakan sebahagian daripada program Industri Migrasi Teksi di dalam menaiktaraf perkhidmatan sedia ada. Sebanyak 3,367 kenderaan telah mendapat surat kelulusan bagi TEKS1M dan sedang proses melesenkan kenderaan.

Manakala setakat hari ini, sebanyak 300 buah Toyota Innova ditempah untuk dijadikan TEKS1M. Pihak Toyota juga mensasarkan tempahan sehingga 700 unit sehingga akhir tahun ini.

Artikel berkaitan
SPAD umum Toyota Innova sebagai model tambahan - Tingkat mutu perkhidmatan teksi

#RombakanKabinet - Telor siapa kecot sekarang?



Terkejut? Tidak... Banyak kali sudah diberitahu, sabar... sabar... sabar... Isu sekian dan sekian masih dalam siasatan. Dibawa kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC). Dalam tu ada wakil kerajaan dan pembangkang. Betapa telusnya proses yang dijalankan.

Jadi, kalau sudah dipesan banyak kali tetapi masih lagi degil, seolah-olah memasang niat yang lain pula...

"Keputusan ganti TPM dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.

"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.

Rumah yang didiami anai-anai didalamnya sememangnya wajar dihapuskan. Dikhuatiri meruntuhkan binaan rumah itu sendiri.

Telor siapa kecot sekarang?

Sent from my iPhone

SPAD : Model tambahan Toyota Innova tingkat mutu perkhidmatan teksi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan kenderaan jenis Toyota Innova untuk TEKS1M sebagai model tambahan sekaligus merealisasikan hasrat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dalam negara.

Dengan penglibatan UMW Toyota ini, ia akan memberikan pilihan tambahan buat pengendali dan pemandu TEKS1M untuk menaiktaraf kenderaan mereka seterusnya menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.




Menurut Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, bilangan pengguna teksi akan meningkat apabila taraf perkhidmatan teksi bertambah baik dan secara langsung pendapatan pemandu teksi juga akan bertambah.


"Oleh itu, di dalam sebarang perancangan penambahbaikan oleh SPAD, kita mengambil kira semua golongan, sama ada untuk pemandu teksi dan juga pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi.

"Ia sekaligus merupakan situasi yang membawa manfaat kepada pemandu teksi dan juga penumpang apabila pemandu akan dapat menikmati pendapatan yang lebih baik sementara penumpang pula dapat menikmati perkhidmatan yang lebih selesa," ujar beliau.

Seramai 1,021 pengendali individu dan pemandu TEKS1M mendapat latihan daripada SPAD dan diharap menjadikan perkhidmatan TEKS1M sebagai antara yang terbaik di Asia menjelang 2017.


Jangan lupa Ogos ini - Gempak Keluarga FELDA


Buat warga #FELDA, jangan lupa program jelajah 10 lokasi yang dianjurkan secara bersama Felda Global Ventures, Yayasan FELDA dan Astro Malaysia.

Monday, July 27, 2015

#1MDB - Sabar tunggu keputusan siasatan. Tak perlu hakis kepercayaan rakyat, tegas @PMOMalaysia



Apa kecoh sangat pasal isu 1MDB ni? Dia punya 'push' tu lain macamlah!

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini meminta orang ramai supaya bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB.

Ia bagi menentukan kesahihan mengenai pelbagai dakwaan yang wujud.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak terbabit untuk menjalankan tugas mereka. Oleh itu semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut. Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

"Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus membuat tuduhan tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti."

Kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB. Ini termasuklah arahan kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Selain itu, satu dokumen 'Fact Sheet' mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua Menteri Kabinet sebelum ini.

Satu Pasukan Petugas Khas juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh sebuah media asing bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta pendedahan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo bahawa beliau telah menjual dokumen yang dicurinya kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan kerajaan.

Sent from my iPhone

ETS baharu diuji, ZELC jamin selamat @liowtionglai


Tren Elektrik (ETS) yang baharu masih diuji dan belum lagi digunakan, demikian kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dua gerabak ini masih belum mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ini kerana, SPAD bersama pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad

(KTMB) sedang bekerjasama dan masih memerlukan sedikit pelarasan terhadap sistem keselamatan perlindungan automatik keretapi (ATP).

Dalam masa sama syarikat dari China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) memberitahu bahawa pihak mereka memberi jaminan keselamatan terhadap dua gerabak ETS tersebut dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Namun yang demikian, ZELC juga sedia maklum bahawa kelulusan perlu diperolehi dan perlu mematuhi beberapa ujian sebelum ia beroperasi.

Ini termasuklah melibatkan keserasian 'trainset' dengan landasan keretapi yang dibina termasuk isyarat, pengurusan dan krew keretapi. ZELC mendapati bahawa masalah yang timbul bukanlah datang daripada trainset tetapi berpunca daripada kerosakan 'balise' iaitu alat isyarat balas.

Pembaca boleh rujuk kenyataan ZELC seperti dibawah :



Pada 10 Julai lalu, perkhidmatan ETS dari KL - Padang Besar dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan dan menerima respon yang cukup positif dikalangan orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membuka peluang kepada orang ramai bagi memberi pandangan dan cadangan tambahbaik perkhidmatan ETS tersebut.

Sunday, July 26, 2015

Star Cruises - Mudahnya @cmlimguaneng tuding jari? @MOTMalaysia


Licik sungguh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuding jari kepada pihak lain dalam sesuatu isu...

Berhubung penamatan pelayaran #StarCruises di Pulau Pinang, Ketua Menterinya bertindak menuduh pihak Barisan Nasional (BN).

Saturday, July 25, 2015

Insiden brek LRT : SPAD pandang serius, tubuh jawatankuasa khas


Penubuhan jawatankuasa khas berhubung insiden kegagalan brek Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlaku baru-baru ini merupakan satu tindakan pantas dan tegas pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Thursday, July 23, 2015

HB DS @NajibRazak



Selamat ulangtahun kelahiran DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia yang disayangi.

Semoga panjang umur dan sentiasa diberkati Allah S.W.T. Terus cekal dan tabah harungi ujian dalam usaha memacu Malaysia.

Jom hayati video dibawah yang ditujukan khas buat Perdana Menteri, terbitan Yayasan Mesra bersama Kumpulan Felda.


Friday, July 17, 2015

Syawal : Perkukuh hubungan, erat perpaduan - Presiden MCA @LiowTiongLai



Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengharapkan sambutan Aidilfitri kali ini dijadikan sebagai pemangkin dalam mengukuhkan hubungan silaturrahim serta persefahaman dikalangan masyarakat Malaysia.

Katanya dalam kenyataan media, Malaysia adalah sebuah negara yang bertuah berikutan keharmonian masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana harmoni.
  
"Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan. 
  
"Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. 
  
"Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara. 
  
"Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang. 
  
Sekali lagi, saya ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" dan "Maaf Zahir Batin" kepada semua."

Thursday, July 16, 2015

Ingatan buat orang ramai yang pulang berhari Raya : Jangan lupa PAKAI TALIPINGGANG KELEDAR!!!


Pemakaian talipinggang keledar tempat duduk belakang dikalangan masyarakat Malaysia ini cukup rendah iaitu hanya 7% - 9% sahaja.

Sebab itu Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) pada tahun 2015 yang bermula 11 - 25 Julai ini antara lain menitik beratkan soal keselamatan melibatkan penumpang di kerusi belakang.

Kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak penguasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dalam operasi penguatkuasaan penggunaan talipinggang keledar penumpang kerusi belakang.


Selain daripada itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga mewartakan penurunan had laju yang bermula 10 - 25 Julai 2015. Antaranya ;

Jalan Persekutuan : 80km/j (turun 10km/j)
Jalan Negeri : 70km/j (turun 10km/j)

Kempen yang dijalankan ini adalah bertujuan meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya terutamanya pada musim perayaan ini dan dalam masa sama mengawal pergerakan aliran trafik.

Pelbagai pihak turut terlibat dalam usaha ini termasuklah Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM), KKR serta agensi-agensi seperti JKR, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, JKJR dan JPJ.

Sementara pihak JPJ, PDRM dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula berkerjasama dalam usaha menjalankan operasi penguatkuasaan.

Ops HRA 2015 ini melibatkan seramai 1,800 anggota JPJ yang akan ditempatkan di lokasi statik bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan. Manakala seramai 1,000 orang ahli Skuad Muda 1JPJ juga ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu bagi menjalankan aktiviti advokasi.

#SelamatHariRayaAidilfitri
#HatiHatiMemandu
#OpsHRA2015

Monday, July 13, 2015

Kegusaran MP Kota Tinggi terhadap agenda teroris dunia


Tersedar dari mimpi....
Sebelum lupa, coretan utk dkongsi...

Drama 911. 
WTrade Centre dan Pentagon di serang AlQaeda! 

IRAQ di FITNAH punca. Kononnya ada WMD. (Weapon Mass Destruction)
AFGHANISTAN di FITNAH dalang. Pelindung AlQaeda.

Iraq dserang dtawan
Afghanistan dserang dtawan.

Jutaan rakyat Iraq dan Afghanistan tidak berdosa sengsara derita dan dibunuh mati! Hingga kini ...belum berhenti.

Dunia mudah lupa, 
dunia sudah lupa, 
dunia buat2 lupa.

Mendengar?
Tiada mahkamah yg sudi.
Menghakim?  Jauh sekali. Menghukum? Jgn mimpi.  


FITNAH membunuh!
Fitnah membunuh rakyat Iraq dan Afghanistan.

FITNAH Pembunuh massa. FITNAH Pembunuh bersiri,
FITNAH Pembunuh kebal. FITNAH terlepas lagi...scottfree....ada yg peduli?

Pembunuhan massa dan bersiri mengganas lagi. 

ARAB SPRING..
Di Algeria, 
dan kemudian Libya,  
dan kemudian Mesir.

Satu persatu...
tiada yg berani,
Ramai berdiam diri,
lebih malang lagi 
ada yg berkata..." ah tak.. mungkin satu konspirasi. Sepatut nya muhasabah dan salahkan diri sendiri!"

Palestin? 
Itu ceritera hakiki...dari dulu lagi..

Syria dan ISIL? 
Tembak mati ramai2.
Sembelih ditayang2.
Bakar tawanan hidup2.

Dan terkini...?

Skrip WMD berulang lagi.

Mara, Felda, TabungHaji dan 1MDB? 
UMNO BN PM dan isteri?

Bulu roma dah berdiri...


Tersedar terjaga...aku mengucap berkali2....

Nukilan
Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Ahli Parlimen Kota Tinggi

#PlazaLowYat : #KPDNKK diminta beri nama pegawai berkuasa



Mesti kena ada tindakan sendiri oleh orang ramai, baru 'orang atas' hendak ambil tahu.

Insiden #7bersaudara di Plaza Low Yat telah membuka mata ramai pihak.

"Tiada angin mana mungkin pokok bergoyang"

Ada yang kata salah seorang daripada 7bersaudara ini didapati mencuri. Ada yang terlepas pandang apabila lelaki terbabit dikatakan mempunyai resit pembelian. Bagaimana timbul soal kecurian apabila wujud resit pembelian? Kenapa pula seorang pencuri hendak kembali memasuki premis berkenaan? Ingin membuat pengakuan "Ya akulah yang mencuri telefon itu"?

Pakar undang-undang di laman sosial berpendapat bahawa alangkah bijaknya 7bersaudara ini menggunakan kuasa undang-undang. 

Tetapi... berapa pula kos guaman yang perlu dibayar oleh lelaki itu? Berapa lama pula masa diperlukan untuk menghabiskan proses berkenaan? Sesi pendengaran, hujah, jawab balas, permohonan rayuan, pendengaran semula, hujah, jawab balas, rayuan ke mahkamah persekutuan, pendengaran, hujah.....

7bersaudara ini membuka mata ramai pihak.

Muncul keberanian suara-suara awam mengenai status barangan di Plaza Low Yat. Masyarat kembali berani bersuara selepas melihat raut wajah pemuda 7bersaudara yang bertebaran di laman sosial.

Suara yang suatu ketika dahulu tenggelam, dipinggirkan, dipandang sepi, diabaikan... kerana hanya dilontar menggunakan air liur dan surat-surat kecil bersaiz A4.

Dah lama dah...

Tidak semudah itu untuk pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan hanya memerhati dari jauh sambil menutup muka dengan bantal. 

Mahu adakan siasatan selepas menerima laporan rasmi. Pergaduhan dan pertengkaran itu sememangnya tidak rasmi. Persoalannya, sudah terhantuk baru tengadah? Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?

Sebelum ini kumpulan cauvinist acap kali menuduh kerajaan rasuah, rasuah dan rasuah.

Sedangkan kerajaan bersungguh-sungguh membanteras gejala rasuah!

Memandangkan masyarakat sudah mula mempersoalkan status ketulenan Plaza Low Yat secara terbuka, maka eloklah pihak KPDNKK mengeluarkan senarai nama 'pegawai berkuasa' yang 'berkhidmat' di kawasan segi tiga emas ini, mengikut tahun. Alangkah baiknya jika senarai nama lengkap dikeluarkan sejak berdirinya Plaza Low Yat di Tanah Melayu ini.

Ini bertujuan mengelakkan tanggapan buruk orang ramai terhadap pihak kementerian secara keseluruhannya. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jika pihak KPDNKK begitu berani menyerbu kawasan-kawasan perniagaan lain, apalah salahnya tampil dengan hanya mengemukakan nama individu atau kumpulan kecil yang 'berkuasa' di Plaza Low Yat.

Masyarakat Malaysia pasti mahukan laporan lengkap mengenai aktiviti-aktiviti KPDNKK bersama agensi-agensi terlibat. Berapa banyak aduan diterima, berapa kali pemantauan dilakukan, berapa pula kesalahan yang berhubung kait dengan penipuan direkodkan...

Atau sememangnya tidak ada sebarang kesalahan dan masalah yang wujud di Plaza Low Yat?

Thursday, July 9, 2015

Duit Raya buat Peneroka FELDA



Syukur Alhamdulillah...

Peneroka #FELDA pasti berasa seronok setelah mendengar pengumuman berhubung pemberian duit raya berjumlah RM900 yang akan diberikan pada 13 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) itu melibatkan dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM600 bagi setiap peneroka, sementara duit raya berjumlah RM300.

Keseluruhan dividen itu berjumlah RM59.2 juta dan duit raya pula bernilai RM29.6 juta.

Sebelum ini, kita dihidangkang dengan pelbagai kata-kata cacian termasuk fitnah serta persepsi memburuk-burukkan FELDA yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

Namun bagi kerajaan, keutamaan kepada rakyat adalah menjadi perkara asas. Sebab itu pelbagai usaha dijalankan dan ia dibuktikan dengan siapnya projek terbaharu iaitu Perumahan Generasi Baharu FELDA yang terletak di FELDA Pasoh 1.

Saturday, July 4, 2015

Selak fakta sejarah sebelum menyerang membabi buta

PROPAGANDA YAHUDI BUKAN SAJA UNTUK JATUHKAN NAJIB RAZAK TETAPI LEBIH DARIPADA ITU

4 Julai 2015

Iraq adalah sebuah negara yang amat berbahaya kerana mempunyai teknologi 'Bom Kimia' yang dilarang penggunaannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Itu adalah tuduhan dan propaganda terancang yang dijana oleh Yahudi satu ketika dahulu sebelum Amerika Syarikat menawan negara teluk ini.

Dengan menggunakan isu sebegini, kerajaan Iraq ditekan dan disekat ekonomi mereka sebagai salah satu cara membenarkan negara yang merdeka ini dimasuki dan dilondehkan strategik pertahanan mereka.

Setiap hari media Yahudi menanam propaganda kononnya kerajaan Saddam Hussein amat berbahaya kepada keselamatan negara-negara serantau dan seluruh dunia. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengecam dan menghalalkan pelan serangan terhadap Iraq.

Namun selepas penaklukan tentera AS. Tiada sebarang penemuan senjata berbahaya yang ditemui seperti yang digembar gemburkan selama ini hasil daripada risikan mereka kononnya.

Inilah kekuatan media Yahudi yang sering dijadikan senjata utama untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam yang berpengaruh.

Hari ini media-media Yahudi tersebut sudah bertapak di Malaysia dan berupaya membina legasi mereka sendiri di sini. Malaysiakini, Malaysian Insider & The Edge merupakan rangkaian media Yahudi yang mendapat sokongan daripada WallStreet Journal, AFP, CNN dan BCC.

Matlamat utama mereka adalah memburukkan Malaysia di persada dunia dan dalam masa yang sama menjadi senjata menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Kemunculan portal Sarawak Report yang terkenal dengan pembohongan isu-isu semasa sengaja dijadikan rujukan oleh media tempatan dan luar negara hari ini.

Dalam dunia yang semakin tiada sempadan, keruntuhan sesebuah kerajaan Islam sememangnya dinantikan dan dengan cara pelaksanaan yang amat mudah. Bermodalkan fitnah yang memberi impak besar sebagai propaganda utama.

Iran antara negara yang disasarkan untuk diserang dengan tuduhan mempunyai senjata Nuklear. Namun negara ini bernasib baik kerana tidak termakan dengan desakan Yahudi di kala hampir seluruh negara kuasa-kuasa besar dunia telah hampir pasti menyerang Iran tetapi ianya berjaya dipatahkan dengan ketegasan pemimpin dan rakyat menangkis fitnah besar Yahudi.

Sekarang ianya sedang melanda kerajaan yang stabil di rantau Asia, Malaysia. Di sini penduduknya bijak dan senantiasa dapat menangkis dakyah propaganda Barat. Tetapi agenda memecahbelahkan perpaduan rakyat telah berjaya dilakukan mereka sedikit demi sedikit terutama di kalangan bangsa terbesar di sini yakni orang Melayu.

Portal Sarawak Report yang menjadi 'pilihan' sebilangan rakyat Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbukti kononnya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank peribadinya. Di mana logik dan kewarasan ianya dilakukan oleh pemimpin nombor satu negara yang semata-mata mahu mencuri wang kerajaan?

Apakah ini pelan jangka masa panjang untuk merehatkan Perdana Menteri? Benar atau tidak, bukanlah asasnya tetapi menggunakan media dan proganda Yahudi itu bukan sebaik cara menfitnah.

Sekiranya perkara ini tidak benar, sudah pasti pihak yang teraniaya akan menggunakan mahkamah dunia untuk mengadili mereka. Ada sesetengah pihak yang menyarankan agar Perdana Menteri menyaman WSJ namun adakah dengan cara itu membolehkan mereka didapati bersalah dan menjatuhkan hukum kepada mereka?

Tahukah kita berapa lama tempoh masa akan diambil untuk proses keadilan tersebut? Lihat apa yang terjadi di Iraq?

Setelah siasatan mendapati ianya adalah fitnah terancang, negara tersebut sudah pum hancur dan Islam sudah punah di sana.

Sebagai Rakyat Malaysia, amat wajar kita terus mengekalkan kewarasan kita untuk meneliti lebih baik dengan maklumat yang datang.

Kalau benar berita tersebut, seharusnya tajuk yang patut digunakan bukanlah bersifat "sumber maklumat, kemungkinan". Ini yang perlu difahami oleh semua pihak, iaitu antara berita benar atau berita bersandarkan andaian semata-mata.

Saya memohon dan merayu agar kita kekal bersatu dalam menempuh dugaan yang hebat ini. Secara pastinya ianya bukan ditujukan kepada Perdana Menteri semata-mata tetapi kepada kita semua untuk menilai.

Proses saman tetap akan berlaku tetapi apa yang sudah dirosakkan oleh Yahudi akan tetap terpahat dalam pikiran segelintir rakyat di sini.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Sent from my iPhone

Friday, July 3, 2015

Beri dana kepada PM? Ini jawapan balas 1MDB

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 3 Julai 2015

Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, #1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri.  Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat.

Fakta yang anda perlu tahu tentang no plat PATRIOT


Kekeliruan dan kontroversi plat #PATRIOT berpunca selepas manipulasi fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia menjadi lebih parah apabila dipolitikkan oleh Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming.

Namun kenyataan mereka yang disiarkan melalui laman #Malaysiakini mengandungi fakta tidak tepat dan telah di putar belit sekaligus mewujudkan persepsi negatif ke atas Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM).

Thursday, July 2, 2015

Pengoperasian semula laluan KTMB : SPAD tekan soal keselamatan



Pengoperasian semula Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Krai

Cuti perayaan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini memaklumkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan pengoperasian semula perkhidmatan keretapi Gemas-Gua Musang, Kemubu-Krai serta pembukaan landasan Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas.

Cadangan itu disambut baik SPAD namun dalam masa sama faktor keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan sama sekali, apatah lagi perkhidmatan itu akan bermula pada musim perayaan dan sudah pasti dikunjungi oleh ramai pengguna.

Wednesday, July 1, 2015

Kritikan kitar semula : Tak perlu PM jawab



Rakyat yang akalnya celik mampu untuk menjawab segala persoalan yang cenderung ke arah kritikan itu.

Lensa hanya boleh bersetuju tentang persoalan terhadap pegawai-pegawai atau penasihat-penasihat Perdana Menteri ketika menjalankan tanggungjawab turun memantau permasalahan rakyat di bawah. Dengan isu-isu berbangkit hari ini kelihatan seolah-olah pegawai-pegawai tersebut tidak memberikan laporan yang tepat kepada Perdana Menteri.