AdSense

Tuesday, July 8, 2014

Kuala Lumpur, SIA


Lihat saja bangunan di tengah kotaraya Kuala Lumpur, bilang dengan jari, berapa banyak tulisan yang tertera nama Melayu? Ramai pihak terutamanya dikalangan 'pakcik-pakcik' yang beriya-iya mahu mempertahankan nama Melayu.

Ya, 'pakcik' yang dimaksudkan bukanlah 'pakcik' yang menaiki kereta Mercedes S Class atau lampu mata belalang tetapi 'pakcik' yang menaiki Honda Kapcai lampu bulat.

Dimana silapnya, semakin hari nama Melayu yang digunakan untuk memperkenalkan sesebuah bangunan semakin jarang kelihatan, jika ada sekalipun hanya tinggal binaan usang. 'Melayu' hanya hangat dijeritkan di dalam Dewan Rakyat, namun hakikatnya bangsa Melayu termasuk Cina dan India akan malu untuk bertutur bahasa Melayu di pasaraya-pasaraya besar walaupun jurujual itu merupakan rakyat Malaysia.

Mungkin takut digelar sebagai KOLOT? 



Jauh berbeza di negara Jepun, bahasa ibunda diangkat ke suatu martabat tertinggi! Ah! Tidak perlu ikut cara Jepun yang pernah menjajah Tanah Melayu, apa itu faktor utama kita tidak mencontohi negara matahari terbit itu?


Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan nama 'orang putih' untuk memperkenalkan sesuatu bangunan, memudahkan pelancong asing, namun pernahkah kita terfikir dimana identiti Malaysia? 'Orang Utan' di Zoo Negara?

Alangkah bertuahnya kita hari ini jika dapat berada di zaman cerita P Ramlee, kelihatan suasana kotaraya yang penuh dengan tulisan Rumi dan Jawi, ditambah pula dengan watak orang ramai yang tidak lekang songkok di atas kepala.


Sekali imbas sahaja kita sudah menjangkakan bahawa ia merupakan sebuah filem Melayu dan penggambarannya juga di Tanah Melayu. Itu dulu, zaman yang tiada pewarna rambut moden yang boleh mengubah hitam kepada kuning, luruskan rambut daripada kerinting.


Berbalik kepada soal nama bangunan dan pencakar langit, siapa yang diberi kuasa? Pemaju, pemain-pemain di sektor hartanah, pejabat daerah, majlis bandaran, menteri, Ahli Parlimen atau ahli sasterawan? Atau tidak ada sesiapa yang berkuasa? Dapat jual tanah, lain-lain perkara tidak menjadi tanggungjawab lagi. Biarpun berjaya menjual tanah wakaf kepada pengusaha minuman keras di kawasan majoriti Melayu!

Pejam mata dan bertanya, Dimana identiti ibunegara MALAYSIA? Tiadanya bangunan bernama 'MALAY', maka tinggallah Kuala Lumpur dengan nama, KUALA LUMPUR, SIA.

4 comments:

  1. kerana melayu terlalu suka main politik , suka anggap budaya arab tu islam dan nak kepada islam kena ikut arab bodoh , budaya melayu letak tepi walaupun sesuai dengan syarak, ada yang lupa diri dan yang parahnya lapisan muda kebanyakan buta sejarah maka melayu tampa jati diri dah jadi ramai lalu jadi lah melayu tampa budaya .

    ReplyDelete
  2. Melayu.. Macam cerita Pak Kaduk.. Menang sorak kampung tergadai..
    Berpuluh tahun dah sejarah dan kisah rakyat Melayu diperlecehkan sehingga orang Melayu sendiri dah tak tahu asal usul. Kesudahan nya tergadai dalam diam..

    ReplyDelete
  3. TANYA PIHAK BERKUASA!! Bukankah semuanya melayu.rakyat apakan daya..

    ReplyDelete
  4. Pihak berkuasa..bisu..Dewan Bahasa yg mengajar mereka jadi setan bisu..padan dah muka melayu..siapa menteri yg ramai..melayu..polis melayu..askar melayu..pihak berkuasa tempatan melayu..tapi dah jadi SIA ..padan muka

    ReplyDelete