AdSense

Thursday, December 11, 2014

Parkir, Kerusi dan Mamak



Aku masih ingat, di awal pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memegang jawatan Perdana Menteri. Apa yang dia kata? Selain menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah payung gagasan 1Malaysia, beliau cukup menitik beratkan soal peperangan terhadap gejala rasuah.


Kebanyakan ucapan Najib terutamanya di hadapan agensi-agensi kerajaan waima penjawat awam adalah mengenai seriusnya pemerintahan dengan membanteras gejala rasuah yang ternyata mengakibatkan negara menuju kerosakan.

Itu ucapan dan peringatan Najib setiap kali mulutnya mencium 'microphone' di hadapan hadirin. Seluruh negara dan setiap masa Najib menyebut soal memerangi rasuah.

Namun ia hanya bermain-main di peringkat atasan pemerintahan Najib. Mungkin ia hanya berlegar sekitar Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Sedang agensi-agensi kerajaan termasuk pihak penguatkuasaan di bandar-bandar pula masih seronok dengan amalan rasuah.

Ya, rakyat bukannya bodoh. Sekalipun tidak dilihat dengan 2bebola mata, mereka juga mampu melihat daripada persekitaran berdasarkan logik akal pemikiran.

Ketika artikel ini ditulis, aku sedang berada di sebuah restoran terkenal dikalangan masyarakat bawah dan pertengahan, iaitu digelar sebagai kedai mamak.

Sebagai pengundi dan menetap di Kuala Lumpur, kedai mamak adalah lokasi tumpuan termasuk dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi.

Kebiasaan yang dapat kita lihat adalah lokasi sesebuah kedai mamak berada di sudut paling tepi atau corner lot. Wajar sekali kerana pengunjung lebih suka menjamu selera atau 'ngeteh' di kawasan terbuka sambil menikmati pemandangan lalulintas umpama di tepian pantai.

Sukalah aku memberitahu bahawa artikel ini juga ditulis apabila aku melihat satu situasi melibatkan seorang lelaki sebelum melangkah masuk ke kedai mamak meminta pesanan.

Lelaki berusia lewat 40an ini diperhatikan 'mundar-mandir' memandu kereta MPVnya dihadapan kedai mamak untuk mencari parkir. Setelah hampir 10minit, kelihatan beliau sudah 'penat' untuk menghabiskan petrol keretanya. 

Lantas itu lelaki dengan berpakaian TShirt kolar dan seluar jeans ini bertindak keluar daripada perut kenderaannya dan dengan muka 'slumber' beliau mengalihkan sebuah kerusi yang diletakkan di dalam petak parking. Kerusi plastik itu aku yakin dan percaya telah diletakkan oleh pekerja kedai mamak bertujuan untuk menghalang orang ramai seterusnya dapat digantikan dengan meja makan.

Situasi tersebut telah membuka mata dan akalku, bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang sah berhak untuk mendapatkan hak kita. Dan apa hak pemilik restoran untuk meletakkan kerusi mereka di dalam petak parking?

Malah situasi meletakkan kerusi di kawasan tempat letak kereta awam ini juga berlaku di kawasan anda cuma berapa ramai yang berani bertindak seperti lelaki yang diceritakan seperti di atas? Dan untuk pengetahuan semua, lelaki itu hanya bertubuh kecil, jauh berbeza dengan saiz pekerja-pekerja kedai mamak. Namun keberanian beliau untuk mendapatkan haknya cukup aku kagum!

Jadi, apa kaitan lelaki, kerusi dan kedai mamak dengan rasuah?

Adakah ia adil untuk peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga Bumiputra yang juga Islam, dikenakan tindakan sita perkakas apabila berniaga di kaki lima? Alat berniaga mereka dirampas atas alasan mengganggu lalulintas? Manakala kedai mamak tidak berpijak atas jalanraya? Adakah ini diskriminasi yang ditunjukkan secara nyata oleh pihak berkuasa tempatan / bandaran?

Aku juga suka dan selesa untuk lepak di kedai mamak dalam suasana terbuka dan dibahu-bahu jalanraya sekalipun tikus dan lipas melintas di kaki.

Sedia maklum, aktiviti meletakkan kerusi dan meja ini dilakukan sekitar jam 4pm hingga 7pm. Adakah tiadanya tindakan kerana ia memasuki 'zon buta'? Bukan waktu bekerja dan pihak berkuasa tiada kuasa?

Atau aktiviti berniaga di bahu jalanraya adalah tidak salah di sisi undang-undang dan dibenarkan?

Hak untuk letak kenderaan di dalam petak parkir, ancaman penyakit libatkan tikus dan lipas serta keselamatan trafik kepada orang ramai diketepikan?

Najib lakukan tindakan tepat dalam pentadbiran dalam soal memerangi rasuah. Bagaimana pula halnya dengan Ketua-Ketua Agensi Kerajaan termasuk Penguatkuasaan? Masih berhasrat untuk meneruskan sabotaj kepada Perdana Menteri?

*Bukan sahaja mamak, warung / kedai Cina juga melakukan perkara sama!

Sent from my iPhone

Tuesday, December 2, 2014

#AktaHasutan - Apa yang ditakutkan?



Sudah 3 hari Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 melabuhkan tirainya.

Sepanjang tempoh berlangsungnya perhimpunan keramat orang Melayu ini, macam-macam suara akar umbi dapat kita dengar, baik ketika perbahasan perwakilan mahupun ketika bersembang dibawah bumbung PWTC.

Ekonomi, rumah untuk orang muda, pemerkasaan sekolah kebangsaan, memartabat dan memelihara agama Islam termasuk ancaman pluralisma, liberalisma dan LGBT, serta isu-isu melibatkan soal keharmonian negara merupakan tajuk utama yang keluar daripada suara akar umbi UMNO.

Akan tetapi, apabila aku mengodek-godek laman berita atas talian pro pembangkang, begitu bertimbun artikel berkaitan Akta Hasutan yang dikekalkan sebagaimana ucapan Presiden UMNO pada 27 November lalu. Selain tuduhan-tuduhan dan tohmahan yang mengatakan UMNO kroni dan rasuah. Ya, tajuk yang sering digunakan pemimpin mereka sebelum ini. Mereka tidak berputus asa untuk meyakinkan rakyat dengan tuduhan dan fitnah yang mereka lemparkan... Cekal sungguh mereka ini...

Acapkali kita menolak tuduhan mereka misalnya, Presiden PKR adalah isteri Ketua Pembangkang, Naib Presiden PKR ialah anak kepada Presiden PKR. Begitu juga Penasihat DAP adalah bapa kepada Setiausaha Agung DAP.

Dan aku lagi suka jika UMNO amal kroni, maka tidaklah aku berang untuk membayar tiket tempat letak kereta yang mahal ketika menghadiri perhimpunan UMNO di PWTC selama 5 hari ! Alangkah baiknya, jika aku dapat masuk parkir percuma, kerana aku ahli UMNO ! (kebencian aku pada S/U Kerja Raof masih pada tahap yang sama)

Cukup, aku hanya tertarik dengan hal berkaitan Akta Hasutan. Fikiran aku mula bercelaru, memikirkan kenapa dan apa yang ditakutkan sangat oleh puak-puak ini dengan Akta Hasutan 1948 yang hendak dikekal dan ditambahbaik ini?

Akta Hasutan 1948 : Lidah rasmi pembangkang terus menyerang, hanya kerana Perdana Menteri mahu menjaga keharmonian negara pelbagai kaum???

Apa agenda sebenar mereka ini???



Roket Kini :
Kekal Akta Hasutan, kemenangan pelampau dalam UMNO
http://www.roketkini.com/2014/11/29/kekal-akta-hasutan-kemenangan-pelampau-dalam-umno/

Keadilan Daily :
Kekal Akta Hasutan, Najib terus kongkong kebebasan rakyat bersuara
http://www.keadilandaily.com/kekal-akta-hasutan-najib-terus-kongkong-kebebasan-rakyat-bersuara/

Harakah Daily :
Akta hasutan boleh disalahguna sekat demokrasi
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/32450-akta-hasutan-boleh-disalahguna-sekat-demokrasi

Malaysiakini :
NGO: Beri ruang kritik jika jujur (NGO TU SIAPA? BERSIH? BAR COUNCIL PRO PR?)
http://www.malaysiakini.com/news/282140

Namun sedikit berbeza dengan portal berita pro pembangkang Malaysia Insider. Sekalipun tajuk artikel yang bertujuan mempolitikkan isu negara, tetapi ia menjadikan kita berfikir, Perdana Menteri sanggup berdepan risiko pada Pilihanraya, semata-mata mahu memelihara keharmonian negara!

Akta Hasutan kekal, Umno tidak bimbang risiko hilang 2% undi, kata penganalisis - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akta-hasutan-kekal-umno-tidak-bimbang-risiko-hilang-2-undi-kata-penganalisi#sthash.j2M8kEYI.dpuf

*Perdana Menteri pada 27 November lalu berjanji untuk mengekalkan Akta Hasutan. Dalam masa sama akta tersebut juga akan ditambahbaik. Oleh itu, tidak timbul lagi soal akta lapuk dan sebagainya. Hanya orang yang berniat mencetuskan kekacauan dalam negara sahaja yang takut dan menentang akta ini.

Persoalan sama terus bermain di kepala aku, APA AGENDA SEBENAR PUAK-PUAK YANG BERIYA-IYA HENDAK MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN INI???