AdSense

Friday, April 24, 2015

Inisiatif SPAD beri manfaat kepada rakyat terjejas banjir


Orang ramai termasuk para pelajar di Kelantan kini menarik nafas lega setelah wujudnya perkhidmatan bas henti-henti di kawasan mereka.

Perkhidmatan yang dinamakan 'CityLiner' ini mula beroperasi pada 13 April lalu dan ianya juga merupakan inisiatif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menjalankan kerjasama dengan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).


Sedia maklum, penduduk di Pantai Timur diduga dengan bencana banjir yang teruk sehingga mengakibatkan pelbagai kemusnahan termasuk laluan pengangkutan awam seperti landasan keretapi - yang menjadi pengangkutan utama mereka.


Lantas itu, sebanyak 3 perjalanan sehari disediakan untuk pengguna bagi laluan Dabong - Kuala Krai dan Kuala Krai - Dabong.

Sementara bagi laluan Jeli - Kuala Balah - Jelawang - Dabong juga dilanjutkan perkhidmatannya bermula 14 April lalu.


Ternyata usaha yang digerakkan oleh agensi terlibat ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sebagaimana yang dilaungkan kerajaan kini benar-benar direalisasikan.


No comments:

Post a Comment