AdSense

Wednesday, May 20, 2015

Menteri Pengangkutan 'checkmate' fitnah KLIA2


Kalau sudah namanya pembangkang, semua benda mereka hendak bangkang.

Penyebaran fitnah berkaitan kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) yang dituduh mengakibatkan pembaziran di atas kelemahan pihak pengurusan dan kerajaan kini terjawab!


Kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, kenaikan kos berkenaan sebenarnya adalah kerana penukaran konsep reka bentuk untuk KLIA2 sepertimana yang dipersetujui kesemua pihak.

"Projek KLIA2 tidak pernah alami lebihan kos. Kos projek meningkat kerana skop tambahan dengan adanya konsep reka bentuk baru untuk KLIA2, atau keperluan khusus pihak berkepentingan, seperti syarikat penerbangan dan kerajaan."

Jelaslah pada kita bahawa agenda pembangkang sentiasa konsisten - mematahkan apa jua perancangan kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat. Mengundang persepsi negatif kepada kerajaan dan menyebarkan fitnah memualkan.

Sedia maklum, sesuatu pembinaan itu haruslah dipersetujui kedua-dua pihak, sebelum sebarang kontrak ditandatangani. Skop kerja, kos dan jadual pembinaan.

Sekiranya terdapat perubahan misalnya pertambahan skop kerja, maka sudah tentu berlaku peningkatan dari segi kos dan juga memberi kesan kepada jadual yang dirancang.

Inilah situasi sebenar yang dialami dalam pembinaan KLIA2.

Wujud perubahan setelah pihak syarikat penerbangan memohon tambahan kemudahan yang tiada di dalam kontrak asal.

Isu ini kemudiannya menjadi bahan kempen fitnah pihak pembangkang. Apa lagi, mereka mengambil kesempatan dengan memutar belit serta meracuni pemikiran rakyat dengan menuduh berlaku penyelewangan, ketirisan dan salah guna kuasa.

Agenda yang dimainkan pembangkang kini tidak mendapat tempat dikalangan rakyat. Ini kerana masyarakat hari ini tidak mudah percaya dan taksub kepada penyebaran fitnah yang berniat jahat.

SEBARKAN

No comments:

Post a Comment