AdSense

Monday, August 18, 2014

Kejayaan memecahkan PAS... Ada cadangan nak tukar nama PAS kepada 'PKR2'


Sebelum ini PKR, sebab apa berpecah? sampai ahli sendiri Menteri Besar pun sanggup digulingkan. Untuk apa untuk siapa?

Ini bukan sebarangan tuduhan, ini gerakan untuk mengangkat seorang individu yang punya cita-cita sejak tahun 1990an lagi.

Begitu hebat budaya politik sebegini, apa saja boleh dilakukan, baru berkuasa untuk sebuah parti, belum lagi sebuah negara.

PAS, sebelum ini dilihat kuat dan sememangnya sebuah parti yang kuat. Tetapi kemudiannya menjadi lemah selepas terpaksa menjadi kuda tunggangan rakan-rakan.

PAS U-Turn dalam isu perebutan kerusi Menteri Besar sebenarnya ramai yang sudah menjangkakannya. PAS, juga sebuah parti politik yang dikuasai manusia yang mempunyai nafsu dunia.

Sehari sebelum membuat U-Turn, dikatakan pemimpin taksub kerusi Perdana Menteri ini ada menemui ketua PAS. Bincang apa? Habuan?

Apabila membuat U-Turn, terus mendapat kecaman termasuk daripada pimpinan ulamak sendiri. Jarang sekali mendengar ulamak mengeluarkan perkataan 'JAHANAM'. Apa maksudnya, keras benar kenyataan seperti ini. Marah benar pemimpin ulamak ini...


Melayu berpecah lagi... bukan untuk perjuangan agama bangsa dan negara tetapi untuk kepentingan individu. Inilah hakikat politik Malaysia hari ini. DAP terus tersenyum dan ketawa besar melihat gelagat yang menguntungkan mereka ini...

TIADA LAGI PEJUANG ULAMAK DALAM PAS, YANG TINGGAL HANYA ANWARINAS. POLITIK YANG HEBAT.

PAS MUNGKIN SUDAH BOLEH BUBAR PARTI, TUKAR KEPADA NAMA 'PKR 2'

Monday, August 4, 2014

TIKAM Sampai Mati!!! Gerakan Tumbangkan Khalid Semakin Hebat!!!


Belum ada cerita politik yang sehebat cerita parti PKR. Selain parti anak beranak, kerakusan untuk memiliki kuasa menjadi agenda utama. Manakala penjilat taksub di sekeliling dijadikan tentera di barisan hadapan.

Baru hal dalam parti, sudah kucar kacir sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri, sesi menyerang karier politik rakan-rakan kini menjadi bahan kempen utama, 
untukmu Anugerah Tuhan...


Friday, August 1, 2014

Rasuah dalam Pakatan Pembangkang! Hadi Awang Terlibat?


Kepulangan Ramadan dan kedatangan Syawal, penderitaan rakyat Palestin dan tragedi MH17...
Namun, kisah politik dalam negara terus bergerak seperti biasa, nafsu serakah tidak dapat ditutup dengan mudah...

Hangat diperkatakan mengenai kisah kerakusan si polan sehingga sanggup menendang keluar si polan untuk si polan... Inilah dunia politik, hari ini kawan esok musuh.

Penulis sebuah portal hari ini ada menyentuh mengenai perebutan kerusi Menteri Besar Selangor. Apabila di amati, jelas penulis ini menulis untuk Penasihat RM Seringgit negeri itu.

Kesudahan Langkah Kajang: Tersungkur atau terlonjak ke Putrajaya?

Cubaan menggugurkan Khalid menimbulkan pelbagai reaksi serta percaturan politik yang dipengaruhi kepentingan peribadi:

Khalid enggan berundur kerana beliau rasa berhak meneruskan tugas sehingga akhir penggal.

Di samping itu beliau turut dipengaruhi pihak lain yang berkepentingan untuk melihat Selangor terus dikepalai beliau mungkin atas dasar “musuh kepada musuhku adalah kawanku” – lihat bagaimana Bank Islam Malaysia Berhad (anak syarikat Lembaga Urusan Tabung Haji) secara mengejut tiba-tiba melupuskan hutang RM66.7 juta Khalid.

Hal ini membuatkan integriti beliau dipersoal oleh pimpinan parti; Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut menyokong Khalid agar dikekalkan sebagai menteri besar atas pelbagai sebab, walaupun sumbang saran dalam kalangan akar umbi PAS Selangor mahukan Khalid diganti.

Adakah pendirian presiden parti Islam ini dipengaruhi oleh ahli keluarga dan rakan/penasihat parti terdekat yang mendapat manfaat daripada Khalid menerusi syarikat GLC Selangor? Allah sahaja yang mengetahui. 


DAN ANUGERAH TUHAN DI LAMBUNG DENGAN TINGGI SETINGGINYA...

Pimpinan Umno/BN tentu gusar sekiranya seteru abadi mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menguasai Selangor. Ini kerana Umno bimbang Anwar akan menggunakan segala kekuatan yang ada di Selangor untuk membina bala tentera politik dan jentera untuk menawan Putrajaya. -klik di sini