AdSense

Monday, March 30, 2015

Pro ulama mana yang berani melapor ???



Benda sudah lama... tapi takdaklah lama sangat.. Feb 2015....
Pemimpin no 2 PAS, Mohamad Sabu kena tuduh pasal konspirasi hendak jatuhkan bossnya, Abdul Hadi Awang.

Audio sudah tersebar... sudah tentulah si perakam ini merupakan orang penting dalam PAS sebab dapat masuk ke perjumpaan bersama Mat Sabu (tak tahulah betul ke tak itu Mat Sabu).

Kita semua sedia maklum yang mana PAS hari ini terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu pro ulama yakni penyokong kepada presiden. Satu lagi pro anwarinas yang mana jasadnya bersama PAS tetapi kiblatnya ke arah si Anugerah Tuhan, Anuwar Ibrahim.

Sementara Setiausaha Agung Mustafa Ali pula kata mereka tidak akan menyiasat mengenai penyebaran audio tersebut. Katanya sebab tak ada laporan dibuat.

Jadi, siapa yang berani tampil membuat laporan?

Namun SL percaya rakaman audio itu mesti kena edit tu... rakaman itu kan besi semata-mata, ops!

Sunday, March 29, 2015

Bentang POTA, Jangan di Layan si Tukang Bangkang!


Macam-macam hal kat Malaysia ni... Budaya menghasut nak menjahanamkam negara demi kuasa makin menjadi-jadi.... nak pulak Facebook, Twitter makin popular... Senang je, sekali posting, sekali tweet boleh memperdayakan orang ramai....

Sekejap sahaja jadi viral... Pasal orang mati pun ada orang buat fitnah.... Member elok je duduk hospital, pengguna laman sosial yang tak bertanggungjawab sibuk sebar kata si polan si polan dah mati...

Benda ni sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan rakyat Malaysia...


Budaya menghasut pulak sangat popular dikalangan pemimpin politik. Orang sibuk membangunkan negara, puak-puak ni pulak sibuk menghasut untuk membenci antara satu sama lain....

Sebab apa? sudah tentulah sebab hendakkan kuasa..... Sudah kalah masa pilihanraya, tidak disokong rakyat maka guna pula cara menghasut sebegini... Bila negara kita nak membangun, nak maju???

Tak cukup, gunakan Fan Page yang mempunyai ramai pengikut.... Taktiknya, mula-mula tubuhkan Fan Page ini mereka hanya sebar video-video kelakar... Jadi ramailah pengguna media sosial suka dan tertarik....



Tapi lama-lama, bila sudah ramai 'Likes', mereka suntik sedikit demi sedikit agenda politik kotor seperti menghasut dan menyebar fitnah...

Bagusnya ada Akta Hasutan... dapatlah beri pengajaran kepada mereka yang berniat jahat ni... busuk punya orang!!! Bukan pihak penguasa seperti PDRM sahaja, SKMM juga perlu memainkan peranan penting dalam hal berkaitan media sosial ini!

Cukup!!! majoriti rakyat Malaysia sudah pasti semakin bosan dengan agenda kotor puak minoriti yang terdesak ini.. Sampai bila-bila pun Malaysia tak akan berkembang maju!!!


Syukur, ada juga pihak yang memandang serius tentang perkara ini... Malaysia perlu maju ke hadapan, bukannya asyik berpolitik, asyik bergaduh sesama sendiri di ruangan komen dan sebagainya... Belum lagi dikira pertelagahan berkaitan isu-isu agama dan perkauman... Sampai bila negara nak maju?????

Ditambah pula dengan anasir-anasir keganasan yang mula menular dalam negara.... Bahaya, sungguh bahaya!!! Apakah kita sanggup mendengar bunyi tembakan, bunyi ledakan bom setiap hari. Yang sebelum ini kita hanya melihat di kaca televisyen sahaja, kini berlaku di depan mata???


Sebab itu Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) akan dibentangkan di Dewan Rakyat 6 April - 9 April ini.

Akta ini digubal khusus untuk mengekang penularan kegiatan keganasan. Berbeza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan sebelum ini.

Selain itu Rang Undang-Undang Pengganas Asing juga akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Satu untuk mengekang keganasan dalam negara, satu lagi untuk mengekang pengganas asing.


Inilah yang kita harapkan... Dengan adanya kedua-dua akta ini maka sudah pasti kita dapat hidup dalam keadaan harmoni... Jangan biarkan puak-puak yang hendak menjahanamkan Malaysia ini mempunyai ruang dan peluang!

Siapa Suruh Undi DAP?


Himpunan #KitaLawan yang disertai 50000000000 juta dan lakonan drama sedih pemimpin pembangkang tidak boleh menutup pertelagahan DAP-PAS.

DAP dan PAS sedang berperang sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat (PR). Biarkan DAP selesaikan masalah mereka. Jangan tolak masalah mereka mengenai hudud itu kepada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Semua lapisan masyarakat juga tidak perlu bimbang mengenai perlaksanaan hukum hudud ini, jangan cepat melatah.

Sebelum ini Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga pernah berkata, tindakan DAP yang menolak isu ini kepada BN, MCA dan Gerakan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.


Nampaknya DAP semakin terdesak! Jelas terbukti, 'perkahwinan' DAP - PAS selama ini hanya untuk kuasa! Pengundi mereka juga ditipu!

Perkahwinan Mereka Bukan Untuk Tanggungjawab Anak, Tetapi Untuk Nafsu Semata-mata


Fokus Isu IS dan Boko Haram di IPU-132



Ancaman kumpulan militan diseluruh dunia dijadikan fokus utama dalam usaha memerangi keganasan. Apatah lagi ketika kita hidup dalam era masyarakat yang bertamadun.

"Kami menfokuskan kepada isu-isu berkaitan ancaman militan Negara Islam dan Boko Haram." Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong.


Semalam beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Kumpulan Asia Pasifik untuk mesyuarat ke 132 Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam ketika ini.

Sebagaimana sedia maklum, militan Negara Islam dilihat begitu popular pada hari ini dalam melakukan keganasan terutamanya di Iraq dan Syria. Militan Boko Haram pula terkenal dengan penculikan beramai-ramai dan aktiviti keganasan di Nigeria.

Mesyuarat IPU kali ke 132 ini berlangsung sejak semalam 28 Mac 2015 hingga 1 April 2015.

Saturday, March 28, 2015

Kurang Seminggu Sambut #HariPolis208...


Rabu lepas kita baharu sahaja menyambut Hari Polis kali ke 208 di seluruh negara.

Hari dimana memperingati jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara Polis Diraja Malaysia dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara terus kekal.

SL yakin kesemua anggota polis berasa bangga apabila dapat membantu menjaga keamanan negara, suatu amanah, sekalipun terpaksa berkorban harta dan nyawa. Masa bersama keluarga turut terkorban.

Ketika jari jemari mengetuk papan kekunci, barulah teringat, SL belum lagi mengucapkan SELAMAT HARI POLIS di ruangan ini.


SELAMAT HARI POLIS KE 208 kepada seluruh anggota polis Malaysia! 

Kurang seminggu menyambut hari manis...

Mereka sekali lagi mengorbankan masa bersama keluarga demi amanah dan tanggungjawab untuk negara.

Cuti hujung minggu yang dirancang bersama keluarga terpaksa dibatal dan si anak sudah memahami akan tugas si orang tua, tanpa diberitahu sebab-sebab perancangan atau percutian dibatalkan.


Ternyata, demonstrasi jalanan menyusahkan ramai pihak. Mungkin ada yang beranggapan bahawa alasan sama diberi. Benar, alasan sama inilah juga realitinya. Para peniaga, orang awam dan pelancong asing sudah tentu akan berkira-kira agar tidak bertembung dengan aktiviti demonstrasi jalanan.

Pengguna jalanraya dan pemandu teksi turut terkesan. Sudah pasti, angggota polis ditempatkan bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Apa boleh buat, mereka katakan ini sebagai demokrasi... hak bersuara, hak berhimpun, hak itu dan hak ini. Atas tiket hak asasi manusia juga, tiada sesiapa pun boleh menyentuh mereka, kumpulan minoriti yang mendakwa sebagai majoriti.

Walauapapun, SL yakin pasukan keselamatan mampu memikul tugasan berat demi memastikan keamanan negara terus kekal.

Pertumbuhan Ekonomi Dalam Industri Maritim


Malaysia perlu memberikan optimum yang lebih tinggi di dalam industri maritim negara. Adalah penting bagi Malaysia menjalinkan kerjasama erat di dalam sektor perkapalan.

Pada tahun 2014 sahaja, industri perkapalan ini menyumbang RM15 bilion kepada ekonomi negara.

"Oleh itu, berdasarkan perspektif global, Malaysia tentunya mendapat manfaat daripada sektor yang berkembang ini," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media baru-baru ini.


Dianggarkan 90% dari jumlah dagangan negara diangkut menggunakan kaedah perkapalan. Berdasarkan rupa bentuk Malaysia yang dikelilingi selat dan lautan, tidak hairanlah sektor perkapalan merupakan kaedah pengangkutan utama kepada negara.

Ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor pembuatan serta berorientasikan ekspot tentunya sangat bergantung kepada perkapalan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Dengan satu pelan yang mantap, kerjasama bersama pemain industri termasuk pembuat dasar akan dapat menentukan halatuju dan masa depan negara khususnya di sektor maritim.

Sebelum ini Felo Kanan Institut Maritim Malaysia (MIMA) Nazery Khalid pernah menulis, sektor maritim adalah satu sektor strategik yang sangat penting kepada ekonomi Malaysia.


Banyak sumber asli seperti perikanan dan tenaga hidrokarbon diperolehi dari samudra yang juga menyediakan pengangkutan, rekreasi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor ini menjana pelbagai aktiviti ekonomi merangkumi antara lainnya pembuatan, pembekalan dan perkhidmatan.

Ini tidak menghairankan bila kita mengambilkira yang Malaysia ialah sebuah negara yang dikelilingi lautan dan sebahagian besar penduduknya tinggal di petempatan sepanjang pantai atau tidak jauh dari kawasan pesisir. Negara bertuah ini mempunyai kawasan perairan yang lebih luas dari kawasan daratnya.

Pelabuhan-pelabuhan negara merupakan pintu keluar-masuk utama impot dan ekspotnya. Industri minyak dan gas pesisir negara merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi kita. Pelbagai aktiviti sokongan seperti pembuatan/pembaikpulihan kapal, pengeluaran, pembekalan, pengurusan kapal, pembiayaan, perundangan dan sebagainya menjana pulangan ekonomi dan
menyediakan peluang pekerjaan.

Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah yang sektor maritim diibaratkan sebagai nadi kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tidak dapat dibayangkan betapa pincangnya ekonomi negara tanpa sektor perkapalan dan pelabuhan-pelabuhan yang cekap, berdayasaing dan kompetitif. Ekonomi negara yang banyak bergantung kepada ekspot tentunya tidak dapat berkembang tanpa sokongan dari sektor pengangkutan maritim yang menjadi pemudahcara utama dagangannya.

Friday, March 27, 2015

Kasihan Yaman.......


Sebenarnya apa yang banyak berlaku di luarnegara tu kita kena jadikan iktibar dan pengajaran...

Banyak berlakunya peperangan, jika di selatan Filipina, ia melibatkan konflik agama... Di Palestin juga sama... Tetapi jangan kita lupa ada juga peperangan yang disebabkan konflik politik dan perang suadara.

Terbaru di Yaman, tidak mustahil berpunca daripada isu menggulingkan kerajaan. Revolusi bermula tahun 2011 melawan Presiden Ali Abdullah Saleh. Selepas letak jawatan, tugas yang berat dipikul oleh naib presiden Abd Rabuh Mansur Hadi. Hadi berusaha keras menyatukan parti politik.

Dalam masa sama Hadi juga berusaha membanteras ancaman al-Qaeda dan pemberontak yang dikenali dengan nama militan Houthi Syiah, militan yang popular menentang kerajaan.



Pemberontak ini dapat menawan kerajaan yang sah dan dengan bangga mengisytiharkan dapat mengawal kerajaan, bubarkan Parlimen dan berjaya menubuhkan Jawatankuasa Revolusi sementara.

Mereka diketuai Mohammed Ali al-Houthi iaitu sepupu kepada pemimpin pemberontak Houthi, Abdul-Malik al-Houthi.

Pemberontak ini tidak mengaku bahawa mereka disokong oleh Iran. Namun dalam masa Iran mengutuk serangan tentera yang diketuai Arab Saudi terhadap pengkalan serta kubu kuat puak pemberontak.

Arab Saudi mengetuai serangan di Yaman dan disertai 15 buah negara termasuk 5 ahli daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Jordan, Pakistan, Sudan, Mesir, Bahrain, Kuwait, Qatar dan Maghribi turut serta.

Cukup, tidak perlu lagi SL tulis bagaimana peperangan itu berlaku. Kerana tiada apa yang dapat kita gambarkan dengan kemusnahan dan kematian.



Cuma apa yang ingin disampaikan, tidak cukup lagikah kita bertelagah sesama sendiri dalam negara hanya kerana rakus pada kuasa?

Kita terlalu leka bermain politik sehingga terlupada pada tanggungjawab untuk membangun dan menguatkan negara. Jika kita berterusan sebegini maka tidak mustahillah Malaysia juga akan berlaku peperangan.

Kelicikan dan Ketakutan DAP


Bijak #DAP bila hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja, bukannya dengan parti PAS keseluruhannya.

Kononnya bila menggelarkan Hadi dengan gelaran pengkhianat, tidak bermaruah dan tidak boleh dipercayai - dengan harapan parti itu akan berpecah dan menggantikan dengan presiden baharu?

Ganti dengan seorang presiden yang boleh mengikut perintah DAP?

Kata Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, DAP sebenarnya takut kuasa mereka hilang di negeri Selangor.


Lihat pada pecahan kerusi di Selangor, DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi DUN Selangor manakala PKR (13) dan Barisan Nasional (BN) 12.

“Sebab itu saya cakap tindakan DAP memutuskan hubungan hanya dengan Hadi sesuatu yang pelik dan aneh. Bagi saya, mereka tidak berani menyingkirkan PAS kerana lebih sayangkan kedudukan parti itu di Selangor,” katanya.

Hakikatnya, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud itu adalah keputusan parti PAS, bukan keputusan presidennya seorang sahaja!


Nampaklah disini dimana DAP fikir mereka licik tetapi dalam masa sama menunjukkan betapa takutnya mereka jika hilang kuasa apabila tinggalkan PAS.

Thursday, March 26, 2015

Jom!!! Guna #MeterOn ?


Kepada pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya teksi, anda mungkin mementingkan soal keselamatan.

Walaupun sekarang ini kes-kes melibatkan keselamatan penumpang teksi kurang berlaku namun sebagai pengguna kita tidak boleh memandang ringan berhubung soal keselamatan.

Mengikut peredaran masa yang serba canggih dan moden, Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) dilihat peka terhadap perkara-perkara yang melibatkan pengangkutan awam darat.

Menyambut seruan kerajaan, SPAD telah memulakan inisiatif utama merangkumi 5 bidang bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan teksi.

SL ada menulis mengenainya sebelum ini. KLIK DI SINI

Sudah pasti para pengguna berasa tertarik dengan penggunaan MeterOn.



Apa itu #MeterOn ?

MeterOn ini adalah satu aplikasi yang bertujuan meningkatkan keselamatan penumpang ketika menaiki teksi. Sistem ini membolehkan penumpang membuat pengesahan pemandu teksi dan memastikan bahawa mereka adalah pemandu berdaftar yang sah bagi kenderaan tersebut.

Mereka juga boleh mendaftar masuk perjalanan mereka dengan SPAD dan membuat laporan atau aduan menggunakan telefon mudah alih.

Apa pula manfaatnya?

Sudah tentu, penumpang boleh menjejaki perjalanan mereka, membuat aduan dengan lebih mudah, maklumat tambang tersedia dan penumpang juga boleh membuat pengesahan pemandu.

Para pengguna bolehlah download aplikasi MeterOn ini dengan klik pautan ini

Jom!!! Guna #MeterOn !

Macam mana #DAP nak putus hubungan dengan Hadi Sahaja?


Parti DAP ni mungkin beranggapan bahawa rakyat sekarang ini tidak mampu berfikir dengan bijaksana.

Amboi, dalam kenyataan anak kepada Penasihat DAP iaitu Lim Guan Eng sebelum ni kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS ni pengkhianat dan DAP tak boleh bekerjasama.

Hendak putuskan hubungan, bukan dengan PAS tetapi dengan Hadi sahaja?!!!

Memanglah pelik, aneh dan ganjillah cerita dia...

Sebab itu Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong kata Guan Eng ni hanya bersandiwara semata-mata.

"Saya rasa kenyataan ini sandiwara sahaja, DAP tak fikir rakyat ini pandai, kenyataan itu memang tidak logik, aneh serta ganjil. Saya tidak tahu bagaimana nak tafsirkan jika DAP hanya nak putuskan hubungan dengan Abdul Hadi sahaja."



Tepat sekali, hal-hal seperti kerjasama dalam parti, apa boleh suka-suka sahaja putuskan hubungan dengan individu tertentu?!!

Kalau betul Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP ni nak putuskan hubungan dengan pemimpin tertinggi, Presiden pulak tu, bermakna lebih baik mereka putuskan hubungan dengan parti PAS!!!

Jangan lupa, Guan Eng Gelar Hadi pengkhianat whooo!!! Makan kepala, badan simpan... Apa ini kari kepala ikan, boleh pilih pilih?


Menuju Negara Maju, Perkhidmatan #Teksi Lebih Baik


Pengangkutan awam sememangnya diambil perhatian serius oleh kerajaan. Selain menjadikan ekonomi negara rancak, ia juga menjadi simbol kepada sesebuah negara. Ada yang berpendapat perkhidmatan pengangkutan awam negara kita berada pada paras sederhana. Sebab itu kerajaan dilihat begitu serius untuk memastikan pengangkutan awam ini terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan inisiatif utama merangkumi 5 bidang bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan teksi dalam negara.

5 bidang terbabit adalah seperti penambahbaikan, pemandu berkhemah, penggunaan teknologi, pengurusan prestasi dan rasionalisasi tambang.



TEKS1M - Penambahbaikan perkhidmatan teksi bandar. - Perkhidmatan teksi baharu di Malaysia menggariskan dasar baharu terhadap kualiti kenderaan, kualiti pemandu dan prinsip-prinsip pengoperasian. Jadi ini menjadikan keadaan kenderaan, kualiti pemandu dan perkhidmatan operasi lebih baik.

Sistem perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) - Melibatkan infrastruktur dan teknologi seperti pemantauan tempahan dan penghantaran teksi. Ia seterusnya meningkatkan keselamatan penumpang dan pemandu apabila menaiki teksi. Dalam masa sama, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan teksi. Ia memberi manfaat terhadap keselamatan yang lebih baik dan peningkatan kebolehcapaian.

Pemandu yang berkhemah - Memastikan pemandu mempunyai reputasi yang baik dan layak memandu kenderaan perkhidmatan awam. Komponen di bawah program ini termasuk pemeriksaan profil pemandu, penilaian tingkah laku, latihan keselamatan & sekuriti, kursus khidmat pelanggan dan taklimat berkenaan trafik serta lokasi-lokasi tumpuan pelancongan. Ini sekaligus dapat menjamin kualiti pemandu yang lebih baik.

MeterON - Bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penumpang ketika menaiki teksi. Sistem ini membolehkan penumpang membuat pengesahan pemandu teksi dan memastikan bahawa mereka adalah pemandu berdaftar yang sah bagi kenderaan tersebut. Mereka juga boleh mendaftar masuk perjalanan mereka dengan SPAD dan membuat laporan atau aduan menggunakan telefon mudah alih. - Apa manfaatnya? Penumpang boleh menjejaki perjalanan, membuat aduan dengan lebih mudah, maklumat tambang tersedia dan penumpang juga boleh membuat pengesahan pemandu.

Sistem Teksi 2-Tier di KLIA dan KLIA2 - Bermula 15 Mei 2013, teksi bandar telah dibenarkan untuk mengambil penumpang di lapangan terbang bagi memastikan bekalan teksi mencukupi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Hal ini telah membantu menghapuskan masalah masa menunggu yang lama di lapangan terbang semasa waktu puncak. Ini membawa kepada peningkatan kebolehcapaian.

Wednesday, March 25, 2015

JASA Dedah Agenda Kotor !!!


Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa tiga pendekatan yang digunakan ialah berbohong dan memfitnah melalui media sosial, mengadakan demonstrasi untuk setiap isu yang timbul dan cuba mendapatkan sokongan negara luar.

Parti pembangkang menggunakan 3 pendekatan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Baca Selanjutnya

Tuesday, March 24, 2015

Presiden MCA Sangsi Kelakuan Aneh Penasihat DAP


Penasihat DAP Lim Kit Siang mula berperangai pelik dan aneh sejak kebelakangan ni... bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) ni kelihatan secara terbuka cuba merayu sokongan.

Sampaikan terpaksa menebalkan muka menjemput ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan 'Persekutuan Baru".

Kelakuan aneh Kit Siang ini berjaya dihidu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kata Tiong Lai, tindakan Kit Siang itu hanyalah sekadar menutup kelemahan parti (DAP) yang kini umpama 'telur dihujung tanduk'.

“Kalau untuk pembangunan negara, kita memang terbuka dengan semua pihak untuk kerja bersama. Tapi kita sangsi dengan agenda Kit Siang.


“Beliau sebenarnya cuba alihkan perhatian terhadap kegagalannya menghalang PAS…dia main politik dalam isu hudud,” katanya Tiong Lai di Parlimen semalam.

Kit Siang kononnya mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan baharu yang dikenali dengan nama 'Save Malaysia' bertujuan memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Inilah dia Kit Siang DAP, sudah bergaduh dengan PAS, mulalah cari isu bagi menutup aib diri sendiri. Selepas itu cuba meraih sokongan dan tanpa berputus asa berusaha untuk mempolitikkan isu hudud.

Asyik main politik saja.... bila masa hendak membangunkan negara???


Monday, March 23, 2015

Persatuan Teksi Bersatu, Berdemo Depan Petronas!!!


Semasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan harga tambang bagi teksi dan bas ekspres, persatuan-persatuan teksi ini kelihatan hanya berdiam diri sahaja. Mereka mungkin suka namun tidak menzahirkan perasaan mereka itu secara terbuka.

Ketika SL menaiki teksi beberapa hari sudah, sempatlah juga bertanya reaksi sebagai seorang pemandu teksi pasal kenaikan tambang ni... Apa jawapannya?

"Baguslah tambang nak naik... pakcik suka... iyalah, macam-macam kos sekarang ni pun dah naik... bila tambang naik, barulah seimbang." kata-kata pemandu teksi.



Nama seperti Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) yang dikepalai oleh Amran Jan sebelum ini mungkin dikenali sebagai 'kumpulan penentang'. Mereka sering sahaja menyerang SPAD dengan macam-macam dakwaan.

'Teksi Reban Ayam Tunjuk SPAD Tak Buat Kerja' - antara kritikan beliau sebelum ini.



Itu kisah lama, kini tidak lagi. Amran Jan secara terbuka menyokong SPAD dengan kenaikan tambang. Dan minta tidak ditangguhkan.

"Seluruh warga pemandu teksi berdafar negara menyokong kenaikan tambang teksi baru yang diumum oleh Pengerusi SPAD sebagai relevan dan boleh membantu meningkatkan taraf hidup pemandu teksi keseluruhannya.

"Kenaikan ini adalah bersesuaian dan kami sudah tunggu lama enam tahun dan tiga kali tertangguh kerana masalah yang dihadapi negara. Kita juga secara tegas menyanggah apa sahaja bantahan dari orang awam, NGO, Ahli Politik dan Menteri Kabinet yang mahu kenaikan ditangguhkan."



Begitu keras sekali seruan beliau. Inilah ketelusan daripada SPAD, sekalipun dikritik hebat sebelum ini namun agensi ini tidak pernah memilih bulu, cuba untuk membela rakyat dengan sebaik mungkin, baik kepada kumpulan penentang mahupun penyokong.

"Kita juga menyokong Tan Sri Syed Hamid bahawa kenaikan ini tak ada kena mengena dengan GST. Kita pemandu teksi juga adalah rakyat dan bukan alien yang turun dari langit. Sewa harian syarikat kena tambah 6 peratus. Kita bayar GST hari-hari untuk teksi. Servis PUSPAKOM pun kita kena bayar GST." wah, marah sungguh lelaki ini.

Lebih hebat, kata-kata semangat dari 'kumpulan penentang' ini ditiup lembut kepada Pengerusi SPAD.

"Kita sokong SPAD supaya kenaikan ini diteruskan. Kami nak jalan terus. Jika Pengerusi SPAD rasa tertekan dengan situasi ini kita akan berdiri teguh di belakang Syed Hamid Albar."

Manakala mewakili Persatuan Transformasi Teksi Malaysia (PERSIM) Kamaruddin Mohd Hussin juga melahirkan pendirian sama.


"Setakat hari ini semangat untuk kita bersatu telah capai peningkatkan di mana kita boleh bekerjasama dengan mana-mana pergerakan yang memperjuangkan hak pemandu teksi."


"Kalau kerajaan  mahu kami berikan perkhidmatan yang bagus, pendapatan kami kenalah dilindungi. Insyallah kami akan naik taraf mutu perkhidmatan." katanya ketika berhimpun beramai-ramai di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini SPAD akur dengan keputusan kabinet untuk menangguhkan kenaikan tambang baharu berikutan dikatakan tidak sesuai diumumkan dalam keadaan sekarang.


Selepas pada ini tak adalah lagi 'Teksi Reban Ayam' ya... Dan tak ada lagi pemandu teksi yang tak mahu menggunakan meter... 


Sunday, March 22, 2015

Budaya menghina dan menghasut perlu dihentikan!


Syabas diucapkan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia #PDRM yang bertindak pantas bagi memastikan keamanan negara kita.

Eric Paulsen, seorang peguam yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diambil keterangan berkaitan 'tweet' nya. Posting berkaitan hudud.

Tindakan PDRM ini perlu disokong semua pihak, tak salah jika pasukan keselamatan mahu menegah sesuatu perkara sebelum menjadi buruk.

PDRM di laman facebook rasminya juga ada mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan komen berkaitan agama jika tidak memahaminya, terutamanya di media sosial.

"@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka," kata Ketua Polis Negara.

Tak kisahlah individu atau kumpulan itu dilokap atau tidak tapi ia menunjukkan betapa cekap dan pantasnya pasukan PDRM menjalankan tugas.

Bila sebut soal media sosial, maka sudah tentulah melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Apakah saluran yang seringkali mencetuskan kontroversi seperti BFM ini akan terus bermaharajalela? Menggunakan platform tanpa sempadan ini dengan sesuka hati.

Sedangkan kelihatan ramai rakyat di luar sana yang marah kepada pengacara yang menjadi 'ustazah' bercakap pasal Hudud. Jadi adalah baiknya pihak SKMM memainkan peranan, supaya budaya hina menghina, hasut menghasut ini dapat dihentikan segera.

Walau apa pun SL percaya dan yakin agensi-agensi ini akan berusaha keras menangani gejala yang tidak sihat di media sosial.


Kita sudah bosan dengan budaya hasut menghasut ni... come on lah, lambat lagi pilihanraya... sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan.... buat puak puak pembangkang, sudah sudahlah berpolitik.... ajaklah 'anak muda' kalian untuk bersama sama membangunkan negara...

Jom #kitalawan dengan negara maju lain supaya kita bergerak seiring / lebih maju daripada mereka!


Saturday, March 21, 2015

Hudud dan Tambang Naik - Apa yang sama, apa yang beza?



Rasa tiada siapa yang akan menafikan, sesebuah kerajaan itu menjadi kuat bila bersatu. Antara benda penting yang berlaku dalam minggu ini, suasana politik dan pentadbiran negara. Juga sangkut paut dengan halatuju kita, menuju negara maju.

Hudud 

Satu perbincangan yang dibuat sejak sekian lama. Perbicangan, perjumpaan, kertas kerja dan sebagainya. Nah! Keputusannya, hudud diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan!

Majoroti bersetuju dengan perlaksanaan hukum Allah ini, bukan sahaja dikalangan pemimpin PAS, pemimpin UMNO juga bersatu bersependapat! ADUN PKR juga sama, sekalipun kini sedang dijergil oleh pimpinan tertinggi mereka.


Itu hudud, isu lain yang hangat adalah pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) mengenaikan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres.

Tambang Teksi / Bas Ekspres Naik

Kena Hentam Keliling! Siapa yang suka barang naik... Siapa suka bayar lebih...  Sama macam isu Hudud dimana SPAD juga menjalankan kajian yang cukup terperinci sebelum membuat keputusan. Perjumpaan dan perbincangan bersama ramai pihak juga diadakan.

Tapi tetap kena hentam... bukan dikalangan puak pembangkang sahaja, orang di dalam kerajaan juga sama. (segelintir). Tak tahu la sebab apa mereka hentam, ada yang berpendapat mereka ini (orang kerajaan) cuba raih populariti murahan... Cuba menjadi hero di saat mempromosi diri bermula...

Manakan tidak, sebelum kenaikan yang diumumkan ini, SPAD sudah mengadakan sesi perjumpaan dengan pelbagai pihak. Malah kajian juga sudah dijalanakan secara terperinci, bukan hari ini kaji, hari esok umum. Tidak sama sekali!



Lebih menghairankan, kenapa orang-orang dalam kerajaan ini tiba-tiba menvokal kan suara? Kenapa tidak menyuarakan pandangan ini ketika sesi pembentangan atau taklimat yang dibentangkan? Ops, sebelum tu kita juga nak tanya, adakah golongan penentang dalam kerajaan ini hadir ketika sesi taklimat itu?

Bila tak hadir, tak faham fakta dan cuba menjadi hero kononnya pembela rakyat? Kenapa tidak jadi hero 3 tahun sudah? di saat kajian / perjumpaan di jalankan?

Hari berganti hari, tahun berganti tahun... Kos sara hidup, kos itu ini semakin naik... Dan semakan terhadap tambang teksi ini dibuat pada tahun 2009! Apakah pemandu teksi ini bukan rakyat yang juga patut kerajaan bela? Oh ya, pemandu teksi ini adalah kucing bagi sesetengah pihak gamaknya.

Ada yang berpendapat SPAD umum pada tarikh yang tidak sesuai iaitu hampir kepada 1 April 2015, tarikh perlaksanaan GST. Adalah baiknya tukang komen ini memberitahu, apakah tarikh yang sesuai untuk mengumumkan berita mengenai kenaikan? Kalau berita pasal kenaikan gaji itu lainlah... Hari-hari boleh umum...


Kos pengendalian teksi telah meningkat sejak tahun 2009 sepertimana keputusan kajian yang dibuat terhadap bengkel-bengkel, pembekal dan industri teksi.

Selain bahan api yang meningkat sebanyak 21%, penyelenggaraan seperti tayar, bateri dan kos baik pulih juga meningkat sebanyak 25%. Sementara insurans kenderaan pula meningkat sebanyak 15%.

SL ada tulis sebelum ni...

Beginilah... sesebuah kerajaan itu akan menjadi kuat bila bersatu padu... Sebarang persoalan dibangkitkan berlandaskan fakta dan faktor sekeliling. Bukannya berniat menonjol diri hanya semata-mata berniat jahat dan raih populariti murahan...



Pemandu teksi terutamanya pasti suka dengan berita kenaikan tambang ini. Sementara bagi pengguna pula mungkin akan berasa beban (walaupun kenaikan hanya melibatkan peratusan rendah). Dalam masa sama mungkin pengguna ini juga berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti pemandu teksi ini. Pelancong asing juga merasakan benda sama, kualiti yang lebih baik. Anggota penguatkuasa SPAD juga lepas pada ini mungkin tidak berjaya menangkap pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, semua pemandu teksi guna meter!

Sekarang, kenaikan tambang teksi dan bas ekspres ini ditangguhkan... nafas lega buat siapa?