AdSense

Thursday, July 10, 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mahathir Mohamad


Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 89 buat mantan Perdana Menteri Ayahanda Mahathir Mohamad.

Semoga Allah panjangkan usia Dr. M, kesihatan yang baik dan ceria selalu, amin...

Aku rindukan kepimpinan Dr M...
Semua sedia maklum bahawa negarawan ini begitu sinis dalam berkata-kata tetapi tegas!
Dr M pemimpin disegani masyarakat dunia dan berjaya membawa Malaysia ke mata dunia.


Suka atau tidak, Dr M berjaya mentadbir dan membina negara dengan baik. Sebagai warganegara, aku bersyukur dan bertuah kerana memiliki pemimpin dan tokoh seperti Dr M.

Sekali lagi, terima kasih ayah...



Wednesday, July 9, 2014

TAKE NOTED!!! Persediaan Terancang Kerajaan BN kepada Generasi Muda


Kematangan berfikir, bertindak dan berinteraksi mampu diperolehi dengan pengalaman dalam pembelajaran praktikal seterusnya melahirkan pemimpin muda yang berkualiti untuk membawa obor kepimpinan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Felo Perdana (PFP) bukan sekadar demi meraih segulung ijazah semata-mata tetapi sebahagian usaha kerajaan untuk melakukan proses mempersiagakan dalam soal kepimpinan generasi akan datang malah sebagai persediaan secara terancang supaya pemimpin yang terlatih dan terdedah dengan pengalaman berguna.

"Ini adalah proses pembelajaran terbaik. Saya harap gunakan kesempatan ini sebaik mungkin dan interaksi dengan rakan-rakan lain," beliau berkata demikian dalam ucapan Pelancaran PFP dan Penyerahan Peserta-Peserta Kepada Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri hari ini. - Sumber


Tuesday, July 8, 2014

Kuala Lumpur, SIA


Lihat saja bangunan di tengah kotaraya Kuala Lumpur, bilang dengan jari, berapa banyak tulisan yang tertera nama Melayu? Ramai pihak terutamanya dikalangan 'pakcik-pakcik' yang beriya-iya mahu mempertahankan nama Melayu.

Ya, 'pakcik' yang dimaksudkan bukanlah 'pakcik' yang menaiki kereta Mercedes S Class atau lampu mata belalang tetapi 'pakcik' yang menaiki Honda Kapcai lampu bulat.

Dimana silapnya, semakin hari nama Melayu yang digunakan untuk memperkenalkan sesebuah bangunan semakin jarang kelihatan, jika ada sekalipun hanya tinggal binaan usang. 'Melayu' hanya hangat dijeritkan di dalam Dewan Rakyat, namun hakikatnya bangsa Melayu termasuk Cina dan India akan malu untuk bertutur bahasa Melayu di pasaraya-pasaraya besar walaupun jurujual itu merupakan rakyat Malaysia.

Mungkin takut digelar sebagai KOLOT? 



Jauh berbeza di negara Jepun, bahasa ibunda diangkat ke suatu martabat tertinggi! Ah! Tidak perlu ikut cara Jepun yang pernah menjajah Tanah Melayu, apa itu faktor utama kita tidak mencontohi negara matahari terbit itu?


Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan nama 'orang putih' untuk memperkenalkan sesuatu bangunan, memudahkan pelancong asing, namun pernahkah kita terfikir dimana identiti Malaysia? 'Orang Utan' di Zoo Negara?

Alangkah bertuahnya kita hari ini jika dapat berada di zaman cerita P Ramlee, kelihatan suasana kotaraya yang penuh dengan tulisan Rumi dan Jawi, ditambah pula dengan watak orang ramai yang tidak lekang songkok di atas kepala.


Sekali imbas sahaja kita sudah menjangkakan bahawa ia merupakan sebuah filem Melayu dan penggambarannya juga di Tanah Melayu. Itu dulu, zaman yang tiada pewarna rambut moden yang boleh mengubah hitam kepada kuning, luruskan rambut daripada kerinting.


Berbalik kepada soal nama bangunan dan pencakar langit, siapa yang diberi kuasa? Pemaju, pemain-pemain di sektor hartanah, pejabat daerah, majlis bandaran, menteri, Ahli Parlimen atau ahli sasterawan? Atau tidak ada sesiapa yang berkuasa? Dapat jual tanah, lain-lain perkara tidak menjadi tanggungjawab lagi. Biarpun berjaya menjual tanah wakaf kepada pengusaha minuman keras di kawasan majoriti Melayu!

Pejam mata dan bertanya, Dimana identiti ibunegara MALAYSIA? Tiadanya bangunan bernama 'MALAY', maka tinggallah Kuala Lumpur dengan nama, KUALA LUMPUR, SIA.

Sunday, July 6, 2014

Saman AES, Cermin Gelap Belum Mampu Tambahbaik Sistem JPJ?

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) galak membuat sekatan jalanraya bagi membanteras orang awam yang melakukan kesalahan berkaitan.

Satu usaha yang begitu baik dalam usaha ke arah mendisiplinkan rakyat untuk mematuhi undang-undang jalanraya.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kamera AES yang dipasang untuk memerangkap pengguna jalanraya yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Juga merupakan antara langkah yang bijak, sekalipun ditentang hebat oleh ramai pihak termasuk mempersoalkan dari mana datangnya idea tersebut dan siapa kontraktor disebalik pemasangan kamera tersebut yang sebenar-benarnya.

Kata pihak yang berkenaan, ia akan dikajisemula tetapi bagi pesalah AES yang telah dikenakan saman, tetap kena bayar. Tiada kompoun, RM300.

Selepas pada itu timbul pula isu mengenai cermin gelap, juga hangat diperkatakan malah ada yang mempertikaikan bahawasanya si polan boleh pakai cermin gelap dan kenapa si polan yang lain tidak boleh?

Alasan mudah diberi yakni ingin mempertingkatkan ciri-ciri dan pencegahan jenayah.

Wah! begitu kedepan pihak berkuasa ini memberi idea! Walaupun ramai pihak yang tidak bersetuju dengan berpendapat bahawa ia seolah-olah suatu peruntukan untuk mengugut orang awam!

Apakah ini dilihat sebagai suatu penindasan? atau pihak berwajib gagal mendisiplinkan masyarakat dengan kaedah yang berkesan sehingga terpaksa menggunakan cara sedemikian?

Kemana pula hilangnya pakar-pakar penyelidik, adakah kajian mengenai punca faktor peningkatan jenayah dan kemalangan jalanraya diteliti?

Kini ia semua berbalik kepada pengguna yakni rakyat marhaen.

Setelah saman dikeluarkan, apakah sistem yang digunapakai oleh JPJ? adakah segala saman yang berbayar telah berjaya menaiktaraf sistem yang ada pada hari, terutamanya melibatkan sistem atas talian (online).

Apabila pengguna bersusah payah mengenepikan duit nasi mereka untuk membayar saman, adakah JPJ dapat memberi jaminan bahawa nama-nama pesalah ini dipadam dengan serta merta, di semua cawangan seluruh negara?

Seperkara lagi, kenapa begitu ramai 'ulat' di kaki lima JPJ seperti cawangan Wangsa Maju? Ulat yang dikatakan 'agen' ini dilihat menguasai kaki lima untuk 'membantu' orang ramai yang hendak berurusan dengan JPJ. Baik urusan pembayaran saman, perbaharui lesen memandu / cukai jalan dan juga perkhidmatan mengisi borang-borang yang berkaitan.

Walaupun terdapat notis di kaunter yang mengatakan 'agen tidak akan dilayan' namun ia tidak memberi apa-apa kesan kepada golongan tersebut. Siapa yang perlu memainkan peranan ini? atau memang disengajakan ia berlaku bagi menggalakkan perniagaan 'duit kopi, urusan selesai dengan cepat'?

Alahai saman oh saman... sekeping RM300. Sikit nilainya bagi orang kaya, besar nilainya bagi rakyat tepi jalan. 

Kesimpulannya, jangan pandu laju dan bercermin gelap. Angguk saja pada idea yang bernas ini. Angguk, angguk dan angguk...


Saturday, July 5, 2014

Kenali Niat Murni Ku Nan. ADA VIDEO!


Ramai yang terkejut dengan kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor. Ramai juga yang ketawa terbahak-bahak kegembiraan dengan kenyataan tersebut.

Kenyataannya itu merujuk kepada arahan Tengku Adnan untuk menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin dari beroperasi dalam lingkungan dua kilometer dari pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.

Sebelum ini dengan lantang Kunan mahu mendenda para pemberi sedekah. Saman peminta sedekah.

Sanggup kelar tangan, demi nasi. Sumber : Utusan
Murni sungguh niat Kunan ini, mahu mencantikkan pemandangan ibunegara, mengelakkan kecacatan dari pandangan mata pelancong asing. Kira macam kalau ada bau-bau busuk tu, sepak dan tendang ke tepi saja... sekalipun tin kosong yang tidak berguna waima boleh menjadi barang berharga buat sesetangah orang. Negara tidak perlukan lagi rasa hormat menghormati antara lain. Siapa busuk, jangan kawan dengan dia! Jangan tolong dia! Siapa kaya dia hebat, semua orang kena melutut!

Gelandangan Jepun
Ramai yang melihat Kunan adalah seorang pemimpin yang tidak turun padang, hanya seronok dengan kehidupan mewah sendiri. Meskipun istananya pernah terbakar beberapa tahun lepas, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk bermain cubit-cubit dengan rakyat jelata termasuk seagama dengannya.

Bagus sungguh niat murni Kunan ini.... mahu Malaysia bersih seperti Jepun!

Ramai yang tertanya-tanya....
Kenapa tidak menghapuskan sindiket ini? gelandangan dan fakir miskin yang berkeliaran di ibukota?
Kenapa biarkan gejala perjudian dan maksiat berleluasa, melebihi daripada kewujudan gelandangan ini? beriya sangat ni kenapa?
pelancong asing mana yang mengadu kat Kunan ni?

Buddhist volunteers reaching out to the homeless of Tokyo

Apa Kunan tak berbincang dengan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) yang juga diterajui UMNO dalam hal ini? SHEB dulu beriya-iya membantu golongan gelandangan ini dengan memberi mereka makan seperti di sekitar Jalan Masjid India.

Apa Kunan fikir BR1M sudah cukup untuk bantu kehidupan masyarakat hina ini?
Apa Kunan fikir pengusaha-pengusaha dan majikan mahu ambil masyarakat ini sebagai pekerja?
Apa Kunan ingat masyarakat hina ini dipandang mulia oleh golongan atasan seperti Kunan?
Jika kerajaan sudah tidak mampu membela masyarakat sampah ini, jangan pula dihalang kumpulan NGO yang ingin menghulurkan bantuan mereka. Awak tak solat, jangan paksa orang untuk tidak solat sama.

Kalau penagih dadah, HIV, tangkap dan letak di pusat serenti. Apa penjara sudah tak muat? tiada peruntukan untuk membina pusat pemulihan? kalau macam itu, kerajaan menerusi pemikir undang-undang yang dikepalai Majlis Peguam yakni pro pembangkang bolehlah sediakan akta untuk membolehkan dan membenarkan atau mewajibkan hukum tembak bunuh para masyarakat hina ini.

Kunan kata gelandangan ini malas bekerja, hendak mendisiplinkan mereka. Inilah yang dikatakan, kerana nyamuk seekor maka habis kelambu dibakar!

Ini juga menunjukkan sekali lagi niat murni Kunan terpancar di raut wajahnya. Siapa yang tidak mahu rakyatnya berdisiplin? disiplin macam rakyat Jepun atau berdisiplin seperti mesin AES dan cermin gelap. Menteri boleh, rakyat tidak boleh, apa itu maksud disiplin yang ingin disampaikan?

Kunan, perlu ada cara yang lebih baik. Bukan dengan cara kasar atau mengugut rakyat!


Wednesday, July 2, 2014

Apa yang berlaku apabila lelaki ini mencari Sim Kad telco milik Melayu?


Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary.

Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion).

Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary. Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai ‘Wira Dermawan’.

Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia. Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia.

Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini. Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma.

Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi. 

(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD 

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip ‘lokasi altel’. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy .

Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat.

Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama.

Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:
Baca Selanjutnya di pautan ini, salute pada penulis ni!

ALTEL adalah syarikat telekomunikasi yang baru di Malaysia milik ikon perniagaan Melayu iaitu Syed Mokhtar Bukhary. Sehingga cerita ini menjadi viral, orang ramai masih tidak kenal akan ALTEL.

Terima kasih kepada anda yang berkongsi kisah ini kerana rakyat Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan sim kad.