AdSense

Monday, June 23, 2014

Politikkan budak OKU, OhMedia kena balun!!!


OhMedia yang seringkali memuatnaik video-video kelakar di laman Facebooknya kini menerima 'likes' sehingga 2juta.

Seperti yang sedia maklum, laman OhMedia juga sering memasukkan unsur-unsur politik dan ia jelas semasa kempen pilihanraya umum ke 13 lalu. Kira nisbahnya, 9 cerita kelakar : 1 cerita politik.

Namun dalam banyak-banyak 2juta 'likes' ini, tidak semua suka cara penulisan OhMedia terutamanya di dalam cerita politik. Maka ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia tidak suka pada cerita politik dendam, politik kotor dan politik fitnah, cara sama yang sering digunakan oleh pembangkang.

Dan terbaru, OhMedia cuba mengambil kesempatan di dalam kehangatan isu budak OKU berusia 15tahun yang ditinggalkan ibunya.














Wednesday, June 18, 2014

UiTM tu ape???


Bermula daripada RIDA, kemudian ITM dan kini UiTM...

Seperti yang sedia maklum, UiTM merupakan antara institusi ilmu yang mempunyai niat memperkasa dan memartabatkan orang-orang Melayu.

Berapa ramai graduan Melayu yang lahir dari kilang UiTM ini? Lahir dengan berjaya sehingga mampu mengubah kehidupan keluarga mereka dengan lebih baik. Alhamdulillah...

Tidak perlu untuk mereka 'mengenang' jasa kilang itu, jauh sekali untuk berterima kasih kepada 'pencipta' kepada penubuhan kilang tersebut termasuk bantuan-bantuan yang disalurkan... Ini kerana kejayaan itu adalah datang daripada usaha gigih mereka dalam pembelajaran.


Itu sudah memadai, apa yang utama adalah matlamat 'pencipta' kilang ini tercapai yakni memperkasa dan memartabatkan anak-anak Melayu di bidang akademik.



Namun dasar murni ini semakin hari mula terpalit dengan kemasukan agenda politik kotor. Paling ketara bermula sejak kempen pilihanraya kecil Teluk Intan apabila 'Melayu' DAP dilihat cuba 'mengusik' kilang ini.





Ia kemudian disambut pula dengan pendedahan seorang lagi muka 'Melayu' yang digelar Ketua Strategi yang mendakwa wujud kronisma di dalam pembinaan UiTM cawangan Pasir Gudang. Dakwaan yang mengatakan penglibatan kroni UMNO itu secara tidak langsung mengiyakan bahawa UMNOlah pencipta kepada kilang yang berniat murni memperkasa dan memartabatkan anak-anak Melayu di bidang akademik!!!




*Apa jasa YB Pandan sejak menjadi Ahli Parlimen?
*Apa kerajaan Pakatan Rakyat lakukan untuk kemajuan rakyat selain menanam budaya kebencian dan dendam?




------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UiTM ITU APA?










Perempuan Cina Mengadu kepada Polis?


Kita ni hidup dalam negara berbilang bangsa dan agama...
Apa-apa isu agama pasti mendapat perhatian semua pihak, apatah lagi sekarang ni media sosial menjadi laman utama rujukan anak-anak muda.

Macam-macam isu baik positif dan negatif.
Macam-macam agenda tersembunyi baik dari dalam mahupun luar yang sejak dulu amat dengki dengan keamanan negara kita.

PAUTAN

Facebook, Twitter dan sebagainya jika tidak digunakan dengan baik dan tidak mendapat pemantauan daripada pihak berkuasa maka amat mudahlah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan agenda mereka.

Sedar atau tidak, budaya mengapi-apikan masyarakat kita semakin menjadi-jadi dan tidak mustahil ini adalah kerana rakyat kita terikut-ikut dengan 'suntikan' pemimpin-pemipin politik terutamanya pembangkang yang amat suka menyemai perasaan benci dan dendam terhadap orang lain.

Oleh itu pihak berkuasa tempatan tidak kira kementerian dan jabatan perlu memandang serius perkara sebegini, seperti orang-orang dahulu berkata, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.

*Jika benar wujud penghinaan terhadap mana-mana agama, hukuman tegas perlu di ambil. Mungkin Ahli Dewan Rakyat baik daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat perlu mengusulkan Akta Sembelih Sampai Mati bagi kesalahan berkaitan penghinaan agama!

Hmmmm..... Kes pasangan Alvinvavi apa cerita? Ada hukuman? Ada undang-undang yang mampu memberi kesedaran kepada yang lain? Atau rakyat Malaysia semakin 'advance' kerana percaya ada peguam yang mampu membela atas tiket hak asasi manusia dan kebebasan bersuara?


Thursday, June 12, 2014

Cerita disebalik Bar Council sejak 10 tahun lalu...


Majlis Peguam, dianggap sebagai pembela undang-undang. Namun itu merupakan pandangan 10 tahun lalu, kini tidak lagi setelah ia dipergunakan termasuk melacur Legal Profesion Act dengan rakus demi kepentingan politik.

Seperti yang sedia maklum, para peguam merupakan individu yang diangkat sebagai insan yang mulia JIKA menggunakan ilmu perundangan dengan baik, tanpa wujud unsur dan niat 'berkepentingan'.




Hari ini, Majlis Peguam dilihat begitu taksub dengan pemimpin dikalangan parti pembangkang yang kononnya dianggap sebagai penegak demokrasi.

Demokrasi yang bagaimana?
Suatu ketika dahulu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pernah mengherdik wartawan dengan ayat, "YOU ULANG SAYA SAMAN". Satu ayat yang begitu ringkas namun kasar di mata perundangan berlandaskan prinsip demokrasi yang di amalkan seperti kebebasan bersuara dan kebebasan pengamal media.


Namun kenyataan sedemikian dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin kelas atasan di dalam Majlis Peguam. Begitu juga halnya dengan tindakan beberapa pemimpin parti pembangkang yang menfailkan saman kepada akhbar-akhbar dan media tempatan.

Mungkin perkara sebegini berlaku dek kerana 'mata' dan 'telinga' pemimpin kelas atasan Majlis Peguam ini lebih tertumpu kepada pemimpin dikalangan parti lawan yakni parti pemerintah, Barisan Nasional.

Ia jelas terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menyaman portal pro pembangkang Malaysiakini, atas dasar sifat Najib sebagai Presiden UMNO.

Belum sempat ayam berkokok, Majlis Peguam menjerit dan melaungkan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan media. Hebat, Majlis Peguam sekali lagi menjadi benteng hadapan dalam soal perundangan apabila menyuruh Najib supaya menerima kritikan.

Sudah pasti suara dan pendapat seperti ini tidak menjadi suatu kesalahan namun ia sepatutnya perlu ada check and balance. Sampai bila agenda kotor berkepentingan ini akan berakhir?

Majlis Peguam Tidak Profesional Sejak Dipengerusikan Ambiga

Najib Saman Malaysiakini TAK OK, Anwar Saman Utusan OK


Monday, June 2, 2014

Apa DOSA ibu Dyana?



Ibu kepada calon DAP yang kalah pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofya, Yammy Samat adalah seorang ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980.

Apa cerita ni desak-desak orang tua tu dipecat?
Makcik ni dalam kenyataannya hanya membiarkan keputusan dibuat Majlis Tertinggi UMNO, kerana beliau dilihat enggan keluar parti...

Kenapa ada pihak hendak desak dia dipecat? Apa salah orang tua ini? Hanya kerana gagal mendidik anak supaya menyertai UMNO?

Biarlah makcik ini terus bersama -sama UMNO jika itu perjuangannya... Janganlah kerana anaknya DAP maka dipaksa makcik ini dipecat, seolah-olah hanya kerana berbeza fahaman parti politik. Desakan dipecat ini seolah mahu memberi 'kata dua' kepada makcik ini samada memilih parti atau darah daging sendiri...

Dah namanya mak, takkan nak mengenepikan anak pulak...
Cuma makcik ini mungkin boleh diperhatikan sahaja, kot-kot dia jadi 'perisik' buat parti lawan...
Jawatan yang dipegang mungkin boleh dipertimbangkan...
Hakikatnya, selaras dengan amalan demokrasi, tidak perlulah sehingga bertindak memecat makcik ini hanya kerana anaknya 'boneka' DAP.

JAUHI SIFAT BUSUK HATI :)










Jamil Khir BUAT HAL LAGI!!!?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan. - Berita Harian 

Apa cerita ni???
Nak cakap Kementerian Kesihatan bersalah ke???
Atau pihak media yang bermasalah???

Mujur Kementerian Kesihatan membuat analisis... Nak mengharapkan JAKIM turun padang?
Paling menarik, macam mana sampel boleh dicemari dengan porcine? kenapa porcine?
Siapa yang bermain politik ni?

Bila tarikh JAKIM ambil sampel dari kilang? Sebelum atau selepas isu ini timbul? Takkan orang kilang tu bodoh sangat nak letak porcine bila isu ini hangat diperkatakan....
Soalan sama, siapa yang bermain politik ni?