AdSense

Wednesday, April 23, 2014

TANPA BERSELINDUNG. Malaysia diserang?


Apa sudah jadi?
Lepas satu, satu masalah timbul dalam negara kita...


Bermula isu penerbangan MAS menerusi pesawat MH370 yang dilapor hilang yang sehingga hari ini masih dalam misi mencari dan menyelamat, disusuli pula dengan insiden pesawat MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore, India yang terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana satu daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan meletup ketika berlepas. Kenapa sebelum ini jarang kedengaran berita sebegini? Kenapa hanya diwaktu-waktu ini, cubaan disabotaj?


Terbaru, insiden melibatkan kawasan pengairan kita dimana lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi semalam.


Dalam 3 insiden tersebut jelas negara yang terlibat adalah China, India dan Jepun. Maka ia sekaligus menunjukkan seolah-olah ikatan diplomatik 3 negara berkenaan dengan Malaysia cuba di renggangkan.

Ini serangan hebat yang perlu ditempuh negara, serangan secara terang-terangan ini dilihat sengaja mahu menguji kerajaan pemerintah bahkan cuba mencetuskan perang besar antara Malaysia dengan negara luar.

Apa yang berlaku sehingga April 2014 ini ialah, negara kita sedang diuji dan diancam!

Monday, April 21, 2014

Untuk SEBARAN UMUM, Jangan Kita diBUTAkan LAGI!!!


Ini baru beberapa klip video yang didedahkan... Video yang mana butir-butir perkataan yang keluar adalah daripada mulut pemimpin pembangkang sendiri. Mungkin selepas pada ini sudah pasti mereka akan putar belit apa yang mereka katakan. Kerana si penipu sememangnya mudah lupa dengan segala apa yang pernah diperkatakan.

Adakah apa yang diucapkan pengarah strategi PKR ini juga merupakan konspirasi UMNO BN? atau Najib telah mengambil suara beliau menjadi suara Rafizi? Inilah bezanya parti pemerintah dengan pembangkang yang hanya tahu bermain politik 24/7.



Caci maki dan fitnah menguasai diri pemimpin pembangkang, amat tebal dan sukar dihakis. Dan sekali lagi soalan sama diutarakan, jika bukan Rafizi, rakyat marhaen yang berucap seperti Rafizi, persoal keputusan mahkamah, hina hakim, hasut rakyat ke arah kacau bilau, APAKAH TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DI AMBIL? atau tidak kerana rakyat marhaen bukan dikalangan Ahli Parlimen?

Pilihanraya sudah tamat tempoh, masa untuk bekerja untuk rakyat, mensejahterakan hidup rakyat. atau kita masih mahu mengherdik kerajaan pemerintah dengan mengatakan mereka kerajaan zalim sedangkan kamu menggunakan kenderaan mewah, menjamu selera dengan hidangan lazat, saiz perut yang semakin buncit dek kekenyangan, bebas terbang di dalam dan luar negara?


Kamu masih kata kerajaan BN kroni sedangkan dalam PKR bersepah kroni dan keluarga di dalamnya. Kamu hasut rakyat bantah keputusan mahkamah tetapi tidak apabila keputusan menyebelahi kamu. POLITIK APA INI???

Wednesday, April 9, 2014

BETUL KE? Ada Duit, Jawatan dan Kuasa Boleh Buat Apa Sahaja Termasuk Perlekeh Mahkamah?


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Rafizi Ramli dan pimpinan parti Keadilan Rakyat, PKR perlu muhasabah diri dan bertaubat.
Dalam kita bercakap soal intergriti, ketetapan pendirian, golongan parti pembangkang ini haruslah mempunyai sikap yang bertanggungjawab.

Anwar masa mahkamah tinggi melepaskannya daripada pertuduhan liwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari, kelihatan begitu gembira dan teruja malah memuji hakim dan mahkamah. Namun reaksi beliau mula berubah 300% apabila Saiful menang dalam kes rayuan, dalam kes sama. Anwar mula menuding jari kepada parti pemerintah Barisan Nasional. Katanya mahkamah dijadikan perkakas UMNO, BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Penyokong taksub Anwar pula percaya bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditindas, dizalimi. Inilah reaksi mereka apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka. Semua orang dipersalahkan.


Azmin pula merupakan orang kanan yang paling berperanan untuk menghasut rakyat membela Anwar yang kononnya dizalimi. Azmin dengan terang dalam ceramah ketika Himpunan Reformasi 2.0, sebelum hari pengundian pada 23 Mac di Kajang, dengan angkuh mengajak rakyat ke jalanraya. Malah beliau juga mengugut supaya mana-mana pihak tidak menyentuh dam memenjarakan jasad Anwar waima untuk satu hari. Walhal mahkamah menerusi panel 3 hakim memutuskan bahawa Anwar didapai bersalah meliwat Saiful dan mengenakan hukuman penjara selama 5 tahun. Inilah yang berlaku dalam parti pembangkang, PKR terutamanya. Hati mereka sentiasa diselubungi riak seolah-olah mampu berbuat apa apa sahaja dan perasaan ingin memberontak, menjerit melolong di jalanan untuk menunjuk perasaan. Mana-mana keputusan yang menyebelahi mereka, OK. Jika sebaliknya, TIDAK OK.




Plot penceritaan sama melibatkan Pengarah Strategi parti Rafizi Ramli. Pendedahan yang paling hebat pernah dibawa oleh Ahli Parlimen Pandan ini adalah berkaitan dengan isu BAFIA. Apa itu BAFIA? Pembaca mungkin sudah tahu, kalau tak tahu, searchlah.. Apa yang menarik, Rafizi mampu 'menyelongkar' dan lelaki ini masih bergerak bebas dengan gembira, sekalipun melanggar undang-undang. Terdapat perundangan mahkamah dijalankan ke atas Rafizi namun hari demi hari kes ini dilihat sudah sejuk. Adakah kes ini dilupuskan dek kerana Rafizi kini memegang kuasa sebagai seorang Ahli Parlimen?



Kesimpulannya, apa-apa hal melibatkan sistem perundangan, badan kehakiman negara dilihat BOLEH dipergunakan oleh individu yang ada jawatan, kuasa dan pangkat, adakah benar? Kerana rakyat kini sedang melihat situasi ini sedang berlaku. Bagaimana dan apa pula yang berlaku sekiranya Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Rafizi Ramli ini hanyalah seorang insan biasa atau rakyat marhaen?

TAKE 5!