AdSense

Tuesday, October 22, 2013

Fokus Taib Mahmud


Pelbagai usul dibentangkan seterusnya dibahas oleh para perwakilan pada Perhimpunan Agung kali ke 13 parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di negeri Sarawak. Antaranya adalah seperti soal ekonomi, pendidikan dan pembangunan. Dan topik utama antara lain seperti soal bagaimana mahu merancakkan ekonomi negeri melalui transformasi pekerjaan.



Presiden PBB Pehin Seri Abdul Taib Mahmud begitu fokus dalam memajukan negeri Sarawak antara lain bercita-cita tinggi mahu menjadikan tenaga kerja mahir sebagai permulaan kepada perkembangan dan kerancakkan ekonomi negeri itu.

Seiring dengan pandangan Bapa Pemodenan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menitik beratkan subjek Matematik kepada anak-anak. Benar, subjek Matematik yang menjurus kepada bidang kemahiran dan teknikal merupakan antara langkah ke arah transformasi pekerjaan.

TENAGA KERJA MAHIR.
Apabila anak-anak kita mahir mencipta atau membina sesuatu maka ia sudah pasti membawa negara kita selangkah ke hadapan.

BERSATU-PADU.
Namun itu, tidaklah tercapai hasrat murni Taib sekiranya masyarakat mahupun ahli parti berpecah belah. Oleh yang demikian Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak memandang serius soal penyatupaduan baik kepada masyarakat Sarawak mahupun ahli part PBB dan BN itu sendiri.

Bila sebut mengenai penyatupaduan, tidak bermakna PBB berada dalam kelompok berpecah belah. Apa yang dibangkitkan adalah bagi mengingatkan kepada mereka bahawa persefahaman dan bersatu padu merupakan perkara asas yang seterusnya membolehkan perlaksanaan dasar kerajaan negeri atau pusat untuk mengorak langkah ke hadapan.

No comments:

Post a Comment