AdSense

Sunday, May 17, 2015

Siapa lagi berani fitnah FELDA???


Tidak cukup dengan siri jelajah ceramah dan penjajaan akhbar politik...

Penyebaran fitnah juga digerakkan menerusi kepesatan media sosial... mengundang persepsi buruk kepada sesebuah organisasi. Sekali 'tekan', fitnah tersebar serata dunia, setiap pelusuk.

Bagi FELDA, mereka tidak memandang remeh soal penyebaran fitnah yang dilemparkan kepada organisasi ini.




FELDA sebagai sebuah badan yang cukup komited membangunkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat luar bandar ini selalu sahaja menjadi sasaran oleh pihak pembangkang.

Ada saja yang tidak kena...

Serangan ini dilihat bertujuan melemahkan organisasi FELDA daripada terus membela masyarakat luar bandar. Menutup segala kejayaan FELDA selama ini.

Sebagai anak peneroka, perasaan geram SL sedikit terubat apabila FELDA dilihat lantang melawan kegiatan fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang.

Peguam mewakili FELDA Mohd Sharin dalam hujahan di mahkamah selepas menang saman terhadap pihak pembangkang mengatakan bahawa imej FELDA tercalar akibat daripada penyebaran fitnah itu.


FELDA dituduh sebagai bankrap, mereka seterusnya tidak lagi dipercayai akibat daripada fitnah jijik yang dimainkan.

Pihak FELDA terpaksa mengambil masa untuk menjelajah ke seluruh negara bagi menerangkan perkara sebenar kepada masyarakat FELDA yang sudah terpedaya dengan racun fitnah pembangkang.

Saman berjumlah RM100 juta ini wajar dikenakan kepada pihak yang terlibat mengadun fitnah, kegiatan kotor lagi memualkan.

Diharap, kemenangan FELDA menyaman pihak yang menyebar fitnah ini tidak terpadam daripada memori rakyat. Ingatlah, fitnah kotor bagi meraih sokongan sedemikian tidak membawa manfaat kepada masyarakat, apatah lagi ia satu kelakuan yang menjurus kepada dosa.

Kalau FELDA dan kerajaan bertungkus lumus membangunkan negara, membela nasib rakyat, pembangkang pula buat apa? Tidak ada urusan lainkah selain menfitnah?


No comments:

Post a Comment