AdSense

Monday, May 27, 2013

Kafir : "Ya kepada maruah manusia"


Berpuluh-puluh ribu penduduk Perancis berarak memenuhi ibu negara ini semalam bagi membantah undang-undang perkahwinan gay yang dikawal pihak polis di tengah-tengah kebimbangan akan unsur-unsur yang boleh menjadikan demonstrasi itu bertukar ganas.

Satu daripada janji semasa kempen Presiden Francois Hollande iaitu rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis dan pengambilan anak angkat dan diluluskan pada 18 Mei lalu berikutan bantahan di seluruh negara sejak berbulan lalu yang kini berbelah bahagi tentang isu tersebut.

Kira-kira 4,500 anggota pasukan keselamatan telah digerakkan setelah kumpulan penentang undang-undang itu berkumpul di Paris dari setiap pelosok negara menggunakan bas dan kereta api.

"Ya kepada maruah manusia" satu daripada slogan yang dibawa penunjuk perasaan yang meniupkan wisel dan hon. - AFP

Kafir : "Ya kepada maruah manusia"
Islam dalam PAS, PKR???

ANWAR SOKONG LGBT?

No comments:

Post a Comment