AdSense

Sunday, October 27, 2013

PRK Sg Limau : PAS amal kroni, baru tahu ke?



Minta bantuan? tak boleh..
Bohong ja...
Mintak rumah, takpalah....
KEMATU dah!!!

JKK ni jahat, depa bagi kat adik beradik dia ja...
Saya habaq betoi, (buat apa menipu) saya dah tua dah...

Antara kata-kata yang keluar daripada mulut pakcik ni...
Apakah selepas ini pencacai PAS dan Pakatan Rakyat akan mengatakan pakcik ni DIBAYAR UMNO?


Saturday, October 26, 2013

VIDEO : Anwar Ibrahim untuk tontonan budak-budak


Kenapa untuk tontonan budak-budak?
Apa pula kata ibu bapa mereka apabila pemikiran anak mereka disongsangkan?
Apa-apa pun jom kita tengok video Anwar Ibrahim yang sejak dulu kerja dia adalah memBANGKANG!



Apa macam? kenyataan dia asyik memBANGKANG. Sama saja kenyataan dengan Guan Eng. Anaknya Nurul Izzah juga ibarat MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU BUKAN NASI.

Itu kata-kata pemimpin yang kerja dia hanya memBANGKANG. Tiada yang positif kerana kenyataan dibuat berdasarkan kepada pemikiran yang tidak rasional, apa yang ada dalam kepala, AKU MAHU JADI PERDANA MENTERI.

Jom kita lihat pula kenyataan daripada pemimpin yang rasional, memberi kenyataan mengikut fakta, tanpa emosi...


Friday, October 25, 2013

PRK Sg Limau : Mukriz diserang!


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa Mukhriz ditolak Umno kerana tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini semalam turut mendakwa Mukhriz tidak memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri enam bulan sejak mengambil alih pentadbiran, sebaliknya hanya menumpukan kepada pemilihan jawatan tertinggi Umno.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menerima dengan hati terbuka beberapa episod serangan peribadi yang dilemparkan pembangkang terhadap beliau, sejak kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Sungai Limau, bermula kelmarin. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, beliau tidak bercadang membalas dakwaan-dakwaan itu, sebaliknya hanya akan menumpukan kepada kempen secara sederhana dengan mengelak sebarang serangan peribadi.


Mukriz : “Yang kita akan gunakan… yang penting kita akan tekankan soal calon anggota DUN kita yang datangnya dari pihak sama dengan kerajaan yang memerintah negeri, yang juga mendapat sokongan kerajaan pusat.

“Jadi apa yang kita janji sudah tentu kami berupaya dan akan tunaikan,”




Thursday, October 24, 2013

PRK Sg Limau : PAS mula tuding jari, tanam politik kebencian

PAS Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi kotor dengan 'membeli' pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini.


Naib Presiden PAS merangkap Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN dikatakan akan membuat tawaran habuan berupa wang tunai kepada pengundi yang telah mengundi BN.

Sumber : Rakyat News

Lumrah politik PAS, dan pembangkang...
Semua yang buruk akan dituding kepada UMNO.
UMNO lah jahat, UMNO lah rasuah dan UMNO lah kafir...

Setiap yang buruk itu UMNO, ini politik PAS dan pembangkang sejak sekian lama...

Buat para pengundi di Sg Limau, apakah kemajuan negara kita ini bukannya datang daripada pentadbiran kerajaan BN?

Apakah keharmonian dan kesejahteraan selama ini antara lain juga kerana kecekapan pentadbiran BN?

Usah lagi terpedaya dengan permainan politik tuding menuding dan politik kebencian yang di amal PAS ajaran Ketua Umum PR Anwar Ibrahim.

Wednesday, October 23, 2013

PM aku rajin

Rajinnya Perdana Menteri aku Datuk Seri Najib Tun Razak ni...
Najib tekun dan fokus meneliti Bajet2014.
Sudah pasti hasrat beliau adalah untuk mengutamaman rakyat Malaysia.
Dan apa yang penting ia sudah pasti tidak berpolitik sebagaimana Bajet Anwar Ibrahim. Bajet Anwar yang semata mata mahu meraih sokongan politik sehingga jelas ia bajet yang tidak masuk dek akal...

Bajet politik Anwar dengan tahun lepas sama saja, enak didengar indah khabar dari rupa.

Apa apa pun semoga Bajet2014 menjadi Bajet untuk rakyat yang mana dapat memberi manfaat yang baik...


Tuesday, October 22, 2013

Fokus Taib Mahmud


Pelbagai usul dibentangkan seterusnya dibahas oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung kali ke 13 parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di negeri Sarawak. Antaranya adalah seperti soal ekonomi, pendidikan dan pembangunan. Dan topik utama antara lain seperti soal bagaimana mahu merancakkan ekonomi negeri melalui transformasi pekerjaan.



Presiden PBB Pehin Seri Abdul Taib Mahmud begitu fokus dalam memajukan negeri Sarawak antara lain bercita-cita tinggi mahu menjadikan tenaga kerja mahir sebagai permulaan kepada perkembangan dan kerancakkan ekonomi negeri itu.

Seiring dengan pandangan Bapa Pemodenan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menitik beratkan subjek Matematik kepada anak-anak. Benar, subjek Matematik yang menjurus kepada bidang kemahiran dan teknikal merupakan antara langkah ke arah transformasi pekerjaan.

TENAGA KERJA MAHIR.
Apabila anak-anak kita mahir mencipta atau membina sesuatu maka ia sudah pasti membawa negara kita selangkah ke hadapan.

BERSATU-PADU.
Namun itu, tidaklah tercapai hasrat murni Taib sekiranya masyarakat mahupun ahli parti berpecah belah. Oleh yang demikian Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak memandang serius soal penyatupaduan baik kepada masyarakat Sarawak mahupun ahli part PBB dan BN itu sendiri.

Bila sebut mengenai penyatupaduan, tidak bermakna PBB berada dalam kelompok berpecah belah. Apa yang dibangkitkan adalah bagi mengingatkan kepada mereka bahawa persefahaman dan bersatu padu merupakan perkara asas yang seterusnya membolehkan perlaksanaan dasar kerajaan negeri atau pusat untuk mengorak langkah ke hadapan.

Thursday, October 10, 2013

Abang2 polis, tentera, pakcik2 pesara, suka tak tengok VIDEO ni?


Ini orang sudah kurang ajar...
Hanya sebab nak jilat cina Chauvinis, mamat cilaka ini sanggup angkat komunis!
Badrul Hisham sanggup jilat komunis daripada menjaga hati pejuang-pejuang tanahair yang MATI!




Tuesday, October 8, 2013

Apa rancangan Keluarga Lim dan Peguam selepas ini?


Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala. Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi.

Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13, April 2013. Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas.

Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet.




Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul.

Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan ? Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja. Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP.

Baca Seterusnya di sini...

Sunday, October 6, 2013

Melayu diHINA? sampai bila?


Betullah, MELAYU!
Akhbar Utusan Malaysia juga sebelum ini namanya Utusan Melayu.
Dan namanya masih sama, Utusan Melayu...

Sumber Gambar : Harith Sidek

Sumber Gambar : Harith Sidek



Kenapa DAP hina Utusan Malaysia atau Utusan Melayu ni?
Sikit-sikit salah Utusan, sikit-sikit salah UMNO.

David Dass, akar umbi DAP dari Seremban yang memohon injuksi halang DAP adakan Kongres Khas yang jelas ada penyelewengan dan helah muslihat, apa beliau juga orang Umno?

David Dass seorang yang berbangsa India mana mungkin ahli UMNO?
Tetapi dituduh salah UMNO juga?

Ini Ketua Publisiti DAP Tony Pua suka-suka panggil Utusan dan ROS anjing apa pasal, sebab masalah dalaman parti, mudah saja menuding jari kepada UMNO?
UMNO itu apa, UMNO itu siapa?

UMNO, United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
MELAYU!!!

Laporan polis sudah dibuat, apa perlaksanaan daripada pihak berkuasa?
Atau Tony Pua ini kebal?
Bebas menghasut, bebas menghina, apa ini demokrasi yang diinginkan?

Melayu diHINA? sampai bila?
Melayu bercakap pasal Melayu dikatakan rasis - Tun M



Saturday, October 5, 2013

Si Anak, Guan Eng sekarang benci UNDI POPULAR?!!!

Semasa pengundian CEC dalam Kongres ke 16 bulan Disember lepas (yang telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan), Lim Guan Eng mendapat tempat kedua tertinggi dengan 1,576 undi dibelakang bapanya Lim Kit Siang yang menduduki tempat pertama.

Tetapi dalam pengundian CEC baru-baru ini, Lim Guan Eng hanya memperolehi tempat kelima dengan 1,304 undi, iaitu kurang 272 undi daripada pengundian lepas yang dibatalkan.

Jumlah delegasi yang layak hadir dan mengundi mengikut rekod Kongres ke 16 ialah 2,576 orang. Ini bermakna Lim Guan Eng hanya memperolehi 50% sahaja undi daripada jumlah yang layak hadir dan mengundi.

Manakala Liew Chin Tong, yang dalam pemilihan Kongres ke 16 mendapat tempat ke 14, tetapi kali ini mendapat tempat pertama dengan 1,438 undi. Iaitu lebih 55% daripada jumlah mereka yang layak mengundi.

Pendek cerita, Liew Chin Tong mendapat undi popular melebihi Lim Guan Eng! Liew Chin Tong dapat nombor satu; Lim Guan Eng dapat nombor lima.

Jangan lupa puak pembangkang ni juga yang dok memekak konon BN tidak layak jadi Kerajaan kerana kononnya tidak mendapat undi popular dalam PRU 13; walaupun hakikatnya BN mendapat hampir 60% (133 kerusi) daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Jadi dari segi logik pembangkang sendiri, sepatutnya Lim Guan Eng tidak layak memegang jawatan nombor satu DAP; sebaliknya Liew Chin Tong yang patut diberikan kedudukan jawatan nombor satu itu sebagai Setiausaha Agong DAP yang baru.

Berdasarkan itu, saya mencabar Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agong dan memberi laluan kepada Liew Chin Tong.

Lagipun, cuba bayang keluarga Lim Kit Siang -  Lim Guan Eng telah memegang jawatan Setiausaha Agong DAP selama 45 tahun, sejak 1968 sehingga 2013! 

DAP dah jadi parti warisan keluarga nampaknya - dah jadi Dinasti Anak-Papa!!! 

Udah-udah lah tu yop! Bagi lah pada orang lain pulak!


- Zulkiflli Nordin