AdSense

Thursday, February 27, 2014

Laaa Kantoi... Ini budak graduate politik Anwar. SEBARKAN...


Katanya, politik kotor, politik fitnah....
dan hasil asuhan tokoh untarukbangsa...





Sunday, February 23, 2014

[VIDEO] Macai PR Tagih Bantuan BN di Selangor


Amboi... dulu bukan main lagi ludah kerajaan BN...
Fitnah UMNO, BN, fitnah pemimpin dengan macam-macam cara...
Bila ada masalah, pandai pulak mintak tolong UMNO, BN?

Krisis air di Selangor, amboi kenapa tiba-tiba marah pada BN pulak? Apa mereka lupa kawasan itu kawasan jajahan DAP?


Amboi... sudah gagal tadbir kawasan dengan baik, senang-senang tuding jari pada orang lain? Mudahnya jadi pemimpin pembangkang....


JOM kita main POLITIK !
Sumber gambar dan video : Rakyat News



Wednesday, February 19, 2014

PENGAKUAN LEWAT MALAM : "saya simbah cat itu"?!!!



1. Tiada percikan pada pintu pagar bukti simbahan dibuat dari dalam premis.
2. Tumpahan yang serata, dibuat dengan perlahan-perlahan dan berhati-hati.
3. Kawasan majoriti Cina, apa tidak boleh kesan 'orang asing' yang datang?
4. Jika benar sekalipun dibuat oleh NGO Melayu Islam, apa masalahnya? Siapa yang mula-mula mencetuskan idea provok dengan video Onederful CNY2014?
5. Ini semua salah UMNO?
6. Tarik perhatian simpati setelah hebat dikecam?

Seawal pagi saya terus menyebarkan gambar ini di facebook milik saya....



Apa??? RM5 bilion???



Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy didakwa cuba mendapatkan RM4.5 bilion dari bajet kerajaan dibawah pertimbangannya untuk membangunkan komuniti India.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan RM750 juta dari keseluruhan bajet tahunan kerajaan bagi tujuan tersebut menerusi kementerian dan agensi kerajaan tertentu namun Waytha mendesak ianya diletakkan dibawah jaminannya. - Rakyat News

Ooo.... kisahnya......

Tuesday, February 18, 2014

PRK Kajang - Anwar Pilih Nombor.....?


Apa wajah lagi yang Anwar mahu dedah kepada rakyat?
1. Pejuang LGBT?
2. Pengamal pluralisme?
3. Kebebasan beragama?
4. Boneka dan penyokong regim zionis?
5. Kaki rasuah?
6. Putar belit?
7. Manifesto bukan janji?
8. Reformasi jalanraya?
9. Tarik perhatian dunia luar?
10. Gila kuasa?


PERSOALAN terus menjadi persoalan... selagi cita-cita yang diidam sejak tahun 1990an tidak tercapai. Walauapapun, cerita politik Anwar Ibrahim terus menggamit memori dan kekal utuh dalam kenangan negara. Begitu suram dunia politik tanpa kisah-kisah dongeng dan propaganda menyengat yang ternyata memberi senyuman kepada anak cucu. Penuh dengan cerita politik sehingga terlupa membina negara bangsa... PRK Kajang, UNTUKMU ANWAR IBRAHIM...

Gambar pertama... REFORMASI!!! disuntik HIV... boleh cabut pendakap leher dengan sendiri... konspirasi UMNO... 

PRU13... SPR tipu! Letak jawatan! blackout! pengundi bangla!

Angkat sumpah... SPR telus? Mana pergi 40k pengundi Bangladesh...?



Monday, February 17, 2014

VIDEO - Wartawan Pro Pembangkang Malaysiakini semua murtad?


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri. Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. - Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

JADI....
Apa maknanya mereka membuat temubual terhadap remaja Melayu / Islam ini? Adakah ia bagi menunjukkan JAKIM adalah bukan suara Islam? Menunjukkan betapa BANGKANGnya mereka?


Saturday, February 15, 2014

Kemarahan Orang Melayu, Cina : DAP Pusat SAH Singkir Teresa Kok?!!!



DAP pusat telah mengesahkan dan bersetuju dengan kebiadap Naib Pengerusi Kebangsaan Teresa Kok?
Bila dilihat apa yang disiarkan oleh lidah rasmi parti RoketKini, jelas apa yang dikatakan kelancangan mulut Teresa Kok menghina pemimpin, negara dan parajurit!

Maaf dengan gambar yang di 'printscreen' ini agak kabur, namun pembaca boleh melihatnya di pautan ini (jika tidak dipadam)

RoketKini : Sarikata Penuh Video Teresa Kok

Sebelum itu, mari lihat apa yang sempat penulis 'highlight' kan ini...


TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia! Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat.

Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat. Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai. Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .



ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda. 

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik. Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural ““Berhati-hati! Perompak ada berdekatan”. Pemandangan yang sangat cantik.


ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu ‘Bersih’. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.


SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun. Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam. Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.


Ok sekarang hampir 300 laporan polis dibuat terhadap Teresa Kok.
Beliau mungkin sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan, mungkin.
Malah penganjur yang menawarkan RM1200 kepada mana mana pihak yang berjaya menampar Teresa Kok SUDAH dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Sedangkan orang yang mencetuskan isu adalah Teresa Kok!
Sistem apa yang kita pakai sekarang? orang yang membuat masih seronok? siapa yang mahu dengar kepada suara yang bangkit kerana dihina?

KEBAL ???

Apa sistem perundangan yang kita boleh pakai kepada Teresa Kok? Apa Akta Hasutan 1948 itu tidak relevan?

MAHU TUNGGU berapa lagi laporan polis?
MAHU TUNGGU beramai banyak demonstrasi hendak dibuat?
MAHU BIAR sahaja Ahli Parlimen BIADAP ini???
INI NEGARA APA??? Mana-mana orang BEBAS membuat provokasi????

ARE YOU KIDDING ME???



Thursday, February 6, 2014

'kaki paw' di Downtown Cheras





Undang-undang mana yang kau pakai?

Ni, tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan sesuka hati, mengutip duit orang ramai atas alasan menjaga keselamatan.

Lokasi : Jalan Yaakub Latif, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, KL. (berhampiran bazar larut malam 'Downtown')

Budak : RM5 bang.
Aku : Kena bayar untuk apa pulak ni?
Budak : Kita jaga kereta bang.
Aku : Selama ni aku parking sini tak kena bayar pun?
Budak : Tu dulu bang, sekarang dah kena bayar.
Aku : Kau kerja dengan siapa? 
Budak : Penduduk dekat sini, kita bukan pengutip haram bang. Penduduk sini yang selalu komplen sebab banyak kes pecah kereta.
Aku : ooo... tu brader Rela tu buat apa? (sambil aku tunjuk seorang lelaki beruniform Rela tengah duduk bersembang dengan kawannya)
Budak : Kita tak ada kena mengena dengan Rela, saya diarahkan penduduk je.

Itulah antara dialog aku dengan seorang budak yang mengepau aku baru-baru ini. Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, aku hulur bayaran yang diminta dan aku mintak resit bayaran.

Aku ni malas nk selidik siapa di belakang budak tu, posting aku mcm biasa, dedah dan biar orang lain yang sepatutnya buat kerja... sampai bila nak makan gaji buta...

Kau nak jaga kereta orang Alhamdulillah, murni sungguh amalan tu... tapi bagi aku RM5 untuk sekali park tu x patut... kau mintak cadangan daripada penduduk yang kaya raya kat kawasan tu memanglah... bagi dia orang RM5 tu celah gigi je...

Kawan, park dekat kawasan Chow Kit pun kena paw, matpit paw RM1-2 je, kereta selamat jugak... dia orang pun jaga kereta jugak... ini kau badan tegap cukup sifat, ikut cakap penduduk yang kaya raya, apa pun tak boleh... apa dia orang ingat jalan tu mak apak dia orang punya? aku pun bayar cukai...

Ni lagi satu, benda ni secara tak langsung menidakkan tugas PDRM. Kau cakap banyak kes pecah kereta, hello lain punya kawasan ada Skim Rondaan penduduk, dia orang tak ada pun paw duit orang??? 

Tu lagi satu, Rela yang pakai uniform baru tu apa bikin? betul, nama pun Rela, kerja secara sukarela, apa Rela tak mampu nak cegah jenayah? Come on, jangan cakap kerja Rela tak ada gaji, mengamuk menteri yang berkaitan nanti...

Kau orang pandai, ambil kesempatan terhadap pengunjung yang nak pergi menjana ekonomi Bumiputra kat Downtown tu... Kalau betul kau nk buat amal, kenapa tak jaga keselamatan kenderaan di sepanjang jalan utama tu? Jalan yang ada trafik light tu. 

Tak payah nak komplen jalan jem, betul pengunjung yg datang ke Downtown ni hampir semuanya park kereta mereka di bahu jalan, apa masalahnya? bukannya menghalang lalulintas pun... kalau ada yang halang pun, budak2 motor tahu nak ajar dia orang, bagi calar sikit, comfirm dah tak buat lepas tu...

Berbalik kepada cerita asal, kaki kaki paw yang nak cekik duit orang awam ;

1. Mana PDRM untuk cegah jenayah.
2. Kenapa bukan DBKL yang kononnya tuan tanah kat KL ni yang paw duit rakyat.
3. Kenapa bukan Rela yang kawal dan awasi keselamatan.

Mesej buat penduduk, rumah (apartment) yang kau orang duduk tu baru siap, kau orang pun baru duduk situ, tapak asal rumah kau orang tu adalah bukit belukar. Dan sebelum rumah kau orang tu dibina, Downtown sudah lama beroperasi, sejak zaman 'Shuffle' lagi. Jadi yang kau orang penduduk nak kecoh kecoh ni pasal apa? Kau orang dah tahu kawasan rumah tu memang selalu ramai orang! Orang nk pergi Downtown kot... Jangan cuba buat undang undang sendiri kutip duit orang sesuka hati!

Tak kisah lah penduduk situ majoriti guru ke taukeh besar ke orang politik ke penyokong kerajaan ke pembangkang ke timbang rasa la sikit... 

Apa yang pasti, dimana ada penjanaan ekonomi orang Melayu disitu wujud hasad dengki!

Wednesday, February 5, 2014

"Bila orang Melayu BANGKIT...." Kepala Siapa Tergolek ni...???

Semakin hari semakin menjadi...
Apa sudah jadi politik Malaysia...
Ramai orang yang bertanggungjawab kini bermaharajalela untuk membuat apa sahaja sesuka hati...
Orang Melayu tak mampu melakukan apa apa selain menundukkan kepala tatkala bangsa dan agama sendiri dihina, dicemuh dan dipijak kepala, ATAS ALASAN KONONNYA TIDAK MENGERUHKAN LAGI KEADAAN... Baik sungguh orang Melayu ini... Begitu penyabar bangsanya...

Sampai bila?










Api perkauman mula dinyalakan, siapa dan bila ia akan berjaya dipadamkan???
SILA AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA SI TUKANG PENIUP SEBELUM NASI MENJADI BUBUR!

Jom NIKMATI keluh kesah rakyat di bawah...








Tuesday, February 4, 2014

Selepas bersara dan jadi pensyarah...

Masa kempen PRU13, Anwar kata kalau Pakatan kalah dia akan bersara dan mahu jadi pensyarah di luarnegara...

Yalah, orang luarnegara lebih memerlukan beliau, idea beliau yang geliga membuatkan negara luar berebut rebut mahu mendapatkannya...

Tapi itu hanyalah propaganda kempen semata mata... tidak lebih sekadar menggaburi mata orang ramai...

Ternyata, kempen 'simple' sedemikian mudah diterima masyarakat... masyarakat hanya suka mendengar dan mempercayai bahan bahan kempen yang berupa fitnah dan omongan kosong...

masyarakat lebih menyukai kempen yang tidak masuk akal, menipu dan dusta. Namun itulah bahan kempen yang sering digunakan pakatan yang diketuai Anwar...

Apa boleh buat, masyarakat tidak kisah jika diri mereka dan ahli keluarga mereka ditipu, ini kerana jiwa mereka telah dirasuk rasa dendam dan benci kepada pemerintahan sedia ada, hasil sentuhan pimpinan pakatan setiap malam ceramah kempennya di seluruh negara...

PRK Kajang, kemana pula janji Anwar selepas ini...???

Dikhabarkan 'janji' manis akan dirangka demi meraih simpati pengundi di N25...

Sent from my iPhone

Monday, February 3, 2014

Anwar : Dalam Politik Kena ada Kejutan



Apa kejutan yang dimaksudkan???


Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut. "Dia (Chin Cheh) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan," kata Anwar

Sunday, February 2, 2014

HANGAT!!! PRK Kajang : Anwar kena tangkap!!!


Program kempen (SPR atau PKR umum kempen bermula?) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor. Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid (sejak bila boleh berpolitik di masjid?) yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen. Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.


"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Maaf, tersalah gambar... *tidak tahu bagaimana untuk delete...

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu. Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan. Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais. "Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.

SAH!!! MASJID CUBA DIPOLITIKKAN!!!
Kenapa sebelum ini tak dengar pula Anwar dan kuncu-kuncunya nak beri TAZKIRAH di masjid-masjid? Dalam PRK Kajang ni terus jadi warak?!!!

disuntik HIV.....?

Rakyat sudah mual dengan lakonan Raja Drama ini...

Suara Lensa Suara Rakyat



HANGAT!!! Bagi yang terlepas, jom baca sinopsis movie arahan Anwar Ibrahim ini...


Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional! 

Siakap senohong gelama ikan duri, kuat bohong nak jadi Perdana Menteri! 
18.08.2012, sebelum PRU-13: Saya akan pencen jika pembangkang tewas PRU-13 dan jadi professor! 07.05.2013, selepas PRU-13: Saya tidak akan pencen. Pembangkang kalah kerana Bangla dan blackout! 

Sebelum PRK DUN N.25 Kajang:

27 Jan 2014 – Saya TIDAK akan bertanding dalam PRK Kajang
28 Jan 2014 – Saya diminta bertanding dalam PRK Kajang!

Selepas PRK Kajang 28 Januari 2014 – Saya umumkan bahawa Khalid akan terus menjadi Menteri Besar!
Q: Selepas PRK Kajang! Siapa MB baru? Sendiri pun boleh jawab lah!!!

Teruskan membaca di sini... Rakan karib Anwar sedia mendedahkan...