AdSense

Monday, March 4, 2013

LAGI!!! AHLI PEMBANGKANG SERTAI BN!!!


KLANG 3 Mac - Seramai 120 penyokong tegar Pakatan Rakyat (PR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Kelang, bertindak keluar parti dan mendaftarkan diri sebagai ahli Barisan Nasional (BN).Ketua Penerangan Pemuda BN Selangor Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata, janji yang ditaburkan oleh ADUN Selat Kelang Dr Halimah Ali, pada 2008 tidak ditunaikan menyebabkan penduduk berang dan mengambil tindakan keluar dari parti."Ahli-ahli PR hari ini menghantar borang mereka dan tunjuk kepada kita bahawa mereka betul ahli PR.

"Ahli-ahli itu dahulu percaya bahawa PR akan beri impak yang besar daripada BN tetapi kini ternyata mereka kecewa. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran,"katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima borang keahlian daripada penduduk Pangsapuri Sri Perantau di sini, hari ini.Menurutnya, penduduk disini telah terpedaya dengan janji manis yang diberikan oleh pihak pembangkang semasa Pilihan Raya Umum lalu sehingga penduduk dikawasan tersebut tidak mendapat perhatian yang cukup.

"Mereka (PR) telah membuat janji kepada penduduk disini untuk mengurangkan kos penyelenggaraan tetapi sehingga sekarang tidak ditunaikan."Mereka juga turut berjanji untuk membina tadika dan dewan serba guna tetapi sama seperti yang kita lihat tiada mereka buat," katanya.

SUMBER : KLPOS
http://klpos.com/ekslusif/45121-120-ahli-pr-kelang-keluar-parti

1 comment:

  1. http://pahangku.com/,

    Blog tuan telah dipaut di http://suaralensa.blogspot.com/

    Salam perjuangan :)

    ReplyDelete