AdSense

Sunday, September 29, 2013

SAH!!! Tiada Demokrasi dalam DAP?!!!

Ini semua salah Umno!
Ahli DAP yang lantang persoal mengenai ketelusan parti dikatakan sebagai pengkhianat!
Ahli DAP yang bersuara dikatakan agen Umno!

Ini semua salah Umno!
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang cuba menjalankan tanggungjawab dalam melaksana undang-undang juga dikatakan 'orang Umno'
Apa sudah jadi, SEMUA SALAH UMNO?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berkempen ketika Pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) ini apakah sesuatu perkara biasa?
Tidak, apakah wajar seorang yang menggunakan status sebagai Setiausaha Agung untuk berkempen demi kepentingan diri sendiri, atau lebih tepat, kepentingan DYNASTI LIM???


Pendedahan demi pendedahan telahpun dibuat sebelum ini oleh rakan blogger Peter di laman blog The Dap Insider yang banyak membongkar kezaliman dan cara kuku besi yang di amal kroni Lim...





Apakah ini maksud sebenar demokrasi dalam DAP?
Dimana suara akar umbi akan didengar, akan di ambil peduli?
Kenapa jika ada suara menentang, maka digelar mereka sebagai pengkhianat dan agen Umno sedangkan mereka hanya mahu ketelusan dan amalan demokrasi dalam parti!!!

Bercakap pula soal pemilihan, undi, ketelusan...
Ambiga, orang kuat NGO Bersih yang amat suka menganjurkan perhimpunan jalanan, atas tiket menuntut pilihanraya yang adil kononnya...

NAH!!! Kenapa tidak mahu bersama-sama membantu akar umbi dalam DAP yang kini ditindas dengan begitu tidak adil?

Kenapa Ambiga dan sekutu dalam NGOnya itu mengambil sikap lepas pandang?
Jika benar Ambiga dan sekutu ikhlas memperjuangkan soal ketelusan, hak dan kebebasan, ini masa yang sesuai!!!

Hubungi saja akar umbi yang tertindas itu, terdapat banyak bukti dalam simpanan mereka...
Melainkan Dynasti Lim sudah 'pegang' kamu Ambiga Sreenevasan?!!!

Dalam parti sudahpun menunjukkan sikap angkuh dan zalim, bagaimana pula jadinya kalau memerintah negara?
"YANG RAKUS BAKAL TERIMA PADAH"

PAS masih mahu berkawan?

Wednesday, September 25, 2013

Tuesday, September 24, 2013

林吉祥仍然不回答人。讓我們改變!KIT SIANG MASIH MEMBISU.... Jom UBAH!!!


MACAM MANA DIA BOLEH DAPATKAN DIA PUNYA KUASA SAMPAI 47 TAHUN?
KRONI! KRONI! KRONI! GILA KUASA!!!

BERMULANYA PENIPUAN DALAM CEC KE 16

 Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali. Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan.

Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC. Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC.

Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian.

15-25 ahli – Seorang perwakilan
26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan
51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan

Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865 cawangan adalah 2576 orang.

Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka. Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan bapanya.

SUMBER

Monday, September 23, 2013

Siapa TAKUT bila UMNO - PAS bersatu?


Siapa takut bila Umno dan Pas bersatu?
Betul ke Umno dan Pas nak bersatu?
Bersatu dalam erti kata lain duduk semeja bagi membincang, menyelesaikan masalah rakyat terutamanya melibatkan agama Islam?

Dan kenapa pula ada pihak yang panas punggung apabila kini orang Melayu bersatu?
Jadi gagal lah cita-cita beberapa pihak sebelum ini yang ingin menyaksikan Melayu berpecah belah?


Hadi MEROYAN



Friday, September 20, 2013

Terbaik dari Najib !!! Kit Siang marah?


"Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad, dan kerajaan negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada kaum Bumiputera di seluruh negara," Najib Razak. 20/09/2013


Terbaik dari Najib !!! Kit Siang marah?
Kenapa Kit Siang atau Cina-cina Chauvinist perlu berasa marah?
Sampai bila mahu seronok melihat orang Melayu dan Bumiputra terpinggir?
Kini Najib mahu ubah dari dalam, ubah ekonomi orang Melayu dan Bumiputra.
Dan orang-orang sekeliling Najib, janganlah pula membuat sesuatu perkara yang mampu memburukkan niat murni Najib ini. Bukan apa, banyak sangat parasit dalam kerajaan sekarang ini.

Mana-mana agensi dan jabatan yang di amanahkan untuk melaksanakan agenda transformasi, jalankan amanah anda dengan baik!

Orang DAP dedah lagi !!!


Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP. - DAP Insider


Thursday, September 19, 2013

Tengok saja bila keputusan tak sebelahi dia...


Anwar Ibrahim,
Apa saja benda yang tak menyebelahi dia maka meroyan lah...
Dia nak semua benda memihak kepada dirinya?

Pada 17hb Septermber hari Selasa, Anwar berjaya dalam permohonan menggugurkan hakim Datuk Tengku Maimun. Dan semalam 18hb Anwar gagal untuk menggugurkan Datuk Seri Shafee Abdullah daripada mengetuai peguam pendakwaraya dalam kes Liwat II membabitkan dirinya.

Jika keputusan tak sebelahi dia makanya INI SEMUA SALAH UMNO?!!!

Pemerhati luar


Kalau dia dapat neraka, dengan siapa pula dia nak mengamuk?
SUMBER gambar dan video : Rakyat News





Wednesday, September 18, 2013

Kes Liwat II : Ramainya Mat Saleh

Kes liwat II babitkan Anwar Ibrahim semalam ttelah berjaya gugurkan salah seorang hakim, Tengku Maimun.

Ada baiknya hakim itu digugurkan kerana dikhuatiri membuka ruang kepada pihak responden (Anwar) untuk sesuatu keputusan akan datang.

Dan hari ini pula mahkamah rayuan Putrajaya akan mendengar dan mungkin akan membuat keputusan untuk permohonan reaponden yang mahu menyingkirkan Shafee Abdullah daripada menjadi Timbalan Pendakwaraya.

Walau apa jua keputusan diharap ia tidak membuka ruang kepada pihak responden untuk keputusan akan datang. Erti kata lain, responden tidak mampu lagi untuk menuding jari kepada mana mana pihak.

Shafee?
Responden kata Shafee sebagai saksi dan tak boleh jadi Timbalan Pendakwaraya.

Semalam juga Shafee nafi dan akan mengatakannya kepada mahkamah bahawa dirinya bukan saksi.

Apakah keputusan untuk rayuan permohonan responden kali ini?

Semoga pemerhati luarnegara yang begitu ramai dapat menggerunkan pihak pendakwaraya.

Pemerhati luarnegara?
Seramai 6 orang pemerhati luarnegara dibenarkan mengikuti prosiding mahkamah ini. Ia tidak termasuk yang dalam senarai, hampir 10 orang si hidung mancung berambut kuning berada dalam bilik perbicaraan.

Seolah olah sistem kehakiman negara tidak mampu laksana amanah dan tanggungjawab sebagai badan yang telus?

Begitulah Anwar dimata dunia?

Monday, September 16, 2013

Anwar ancam boleh, orang ancam Anwar tak boleh - Demokrasi

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menerusi Azwanddin Hamzah semalam yang mengancam mahu ke kediaman Anwar untuk mendesak agar beliau membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun banknya.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan itu sebagai 'desperado' kerana cuba mengganggu privasi Anwar.

Ganggu privasi? Bagaimana privasi pengguna jalanraya ketika perhimpunan haram Bersih lalu? Bagaimana pula privasi peniaga peniaga?

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip di Balai Polis Jinjang sekitar 12.30 tengahari tadi (13 Sept 2013) menggesa siasatan segera ke atas Azwanddin kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap Anwar.


Timbulkan kekacauan terhadap Anwar tak boleh...

Timbulkan kekacauan terhadap negara boleh?





Sunday, September 15, 2013

SAH!!! Najib tak abai Melayu!


Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak dilihat tidak mengabaikan kewajipan terhadap orang Melayu dalam usaha memantapkan kaum majoriti itu.

Melayu banyak ketinggalan terutamanya melibatkan hal berkaitan ekonomi.
Inilah FOKUS PERKASA EKONOMI BUMIPUTRA.



Alhamdulillah...
Terima kasih Najib Razak!
Terima kasih UMNO!
Terima kasih Barisan Nasional!

Friday, September 13, 2013

Anwar SALAHKAN kerajaan BN lagi...


“Dia pernah berada dalam kerajaan, dia tahu dasar kerajaan. Jika itu menjadi dasar kerajaan, kenapa dia tidak hentikan?," - Tun M

Anwar oh! Anwar...
Setiap apa yang keluar dari mulutnya pasti ada yang tidak kena...
Niat hati cuba menyalahkan orang lain sedangkan kesalahan datangnya dari diri sendiri...

Hanya kerana dendam kesumat dan impian menggunung mahukan jawatan Perdana Menteri sehingga kata-kata dari mulutnya tidak mampu dikawal dan akhirnya diri sendiri yang kena.
Benarlah ungkapan mutiara kata, 'kita tidak menyedari kesilapan diri sendiri' ini adalah kerana kita manusia biasa...


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menghalang pemberian kad pengenalan kepada warga asing menerusi 'projek IC' ketika beliau berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar seharusnya bertindak dan bukannya hanya berdiam diri dalam isu yang didakwanya sebagai agenda sulit kerajaan.

“Dia pernah berada dalam kerajaan, dia tahu dasar kerajaan. Jika itu menjadi dasar kerajaan, kenapa dia tidak hentikan?," - Tun M

Macam mana nak samak anjing?


Melayu bela anjing...
bagus, tiada apa apa masalah pun...
Haram, samak...

Tapi kalau anjing yang haram hina Islam, macam mana nak samak?
Anjing hina negara macam mana nak samak?

Melayu...
Cakap saja apa benda, semua boleh bertolak ansur...
Melayu penuh dengan lemah lembut dan beradab...

Macam mana nak samak?

Macam mana nak samak?

Im a film Director? I suka hina orang? I hebat? Ada ke undang-undang boleh sentuh I?


Melayu, Islam semakin hari selalu saja kena pijak...
Tinggal lagi nak tenggelam, terbenam dan tertimbus saja...



"Melayu cakap mengenai Melayu dikatakan rasis" - Tun M


Wednesday, September 11, 2013

PAS keluar DAP, apa tarikhnya?


PAS hari ini takut DAP...
Setiap gerak geri diperhati
Keluar suara hilang undi
Berpeluk setubuh Cina Chauvanist tetap dihati

PAS hari ini takut DAP...
Haram bertukar halal biasa terjadi
Demi kuasa idaman hati
Suara Parlimen sayup sekali

PAS hari ini takut DAP...
Tunduk kepala untuk sahabat sejati
Islam kini ditolak tepi
Demi Putrajaya yang dihajati





Mana banner PAS?

JANGAN samakan Bangladesh dan Malaysia


BANGLADESH 10 Sept - Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Zahirul Haque menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka.

Pendakwa raya kanan, Shah Alam Lukdar berkata, kesemua penulis blog yang melakukan kesalahan itu pada awal tahun ini, didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media. Sumber


Tuesday, September 10, 2013

Cina sudah bersatu, Melayu bila?

Bila kita lihat sokongan masyarakat cina pada PRU13, kita dapat lihat bagaimana kuatnya mereka sehingga kerusi parlimen menjadi 38 daripada 28 kerusi... (DAP).

Malah kekalahan 100% PDM BN pada kawasan cina juga mengukuhkan fakta yang mana masyarakat cina bersatu padu.
Itu sejarah pilihanraya dalam negara kita.

Apa yang penulis cuba sampaikan adalah mengenai penyatuan.
Bersatu padu.

Hari ini keputusan penuh isu kalimah Allah akan diputuskan. Penting atau tidak, ia melibatkan soal agama Islam yang cuba 'diganggu'.

Ini kerana gereja Katolik cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah.
Persoalannya adakah masyarakat Islam Malaysia akan bersatu dalam perkara ini dengan mengenepikan sejenak fahaman politik?

Monday, September 9, 2013

Kelicikan Dakyah Songsang?!!!

Lihat saja pada logo ini...
Dan ramai juga sedia maklum siapa yang memulakan logo sedemikian...
Genggaman tangan yang penuh dengan maksud pemberontakan!
Adakah negara kita cukup tegas untuk menghalang demokrasi berbentuk keganasan?
Atau mahu menjadi pentadbiran Ikwananul Muslimin di Mesir yang jatuh sebagai pengajaran?

Kebebasan dalam negara sepatutnya diamalkan dengan penuh ketamadunan dan bukannya pemberontakan baik secara nyata mahupun halus!

Tuesday, September 3, 2013

AMUK RON95


SL tak berminat sangat nak bercakap mengenai sekeping gambar ni yang kononnya berlaku malam tadi. Dakwanya berlaku di Terengganu apabila pemilik kenderaan berkenaan bertindak merempuh kerana berang tidak dapat mengisi minyak. Tunggu berjam jam dan minyak habis...

Dan juga gambar di bawah ini yang benar-benar di ambil malam tadi ketika orang ramai berpusu pusu mengisi petrol macam esok nak kiamat!


Apa yang cuba SL bangkitkan, kenapa harga minyak petrol Ron95 naik?
Apa sebelum ini pengguna ada fikirkan mengenai subsidi kerajaan?
Apa beza HARGA MINYAK NAIK dan PENGURANGAN SUBSIDI YANG DIBERI KERAJAAN?


"Sebenarnya, kenaikkan harga minyak ni boleh dijangkakan kalau melihat kepada trend peningkatan harga minyak sedunia. Maka bila harga minyak dinaikkan kerajaan maka timbullah macam2 persepsi terutama dari yang di sebelah sana, tak kurang juga dari mereka yang menyokong kerajaan." Baca seterusnya di sini

Sunday, September 1, 2013

PROVOKASI : AMBIL TINDAKAN ATAU TIDAK?


Sudah sampai waktu pihak berwajib mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mencetuskan ketegangan dalam negara.

Tidak perlu tunggu kejadian sudah teruk baru hendak mengambil tindakan.
Pemimpin dikalangan pihak berkuasa perlu back to basic dengan membawa pepatah Melayu, pepatah nenek moyang terdahulu, NASI SUDAH MENJADI BUBUR sebagai amalan dalam pentadbiran baik Kementerian Dalam Negeri, Polis Di Daja Malaysia mahupun Angkatan Tentera Malaysia.

Mungkin SL dan pembaca lain tidak mendalami sistem perundangan yang ada namun kejadian kejadian buruk yang berlaku di Mesir, Syria dan negara negara Islam bergolak lain antara lain adalah kerana punca punca 'kecil' seperti ini, menghasut rakyat ke arah kebencian, keganasan.

Apabila runtuhnya sesebuah negara, amat sukar untuk membangunkannya kembali...
Pihak berwajib perlu memandang serius perkara 'kecil' ini.
APA ILMU HISHAMUDIN RAIS, PEMBANGKANG sampai tiada tindakan di ambil sejak dahulu?



Sekarang bukan lagi zaman KAJI, SIASAT, AKAN AMBIL TINDAKAN, KOMEN KOMEN DAN KOMEN...

Golongan minoriti seperti ini patut dihapuskan, BERLAKU ADIL KEPADA GOLONGAN MAJORITI atau mahu golongan MAJORITI AMBIL TINDAKAN SENDIRI?