AdSense

Wednesday, June 10, 2015

Fakta lengkap berkaitan kedudukan FGV di Bursa Malaysia


Cukup kencang pihak pembangkang menghentam FELDA berhubung penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia. Namun sebagai pencinta kebenaran, kegiatan menyebar persepsi keji yang dimainkan itu tidak akan berjaya memperdayakan rakyat yang semakin bijak - meneliti dan menyelidik terlebih dahulu kesahihan berita yang sampai kepada mereka.

Kononnya FGV telah terkeluar daripada Bursa Malaysia...


Kata Ahli Lembaga Pengarah FGV Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, pihak pembangkang cuba untuk mengelirukan rakyat dan mewujudkan rasa tidak yakin terhadap kerajaan.

"Perkataan itu mengelirukan rakyat. Sebenarnya kita (FGV) masih berada dalam Bursa Malaysia. Pembangkang mengambil kesempatan ini bertujuan membuatkan rakyat marah kepada kerajaan. Peneroka tetap dapat dividen mereka. Kita sewajarnya tidak perlu bersangka negatif tetapi perlu yakin. Jika peneroka terpedaya dengan pembangkang dan berasa tidak yakin, bagaimana pelabur hendak membeli saham kita?"

Jelasnya, terdapat 800 hingga 1000 syarikat dianggarkan berada di dalam Bursa Malaysia - termasuk syarikat kecil dan besar. Syarikat yang paling besar dikumpulkan dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai komposit indeks - dijadikan sebagai penanda aras.

FGV sebelum ini berada di dalam komposit indeks - top 30. Namun ketika ini pasaran tidak sebesar seperti dahulu. Naik / turun pasaran merupakan perkara biasa. Banyak syarikat juga mengalami masalah sama. Sekalipun angin pasaran berubah-ubah, FGV bergerak seperti biasa dan masih berada di dalam Bursa Malaysia.

Selain daripada itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad juga menegaskan bahawa tiada sebarang surat berkaitan penyingkiran syarikat perladangan dari Bursa Malaysia yang diterima FGV.

Untuk makluman pembaca, sejak Jun 2012 lagi FGV adalah syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan ini tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities.

Kejatuhan Saham FGV - Apa Yang Perlu Kita Tahu

Indeks komposit - top 30

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI.

FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu. Proses penukaran syarikat

dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.

Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.

Nilai pasaran FGV 

Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.

Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.

Harga Minyak Sawit Mentah

Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.

Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.

FGV kekal berada di dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia sementara sahamnya akan diniagakan setiap hari (sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI). Dalam masa sama, perniagaan FGV juga tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa.

Nah! Ternyata pihak pembangkang sengaja mencipta persepsi untuk memburuk-burukkan FELDA dan FGV. Serangan halusnya, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan. Impian mereka hanya satu, menggagalkan apa yang dibina, melumpuhkan masa depan rakyat terutamanya masyarakat FELDA.

SEBARKAN

No comments:

Post a Comment