AdSense

Thursday, April 30, 2015

#GST : Tudiaa... peniaga sudah kena laaa



Sebab itu kita rakyat Malaysia jangan cepat melatah... Kononnya, sebab GST maka harga barang naik. Walhal sebelum GST dilaksanakan lagi harga barang sememangnya sudah naik! Jenuh la agensi penguatkuasa nak pantau...

Cukai GST yang baharu menggantikan SST ini ternyata satu langkah berani kerajaan, sekalipun dituduh macam-macam oleh pembangkang.

Pihak kerajaan sekarang dilihat begitu komited membanteras segelintir peniaga yang degil dan terang-terangan memperdayakan pengguna!

Wednesday, April 29, 2015

Putar belit pembangkang pasal PGBF, INI PENJELASANNYA! #FELDA


Menjelang hari pembuangan undi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin pada 5 Mei ini, puak-puak pembangkang tidak putus-putus menyuntik racun kepada pengundi berkaitan FELDA.

Terbaharu, mengenai isu kos dan harga projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang diputarbelit oleh pembangkang.

SEBARKAN!!! Video calon BN #PRKPermatangPauh



Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh Suhaimi Sabudin.


Tuesday, April 28, 2015

Respon awal pengundi Cina #PRKPermatangPauh


Kira-kira 20 peratus pengundi Cina di sekitar kawasan Seberang Jaya dan Permatang Pasir dilihat cenderung ke arah parti Barisan Nasional (BN) setakat hari ini.

Sementara lain-lain kawasan termasuk kubu kuat PAS juga kelihatan memberikan respon yang positif.

Monday, April 27, 2015

#PRK Rompin - Peneroka derita saham FGV jatuh??? Ini jawapannya...


Kalau sudah namanya pembangkang, semua benda hendak dibangkang!

Menerusi NGO lidah pembangkang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), mereka sedaya upaya memancing perhatian peneroka FELDA dengan isu berkaitan saham Felda Global Venture Holding Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia.

Tuduhan liar mereka, kononnya peneroka tertipu atau menderita dek kejatuhan harga saham FGV.

Buat anak-anak peneroka yang celik, sebarkan berita berdasarkan fakta ini kepada orang-orang tua dan masyarakat kita di gugusan sana.

#PRKRompin - Pemuda UMNO tak turun? Hishammuddin jawab...


Biasalah... ada sahaja tindakan-tindakan menambah rencah untuk melaga-lagakan parti keramat UMNO ini... lebih-lebih lagi di saat tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Tuduhan liar kata Pemuda UMNO tak bantu jentera parti kerana tidak terpilih sebagai calon di kawasan itu sebenarnya bukanlah isu pokok yang perlu dihangatkan pada masa ini.


MCA : DAP main wayang di #PRKPermatangPauh


Kononnya demi calon kitar semula, isterinya si Anwar, maka DAP akan memastikan kerjasama dalam pakatan untuk memenangkan calon tersebut.

Umum mengetahui, DAP dalam tahun ini cukup lantang menghina PAS, sampai berlaku penceraian di seluruh negara!

Sunday, April 26, 2015

"Wa kenal ini baju, wa mesti undi ini logo BN!"


Itulah ungkapan ringkas daripada pengundi warga emas di Permatang Pauh.

Cukup tersentuh apabila melihat raut wajah warga emas daripada masyarakat Cina ini ketika bertemu dengan pemimpin no 1 MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Begitu juga situasinya dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong yang kelihatan gigih bersama jenteranya turun ke padang menemui pengundi Cina.

Sementara pada hari ini pula,seramai kira-kira 20 orang penceramah daripada MCA termasuk dikalangan pemudanya turun padang bertemu masyarakat setempat terutamanya dikawasan pengundi Cina.

Mereka juga memberikan kesedaran kepada pengundi mengenai betapa pentingnya untuk mereka mengundi calon BN Suhaimi Sabudin pada #PRKPermatangPauh ini.


Daripada respon, keadaan digambarkan lebih baik berbanding sebelum ini, masyarakat dilihat lebih fokus mendengar ceramah daripada BN ini.

Sekalipun Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim, namun tidak mustahil ia berupaya dipecahkan BN.

Selain daripada perasaan muak rakyat Permatang Pauh terhadap calon keluarga Anwar, mereka juga dilihat mahu mendapatkan pembaharuan kepimpinan di kawasan itu dan tidak rela untuk memiliki pemimpin yang akan menghilangkan diri.

Tugas untuk merampas kembali kerusi Permatang Pauh daripada parti keluarga Anwar ini pastinya sukar namun tidak mustahil ia membawa kejayaan apabila gerak kerja jentera BN yang padu dan berterusan ini akan menyedarkan rakyat!




Saturday, April 25, 2015

#PRKPermatangPauh - Apa itu Nepotisme dan pelapis berkaliber?

PKR GUNA CALON KITAR SEMULA BUKTI MEREKA KETANDUSAN PEMIMPIN BERKALIBER

Seperti sudah dijangka bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap terus mencalonkan Presiden parti itu sendiri merebut dan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Calon kitar semula, Datin Seri Wan Azizah Ismail adalah bukan nama asing dalam arena politik tanah air. Nama serta keupayaan beliau lebih dikenali sebagai seorang wanita yang gagal memimpin rakyat.

Jika dilihat pada rekod-rekod lampau beliau sebelum ini, jelas tidak menunjukkan apa-apa pencapaian terbaik terutama di Parlimen Permatang Pauh ini. Setelah memegang jawatan untuk beberapa tahun, kemudian beliau serahkan kerusi Parlimen ini kepada suaminya selepas dibebaskan dari penjara.

Lebih kritikal juga beliau tidak memiliki rekod yang baik apatah lagi cemerlang di DUN Kajang apabila beliau lebih selesa menghilangkan diri ketika rakyat memerlukan bantuannya. Lebih menyakitkan hati pengundinya di DUN ini, setelah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang hasil percaturan mengarut parti tersebut sebelum ini, tiada satu jasa pun yang dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Kajang seperti yang diharapkan.

Masalah banjir tetap juga berulang-ulang kali berlaku jika hujan lebat. Bahkan permasalahan ini berlaku sebelum ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Namun langkah menangani isu ini tidak juga diambil secara proaktif.

Hari ini sekali lagi beliau menawarkan diri untuk menjadi suara rakyat Permatang Pauh. Ini kali kedua beliau bertanding di sini, mungkin atas alasan yang sama.

Namun apa yang pasti, pencalonan ini boleh diibaratkan seolah-olah keluarga Anwar Ibrahim tidak mempercayai mana-mana orang termasuk kalangan ahli serta penyokong mereka sendiri. Tetapi dalam masa yang sama masih menagih sokongan pengundi Permatang Pauh.

Ini adalah realiti yang sukar diterima oleh sebilangan penyokong PKR apabila kepimpinan hanya membuat keputusan berdasarkan keinginan melampiaskan nafsu dengan membolot seberapa banyak jawatan semata-mata tanpa menghiraukan suara akar umbi di peringkat bawahan. Ketidakpuasan hati para penyokong PKR dari seluruh Malaysia terutamanya boleh dilihat menerusi laman sosial hari ini.

Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kepentingan kebersamaan dalam menentukan calon terbaik dan membariskan muka baru untuk penduduk di Parlimen 044.

BN kali ini menamakan Anak Muda untuk membawa perubahan, memperjuangkan pembangunan yang sekian lama tertunggak.

Tentu sekali tiada istilah calon kitar semula dalam perjuangan UMNO / BN bagi membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Sent from my iPhone

Friday, April 24, 2015

SEBARKAN fakta FELDA ini, tolak auta pembangkang!


Baru hendak panas enjin, pembangkang sudah tersungkur setelah hasrat untuk memburuk-burukkan FELDA tidak berjaya...

Seperti yang sedia maklum, pembangkang selalu sahaja bermain dengan tuduhan liar untuk meraih perhatian. Cubaan mereka untuk meracuni masyarakat FELDA ternyata menemui jalan buntu.

Kononnya isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) di Bursa Malaysia sebagai satu kesilapan kerajaan. Pastinya ia menjadi bahan jenaka.

Untuk makluman, FGVH Sdn Bhd ini mula diperbadankan pada 19 Disember 2007 dan berperanan sebagai sayap pemacu kepelbagaian dan globalisasi kumpulan niaga.

Pada 18 Januari 2012, FGVH telah ditukar kepada Syarikat Awam Berhad seterusnya dikenali dengan nama FELDA Global Venture Holding Berhad.

Ini merupakan satu langkah berani FELDA dengan menjadikan FGVH sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang pertanian di peringkat antarabangsa.

Hakikatnya, penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada bulan Mei 2012 adalah bertujuan mengangkat martabat FELDA ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila masyarakat FELDA dibawa ke peringkat global, ia sekaligus meningkatkan ekuiti bumiputera di pasaran modal negara!

Perlu diperjelaskan, tindakan ini juga telah membuka ruang dan peluang komersial di peringkat global. Apa yang lebih menggembirakan, peneroka FELDA kini berupaya menyertainya dengan memiliki saham dalam FGVH dan kemudiannya memperoleh dividen!

Sebab itu, apabila mengetahui perkara sebenar, pembangkang mulai takut. Mereka berasa terlalu bimbang sekiranya rakyat terutamanya masyarakat FELDA menikmati manfaat yang diberikan oleh kerajaan. Ini adalah kerana mereka buntu dan ketandusan modal politik bagi meraih sokongan lebih 28 ribu pengundi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Pahang.

Majoriti peneroka FELDA termasuk golongan muda dilihat kekal teguh bersama parti Barisan Nasional (BN). Mereka sedar, kepimpinan kerajaan dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa manfaat kepada mereka.

Sebarkan fakta ini, elakkan masyarakat FELDA daripada terpedaya dengan auta jentera pembangkang!

Inisiatif SPAD beri manfaat kepada rakyat terjejas banjir


Orang ramai termasuk para pelajar di Kelantan kini menarik nafas lega setelah wujudnya perkhidmatan bas henti-henti di kawasan mereka.

Perkhidmatan yang dinamakan 'CityLiner' ini mula beroperasi pada 13 April lalu dan ianya juga merupakan inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menjalankan kerjasama dengan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).


Sedia maklum, penduduk di Pantai Timur diduga dengan bencana banjir yang teruk sehingga mengakibatkan pelbagai kemusnahan termasuk laluan pengangkutan awam seperti landasan keretapi - yang menjadi pengangkutan utama mereka.


Lantas itu, sebanyak 3 perjalanan sehari disediakan untuk pengguna bagi laluan Dabong - Kuala Krai dan Kuala Krai - Dabong.

Sementara bagi laluan Jeli - Kuala Balah - Jelawang - Dabong juga dilanjutkan perkhidmatannya bermula 14 April lalu.


Ternyata usaha yang digerakkan oleh agensi terlibat ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sebagaimana yang dilaungkan kerajaan kini benar-benar direalisasikan.


Thursday, April 23, 2015

Wee Ka Siong tepis tuduhan kononnya MCA tak tumpu #PRKRompin


Tuduhan yang dilemparkan kepada MCA kononnya mereka tidak memberi tumpuan di PRK Rompin ternyata sekali tidak berasas.

Melihat kepada bilangan pengundi, Rompin mempunyai seramai 1,381 pengundi berbangsa Cina. Sebaliknya, terdapat belasan ribu pengundi berbangsa Cina di Permatang Pauh.

Ikut pada pandangan logik, sudah tentulah jentera yang lebih dikerahkan di kawasan yang ramai sasarannya. Tidak bermakna Rompin diabaikan oleh jentera parti kedua besar Barisan Nasional (BN) ini.

Kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, beliau bersama Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai akan bergilir-gilir turun padang ke Rompin dan Permatang Pauh.


Jelasnya, MCA akan memberikan fokus di tiga kawasan di Rompin iaitu Kuala Rompin, Muadzam Shah dan Tanjung Gemok.

Walaupun Rompin ini merupakan kubu kuat BN, barisan jentera MCA sentiasa diingatkan agar tidak bersikap terlalu yakin.

"Kita dah minta ahli MCA jangan 'over confident'. Kita kena tumpu pada kempen. Kalau kita nampak reaksi positif, itu belum cukup lagi kerana belum lagi ditabur racun oleh pihak pembangkang. Saya yakin untuk tempoh dua minggu ini akan ada macam-macam tohmahan yang akan dilemparkan,"

Tuesday, April 21, 2015

Bahan bacaan untuk pengundi di #PRK Rompin


Esok, 22 April 2015 dari jam 9 pagi hingga 10 pagi adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin (P091).

Tempat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Mengikut laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)...

53,294 pemilih berdaftar ;

52,744 pemilih biasa
545 pemilih awal
5 pengundi tidak hadir luarnegara

Sebanyak 35 buah sekolah, 3 balairaya atau dewan akan dijadikan pusat mengundi yang mengandungi 119 saluran. SPR juga akan menggunakan kaedah mencelup jari ke dalam dakwat pilihanraya.

Sebagai pemilih, tahukah anda, betapa hebatnya calon Barisan Nasional (BN) sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 April lalu?


Jika sebelum ini anda bangga dengan kepimpinan allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, kini anda juga pasti berasa bangga dengan penggantinya. Datuk Hasan Arifin.

Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya Kuala Lumpur dan Management Course Asia Institute Of Management Manila merupakan latarbelakang pendidikannya.

Mungkin ramai yang tidak sedar, calon BN ini pernah memegang amanah sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu, pada tahun 1995 - 1999. Malah calon BN ini juga adalah orang yang bertanggungjawab merancakkan ekonomi negeri Pahang Darul Makmur.

Antaranya, membangunkan perindustrian Gebeng iaitu nadi ekonomi Pahang, menarik pelabur-pelabur di Pahang, pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan) dan memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Perjuangannya di dalam politik juga begitu luas apabila menjadi ahli UMNO sejak tahun 1976 lagi. Rompin dan Pekan adalah kawasan sinonim bagi beliau.

Calon BN ini juga begitu dekat dengan FELDA, UDA, PERKIM, Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara (DARA).

Pastinya, inilah pemimpin yang diharapkan oleh majoriti masyarakat di Rompin!


Monday, April 20, 2015

FELDA berdiri tegap di belakang PM



Sejak akhir-akhir ini, sokongan padu dan kuat terus melekat di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sekadar sokongan melulu, namun ikatan padu ini terjalin semata-mata bagi meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Apa yang berlaku di dalam politik Barisan Nasional (BN) sebelum ini dilihat kembali reda dan tidak perlu untuk diulas semula. Kritikan itu merupakan perkara biasa di dalam politik.

Syukur, isu hangat di dalam BN sebelum ini tidak membawa kepada keretakan kronik dan perpecahan sepertimana terjadinya kes penceraian DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan padu terus menerus diberikan kepada Najib selaku Presiden UMNO dan BN. Baru-baru ini, FELDA juga menyatakan pendirian sama.

Bukan sahaja FELDA, badan pertubuhan Majlis Belia FELDA (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita Felda (GPW) dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof) turut menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri.

Nah! Isyarat ini secara tidak langsung memberikan signal bahawa majoriti warga FELDA sentiasa berada tegap di belakang Perdana Menteri.

Sunday, April 19, 2015

PRK P44 - MCA all-out pastikan BN menang!


Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh (P44) akan menerima aura kencang dari barisan jentera MCA bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Tidak hairan siapa sekalipun lawan, baik anak kepada penyandang Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepupu Datuk Seri Anwar Ibrahim, biras Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun cucu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parti anak beranak kroni Keadilan (PKR) ini akan diperangi cukup-cukup.

Dengan pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK P44 yang disempurnakan oleh Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini, barisan jentera ini pastinya tidak sabar-sabar untuk memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

Sekalipun P44 ini dikatakan kubu kuat PKR, namun barisan jentera yakin untuk kembali merampasnya daripada genggaman pembangkang.


Laungan 'all-out' bagi memastikan kemenangan BN yang diterajui oleh Datuk Wee Ka Siong selaku Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA ini disambut padu oleh barisan jentera.

Pengundi P44 ini bakal disedarkan daripada terus terpedaya dengan janji palsu pembangkang dan cengkaman kuasa anak beranak Anwar Ibrahim sejak sekian lama.



Status kubu kuat PKR ini tidak lagi sama dengan situasi pada hari ini. Semua maklum, Pakatan Rakyat (PR) hanya dilihat gah dalam gabungan bersama PAS, DAP dan PKR.

Mereka kononnya mahu meniru kesepakatan komponen UMNO, MCA, MIC dan lain-lain dalam Barisan Nasional. Apa yang jelas, setiap parti dalam PR mempunyai agenda peribadi masing-masing.

Apabila menyaksikan perpecahan kronik PR sejak kebelakangan ini, tidak mustahil P44 yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai kubu kuat kroni Anwar Ibrahim akan roboh setelah pengundi mula tersentak dari lena mereka.

*Penamaan calon - 25 April 2015
*Undi awal - 3 Mei 2015
*Hari pembuangan undi - 7 Mei 2015

Wednesday, April 15, 2015

BANTERAS & SITA!!! Kereta Sapu Easy Taxi, Teksi Tidak Guna Meter


Apabila sesuatu perkara buruk berlaku, lumrah manusia akan mencari 'seseorang' untuk dituduh. Salahkan si polan dan si polan.

Bercakap soal penumpang teksi, kepada siapa kita akan mengadu sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini? Kita biasa mendengar keluhan penumpang teksi yang ditipu akibat sikap segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter. Berlaku juga kejadian pertelingkahan melibatkan kedua-dua pihak ini.

Apakah setiap masa pasukan keselamatan seperti polis mahu dipertanggungjawabkan untuk meleraikan setiap kali berlaku pertelingkahan ini? Balik-balik, rasa tidak puas hati ini akan dilemparkan kepada pihak berkuasa.

Ironinya, tindakan berterusan daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membanteras setiap kesalahan pemandu teksi dilihat sebagai antara usaha tanpa mengenal erti penat lelah.

Apalah susah sangat untuk kita mengikut peraturan sedangkan ia membawa manfaat kepada semua pihak. Melainkan ada segelintir pihak yang cuba meraih keuntungan dengan jalan salah.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


Semalam, satu operasi membanteras kegiatan haram kereta sapu yang menggunakan aplikasi Easy Taxi telah dijalankan. Mereka ini menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai di sekitar ibukota. Mungkin bagi sesetangah pihak ia adalah kegiatan remeh yang tidak perlu dipandang berat. Namun sedarkah kita, kepada siapa akan dirujuk sekiranya berlaku kejadian buruk apabila menaiki kereta sapu haram ini?

Selain risiko ditipu, kegiatan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada insiden penculikan! Kata orang, selagi tidak kena pada batang hidung sendiri.... takpa, takpa dan takpa...

Tidak bagi SPAD, yang mahu mencegah sebelum terjadinya sesuatu kejadian buruk. Benar, mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Menurut laporan semalam, sebanyak 12 kes berjaya ditangani SPAD yang telah mengadakan operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mengikut pecahan, sebanyak 3 buah kereta sapu iaitu kenderaan persendirian menggunakan aplikasi Easy Taxi dan 9 buah teksi tidak menggunakan meter. Kesemua kenderaan ini berjaya disita serta-merta!

Ini merupakan usaha yang berkesan dalam hasrat kerajaan memartabatkan perkhidmatan teksi dalam negara serta mencegah kegiatan haram yang semakin berleluasa. 

Monday, April 13, 2015

MCA Teguh di belakang PM!!!



Dalam tempoh kurang seminggu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawab persoalan-persoalan berbangkit di dalam slot Edisi Khas Soal-Jawab di TV3 baru-baru ini, kita dapat lihat sokongan padu tidak putus-putus diterimanya.

Bagi rakan-rakan komponen dalam BN, sokongan padu terus diberikan kepada Najib. Mereka tidak termakan dan layan segala macam persoalan yang hanya merendah-rendahkan seorang pemimpin negara.

Selain UMNO (sudah tentu), rakan-rakan komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak sebulat suara menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri.

Bagi MCA, mereka kekal teguh berada di belakang Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan BN untuk bersama-sama membangunkan negara.

"Kami memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib. Kami sangat fokus kepada pembangunan negara bersama-sama UMNO dan BN dan tidak membenarkan sebarang serangan bagi menggugat pendirian kami membina negara ini”

Itulah ungkapan keras daripada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Walaupun sebelum ini pertubuhan bukan kerajaan seperti PERKASA, menerusi Ketua Wiranya begitu sibuk sampaikan mendesak Perdana Menteri supaya letak jawatan.... Ketua Wira, darah muda yang cepat beremosi...






Biarlah Najib dengan cara beliau. Berilah peluang kepadanya, untuk meneraju Malaysia dengan caranya sendiri...


1MDB, BR1M, Akta Hasutan, POTA, Altantuya, pentadbiran dan ekonomi... semua Najib sudah jawab, semoga segalanya terjawab dan mengundang rasa puas hati dikalangan rakyat. Sekarang adalah masa untuk kita bersama membangunkan negara dan memenangi PRK Rompin dan InsyAllah PRK Permatang Pauh!

Thursday, April 9, 2015

Fitnah Felda, Datuk Stopa Kena RM100 Ribu!


Buat peneroka-peneroka FELDA dan anak-anak FELDA...

Janganlah mudah terpedaya dengan dakyah ftnah yang dimainkan pembangkang... ternyata pembangkang ini mempunyai agenda sendiri, demi kepentingan peribadi.

Sedia maklum FELDA yang diasaskan sejak sekian lama berjaya mengubah nasib rakyat terutamanya masyarakat Bumiputera.

Kejayaan demi kejayaan yang dilakar ini terus disuntik dengan budaya kebencian segelintir pihak yang berasa tidak selesa dengan suasana kegembiraan rakyat.

Setiap kali rakyat gembira, maka akan ada segelintir pihak yang akan bermasam muka dan diselaputi dengan hati yang penuh dendam.

Mengenai tuduhan penjualan minyak sawit ke Israel...

Isu ini dimainkan hari demi hari sejak 19 November 2013, terutamanya di media sosial.

Susulan itu, ia disambut pula dengan penyebaran di media cetak.

FELDA MENJALANKAN URUSNIAGA PENJUALAN MINYAK SAWIT MENTAH KEPADA ISRAEL-ZIONIS


Felda menafikan dakwaan itu... Fitnah itu sengaja mahu menjejaskan reputasinya dan bertujuan menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap Felda.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd membuat penghantaran ke PALESTIN! bukannya Israel!. Penghantaran ini dibuat pada Mac 2010.

Sekali lagi ditegaskan, Felda TIDAK PERNAH menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel serta Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd adalah dua entiti yang berbeza!

Apa akibatnya?

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan empat yang lain diperintahkan membayar gantirugi sebanyak RM100 ribu kepada Felda apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi.

Perayu didapati bersalah kerana memfitnah Felda menerusi dua rencana mencadangkan agensi itu menjual minyak mentah kelapa sawit kepada Israel.

Empat yang lain itu ialah Ketua Editor Harakah Ahmad Lutfi Othman, Editor Taufek Yahya, penulis rencana Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.



*Jadi manusia yang berilmu dan tolak fitnah!

Wednesday, April 8, 2015

Pelancaran #MeterOn - Masa untuk KUASA pengguna!



- Pengesahan pemandu
- Penjejak perjalanan
- Anggaran tambang
- Penilaian pemandu
- Isyarat kecemasan (SOS)
- Maklum balas/aduan

Enam ciri utama yang terdapat di dalam aplikasi MeterOn. Satu langkah kedepan yang diusahakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekaligus berupaya mempertingkatkan mutu perkhidmatan teksi.

Hanya dengan memasukkan nombor pendaftaran kenderaan, anda kini mampu mengesahkan kesahihan pemandu teksi, menyemak rekod kesalahan jika ada dan melihat maklum balas penumpang lain sebelum ini.


Jejak perjalanan, mengetahui anggaran tambang dan anda juga boleh menghantar amaran SOS jika berlaku kecemasan. Dengan kuasa pengguna, anda juga boleh menilai pemandu tersebut dan membuat laporan jika mereka tidak menggunakan meter.

Aplikasi MeterOn ini mampu menyelesaikan pelbagai perkara terutamanya melibatkan antara penumpang dan pemandu teksi. Pergaduhan disebabkan teksi yang cekik darah apabila tidak menggunakan meter, kelakuan pemandu teksi yang tidak baik kepada penumpang dan sebagainya.


Untuk pengetahuan pembaca, setakat ini lebih daripada 50 ribu pemandu teksi dari seluruh semenanjung telah berdaftar dan dimasukkan data mereka di dalam aplikasi MeterOn ini.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon bimbit Android dan iOS menerusi Google Play secara percuma.

Aplikasi MeterOn ini dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad dan Ketua Operasi Halim Husain.

Muat turun aplikasi MeterOn sekarang! Klik di sini.




Misteri Aidana Baizieva terjawab, tukang spekulasi beralih ke tajuk lain...


Niat untuk mengaitkan individu yang kononnya 'misteri' dengan mangsa nahas dalam insiden helikopter terhempas nampaknya tidak berjaya. Cubaan untuk mempolitikkan berita sedih ini juga gagal.

Niat jahat yang gagal mencapai matlamat, apatah lagi melibatkan orang yang sudah meninggal dunia...

Aidana Baizieva, individu yang dikatakan misteri oleh wartawan-wartawan di laman sosial... Wanita ini bukanlah sesuatu yang misteri bagi  pihak yang menjalankan siasatan terhadap nahas berkenaan.

Si tukang memberi spekluasi sebelum ini pasti tepuk dahi kerana gagal menjalankan tugas dengan berjaya.

Mungkin mereka mencari nama Aidana Baizieva di laman sosial seperti Facebook tetapi gagal. Ini kerana beliau dikatakan menggunakan nama samaran iaitu 'Aidana Karabasova'.



Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgyzstan ini adalah rakan kepada juruterbang Kapten Clifford William Fournier yang turut terbunuh dalam kemalangan tersebut.

Hasil siasatan pihak berkuasa, pasangan Aidana Baizieva mempunyai akses bebas keluar masuk ke pangsapurinya yang terletak di Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Selain itu, polis juga menemui tiket penerbangan Aidana ke Langkawi pada 21 Mac lalu ketika pameran LIMA. Tertera namanya bersama juruterbang berkenaan.


Tiada bukti lain yang menunjukkan Adiana mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain iaitu MP Rompin allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Allahyarham Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Allahyarham Razakan Seran dan ahli perniagaan mendiang Datuk Tan Huat Seang.

Al Fatihah

Tuesday, April 7, 2015

Menteri cakap, tak layak jadi MP kalau malas baca laporan!!!


Kalau dah namanya pembangkang, semua benda mereka hendak bangkang. Sekalipun sesuatu yang membawa kebaikan kepada masyarakat, tetapi disebabkan mereka dibayar oleh masyarakat yang lain maka mereka menjalankan tugas sebagai pembangkang.

Pagi petang siang malam kerja mereka adalah membangkang.

Agak pelik, kenapa pembangkang menolak sangat Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Keganasan 2015, POTA sampai perbahasan panjang sehingga jam 2 pagi baru diluluskan?

POTA ini diwujudkan bagi pencegahan keganasan dengan memberi kuasa kepada polis menahan tanpa waran, suspek boleh direman selama 38 hari.
Kenapa pembangkang takut?

Suspek perlu dibawa ke lembaga pencegahan keganasan yang mempunyai kuasa mengeluarkan perintah tahanan tidak melebihi 2 tahun.
Kenapa pembangkang takut?

Lembaga berkenaan juga boleh mengeluarkan perintah sekatan bagi tempoh lima tahun dan tahanan boleh diarah dipakaikan peranti pengawasan elektronik.
Kenapa pembangkang takut?

Syabas diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ketika di dewan rakyat semalam.

Sedia maklum, mereka yang memikul tanggungjawab didalam perlaksanaan undang-undang pencegahan jenayah ini adalah dikalangan mereka yang berpengalaman luas.

Ada yang berpengalaman sehingga 27 di dalam bidang perundangan. Ada juga yang berpengalaman sehingga 38 tahun didalam bidang kepolisan dan perundangan.

"Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pengamal undang-undang. Bukan 'budak-budak' seperti yang digambarkan oleh YB.

"Saya ingin mengingatkan Bayan Baru yang mempertikaikan. Jelas YB tidak tahu siapa ahli-ahli di dalam pencegahan jenayah ini. Mungkin YB terlalu malas. Tidak layak jadi MP kerana YB malas membaca laporan."

Kata Zahid, ini adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menangani jenayah.
Kenapa pembangkang takut?

"Kononnya kerajaan zalim, tetapi jika sesuatu perkara buruk berlaku, kerajaan juga akan dikutuk. Jadi lebih baik kita bersiap siaga."



Pembangkang ini membela masyarakat yang macam mana? Kenapa pembangkang takut?

Monday, April 6, 2015

Tiada Panggilan Kecemasan direkod - Sahabat


Insiden helikopter terhempas di Semenyih yang mengorbankan enam penumpang kelmarin, begitu dirasai seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat setempat.

Insiden tersebut turut dirasai secara dekat oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, sahabat baik kepada Ahli Parlimen Rompin yang merangkap Pengerusi Perbadanan PR1MA Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

"Secara peribadi, Tan Sri JJ dan Datuk Seri Azlin adalah rakan karib saya. Ini merupakan kehilangan besar buat saya."

Itu satu kenyataan pilu daripada sahabat kepada kedua-dua allahyarham...


Sementara Liow yang juga merupakan Menteri Pengangkutan turut memberitahu bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan yang dibuat oleh helikopter berkenaan.

Dalam masa sama helikopter tersebut juga mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan.

"Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal.

"Kami juga memeriksa sama ada terdapat panggilan 'Mayday' atau panggilan kecemasan tetapi kami tidak menemui sebarang panggilan."

Kuantan, Pekan, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak, Kuala Klawang, The Mines, Petaling Jaya dan berakhir di Subang merupakan laluan penerbangan yang diluluskan bagi helikopter tersebut.

Sementara juruterbang Clifford William Fournier Jr yang memandu helikopter jenis Dauphin AS3655N2 (9M-1GB) itu memiliki lesen yang sah sejak tahun 2012 dan memiliki pengalaman hampir 13 tahun.

Selain Tan Sri Jamaluddin dan Datuk Seri Azlin, empat yang lain turut terkorban ialah juruterbang Clifford William Fournier Jr, pembantu operasi Fournier Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.

Setiap yang hidup pasti akan pergi. Apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

Al-Fatihah

Sunday, April 5, 2015

Al Fatihah

Salam takziah buat kesemua keluarga yang terlibat dengan tragedi helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan menyeluruh tragedi helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Semenyih yang mengorbankan Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Najib mahu siasatan penuh daripada segala aspek untuk mengetahui punca nahas yang mengorbankan enam orang, petang tadi. - BNBBC

Al Fatihah.





--
Sent from Gmail Mobile

Saturday, April 4, 2015

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini....


Pelancaran MeterOn adalah bagi memastikan pemandu teksi patuh dan menggunakan meter ketika memberikan perkhidmatan kepada penumpang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang akan melancarkan aplikasi ini dalam masa terdekat juga berharap ia akan memudahkan pengguna perkhidmatan teksi membuat aduan dan melaporkan salahlaku pemandu teksi dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dapatkan maklumat perjalanan anda sebelum bertolak.
Apa tunggu lagi, jom muat turun aplikasi MeterOn sekarang!

Friday, April 3, 2015

Kad Top Up - Syarikat Telco BESAR kepala???


GST, masyarakat beria-iya mahukan resit... Dulu main bayar sahaja berapa jumlah yang diminta peniaga... sekarang semuanya mahukan resit... Satu tindakan yang bijak selaku pembeli.... diharap perkara ini berterusan agar menjadi ingatan buat peniaga / pemborong / pengilang akan betapa besarnya kuasa pembeli...

Sejak perlaksanaan GST, banyak aduan diterima....

Kastam  
Hari 1 = 800
Hari 2 = 202

KPDNKK
Hari 1 = 1,109
Hari 2 = 720

Premis perniagaan yang diperiksa Kastam adalah sebanyak 7,630 buah. Manakala premis yang gagal menepati kriteria GST pula adalah sebanyak 51 buah. Perlu diingat, bilangan syarikat yang mendaftar GST adalah sebanyak 364,862.

Apa yang menghairankan, mengenai syarikat telekomunikasi... Bagi kita, talian komunikasi merupakan sesuatu keperluan... Ibu bapa hendak hubungi anak-anak dan begitu juga sebaliknya.... bukankah institusi keluarga perlu dipelihara?

Soalnya, kenapa bila hari perlaksanaan GST, suasana menjadi kelam kabut? Ia melibatkan syarikat-syarikat telco. Kastam kata tidak perlu dikenakan GST 6%, tetapi syarikat telco tetap cas 6% kepada pengguna...

Sekarang, selepas berjumpa kedua-dua belah pihak, Kastam kata kad tambah nilai ini perlu dikenakan GST.... Dalam masa sama syarikat telco akan memberi bonus masa perbualan dan SMS berjumlah RM1.00.

Sedang keputusan sudah dibuat, kenapa perlu ada lagi perjumpaan dan tunduk kepada syarikat telco? Adakah kuasa syarikat telco melebihi Kastam? Atau syarikat telco masih tidak faham kepada kuasa pembeli?

Perlu diingat, ramai dikalangan kita yang menggunakan kad tambah nilai ini adalah dikalangan anak-anak mahupun pelajar.... Kastam dan kerajaan sudah pasti mengambil maklum mengenai perkara ini.... Apa syarikat telco masih rakus kepada pengguna kecil ini? Kenapa Mydin boleh serap 6% GST untuk pengguna, Jakel juga membuat tindakan sama... Setelah bertahun-tahun bertapak, dimana nilai kebajikan didalam syarikat telco yang besar-besar ini?