AdSense

Monday, May 25, 2015

Cegah Maut Jalanraya - #SPAD bersama 2 agensi lain turun padang!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pasukan Polis dan PUSPAKOM mengadakan operasi di jalan maut menghala ke Genting Highlands.

Jalan yang pernah meragut banyak nyawa, termasuk melibatkan pengangkutan awam seperti bas.

Bagi mengelakkan kejadian buruk itu berulang, SPAD dan 2 agensi ini berjaya mengenalpasti pelbagai kesalahan termasuk permit luput dan dokumentasi.


Dalam masa sama, kenderaan lain seperti lori juga tidak kurang hebatnya dari segi kesalahan mereka.

Antaranya adalah seperti kegagalan lampu belakang daripada berfungsi, cermin retak serta kerosakan tayar yang berupaya mengundang kecelakaan termasuk melibatkan pengguna jalanraya lain.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan selama 2 hari ini, sebanyak 759 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik terutamanya melibatkan bas dan lori.

Sementara 11 individu berjaya diberkas kerana positif syabu dan ganja.

Tahniah kepada SPAD, pihak polis dan PUSPAKOM kerana begitu komited membanteras pesalah-pesalah trafik khasnya melibatkan pengangkutan awam darat. Bagi mereka kesedaran bahawa betapa berharganya nyawa para penumpang dan pengguna jalanraya lain.


1 comment: