AdSense

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013. Good bye PR. Welcome BN !!!



Kurang sejam dari sekarang kita akan menyambut tahun baru 2013.
Dengan itu, Suara Lensa mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian.

Diharapkan semua impian tahun 2012 anda semua telahpun tercapai.
Mudah-mudahan dengan tahun baru 2013 ini dimulakan dengan azam yang baik-baik belaka.

Ditanya apa impian Suara Lensa?
Sudah pastilah untuk bersama-sama dengan rakyat untuk MEMBENAM serta MENIMBUS pakatan penipu yakni PR ke muka bumi dengan kadar segera !!!

Saat yang dinanti sudah pasti akan tiba menjelang pilihanraya ke 13.
Barisan Nasional akan terus mendapat majoriti undi 2/3 pada PRU13 dan terus memacu negara ke arah yang lebih baik!

Ucapan di penghujung tahun 2012 ini....
(Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang)
Good bye Pakatan Rakyat, Welcome Barisan Nasional !

Dulu PAS dendam UMNO, kini PAS dendam sesama sendiri !!!


Sifat iri hati dan saing menyaingi semakin kelihatan ketara dalam PAS.
Ditambah dengan sifat semulajadi dalam PAS iaitu, dendam, makan terjadilah ramuan lazat santapan tetamu penghuni neraka...

Dalam mengejar kuasa politik peribadi, PAS saling berebut sesama sendiri bagi memastikan kuasa diktator milik individu.

Balak, tanah, antara rebutan yang utama dikalangan 'kawan-kawan' syaitan ini...
Usia bukan penghalang untuk seseorang itu berhenti daripada menahan nafsu serakah masing-masing...

Apa yang berlaku antara MB Kedah dan Kelantan ini sebenarnya?
Sebenarnya tiada apa la sangat melainkan MB Kedah akan bertanding dalam PRU13 sekiranya Nik Aziz juga dalam persediaan untuk mempertahankan kuasa diktator di Kelantan? 


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Beliau menjelaskan, status tersebut turut bergantung kepada keputusan Majlis Syura PAS Pusat yang merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam pemilihan calon parti bagi setiap kawasan Parlimen dan Dun di seluruh Negara.

 "Tengok la keadaan. Kalau rakyat dan PAS Pusat masih mahukan saya, saya akan terus bertanding. Sayapun (masih) kuat lagi. Kalau Nik Aziz kata bertanding, sayapun mahu tanding juga,"

Sunday, December 30, 2012

Orang Selangor SERIK kini kembali menyokong Barisan Nasional!

Tudiaa...
nampak sokongan kaum cina dan pelbagai kaum lain semakin kuat kepada Barisan Nasional.

Karnival sayangi selangor yang berkonsep kan Santai Bersama Keluarga nampaknya lebih harmoni berbanding demo jalanan yg dipraktikkan pembangkang.

sekarang ini sedang berlangsung Pertandingan Bintang Kecil.



Marilah beramai ramai ke I-City Shah Alam dalam Karnival Sayangi Selangor sehingga sambutan Tahun Baru 2013!

KEKALKAN KEHARMONIAN!


Saturday, December 29, 2012

Demo Bantahan Saja Tak cukup bang...

Benar...
Bukan saja perlu berdemo...
PAS perlu keluar Pakatan jika benar-benar berniat perjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu...
DAP bukan saja memperlekehkan Islam bahkan perkara-perkara berunsur penghinaan sedemikian sudah pasti akan berulang lagi...

DAP karfi harbi dan komunis ini tidak pernah berhenti dalam usaha memecahbelahkan umat Islam malah begitu berdendam dengan orang Islam dan bangsa Melayu...

PAS kini mungkin sudah sedar tetapi kesedaran itu tidak secara menyeluruh...
PAS perlu tolak agenda politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa sendiri...

Petikan media :

Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.

Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ.

Friday, December 28, 2012

Ahli PAS keluar parti, Nik Aziz menyesal sepanjang zaman...

Sapa suruh hasut orang Islam kepada perpecahan?
Sapa guna agama sebagai umpan politik?
Sapa suruh menggadai harga sebuah perpaduan?
NIK AZIZ dan PAS perlu bertanggungjawab dengan kesemua akibat di atas !

Nik Aziz perlu menyesal dengan tindakan politikus beliau yang sanggup melakukan apa saja demi kuasa politik peribadi !

Anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip diri disaran untuk meninggalkan parti itu kerana dilihat sudah tidak relevan sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam. 

 Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memberi saranan tersebut setelah dilihat parti tersebut terlalu banyak tersasar dariada prinsip asal parti yang ingin memperjuangkan Islam terutama sejak bersama pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR. 

 "Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya yang juga merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno di Besut hari ini. Selanjutnya Klik Disini

Thursday, December 27, 2012

Karpal Singh anti-raja-raja Melayu! SEBARKAN.....!!!


Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin hari ini mendesak agar Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf berhubung tindakannya yang melarang mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen daripada parti itu menerima sebarang darjah kebesaran yang membawa gelaran daripada raja-raja Melayu.

 Menurut Hamidzun, tindakan Karpal Singh itu boleh disifatkan sebagai anti dan menghina raja-raja Melayu. 

"Karpal Singh tidak layak bercakap soal prinsip sebab beliau seorang ahli politik yang tiada prinsip.
Karpal melaungkan demokrasi tetapi jawatan beliau dalam parti dilantik oleh Lim Guan Eng dan bukan dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya dalam satu kenyataan kepada KLPos di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Karpal Singh yang menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dari Selangor dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dari Perak kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk. Baca Selanjutnya di sini

"Salam Sejahtera Kalian dalam PAS"- Syaitan


Sekarang Hadi ada 'back-up' besar...
Siapa lagi jika bukan 'pemilik' syurga neraka ahli PAS, Nik Aziz Nik Mat.
Kerana dendamnya pada UMNO, amanat yang dikeluarkan 1981 lalu yang telah BERJAYA memecah belahkan orang Islam itu terus dibangga-bangga kan MALAH dipertahankan !



JANGAN TARIK BALIK !
Itu kata Nik Aziz kepada Hadi...
Semoga NIK AZIZ, HADI dan PAS terus menjadi pemecah belah umat Islam dalam negara.
Semoga NIK AZIZ, HADI dan PAS berjaya menarik masuk 'penghuni' syurga buatan PAS.
Semoga PAS berjaya mencetuskan perang saudara....




"SALAM SEJAHTERA KALIAN DALAM PAS" - SYAITAN

Wednesday, December 26, 2012

Apa Salah Khalifah LGE Tuntut Kalimah Allah?

Apa salah LGE yang digelar KHALIFAH oleh pemimpin Melayu PR yang lain ini dalam isu tuntutan kalimah Allah???

Sedang umat manusia dalam Malaysia hidup aman harmoni, kenapa LGE sibuk menjadi batu api kemarahan orang Islam?

Apa muslihat sebenar individu yang membawa parti chauvinist ini tidak disedari masyarakat Islam yang lain dalam negara ini?

Apakah orang Islam hanya mendiamkan diri saja?
Bisu? Takut?

Petikan media :

PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Tindakan tersebut disifatkan sebagai sengaja mahu mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

“PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan. “Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini.

Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut. “Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu,” katanya. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.

HAIRAN...
Mana pergi pemimpin utama PAS? Nik Aziz yang nak berkawan dengan syaitan itu?
Hadi yang cakap UMNO Kafir?
TAKUT undi hilang???
Mana pergi pemimpin PKR?
Sibuk dengan urusan tabur janji kosong dimerata tempat sehingga TERLUPA untuk pertahankan agama Islam???

APA YANG KITA MAHU...
Bukan setakat PAS mengecam LGE saja...
Dengan tindakan DAP sejak kebelakangan ini yang banyak menyerang Islam serta cuba untuk mencetuskan rasa tidak senang orang Islam maka, APA SALAH jika PAS keluar daripada pakatan syaitan itu?
Atau PAS rela dipermainkan semata-mata kerana kuasa politik?


Tuesday, December 25, 2012

"Kami cuma mahu UMNO dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti"

UMNO, parti keramat orang Melayu kini mungkin dikatakan sebagai parti tua.
Benar, tua dan penuh dengan pengalaman.
UMNO sebuah parti yang terus memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair.

Biarpun dikatakan tua, setidak-tidaknya UMNO lah satu-satunya parti yang berpengalaman dan berilmu serta kuat perjuangkan hak rakyat terutamanya orang Melayu.

Setiausaha Kelab Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, berkata pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.

"Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami 'veteran pemangkin kepimpinan UMNO'. "Kami tidak mempunyai cita-cita untuk kembali aktif di mana-mana peringkat atau bertanding memegang sebarang jawatan.

Kami cuma mahu UMNO dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti," katanya. Beliau berkata, menerusi slogan 'Keluargaku Pengundi BN', kelab itu akan memastikan setiap undi keluarga veteran UMNO tidak akan tercicir dan pasti keluar untuk mengundi memilih BN.

Monday, December 24, 2012

LGE Benarkan Kalimah ALLAH Dalam Gereja?!!!


KUALA LUMPUR 24 Dis. - DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.

 “Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

Sekutu Rapat, TIDUR...


 “Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.


PLURALISME


 Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan melarang kalimah Allah digunakan penganut Agama Kristian di Negara ini susulan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di Negara ini.

 Ianya dikuatkuasa KDN susulan kes melibatkan satu laporan yang dikeluarkan Akhbar The Herald sekitar tahun 2009 yang telah membangkitkan isu tersebut. SUMBER

PAS mampu untuk bergaduh sesama Islam, semata-mata kuasa politik !

Apa punya pemimpin ni........
PAS, sesat dan terus sesat...
Isu amanat Hadi Awang.
Ajaran sesat dalam PAS
Mungkin Hadi dan pengikutnya mengatakan bahawa isu itu isu lapuk.
Biarpun lapuk, adakah ia terjawab?
Apakah pertahankan akidah umat Islam itu sebagai perkara lapuk?
Hadi dan PAS masih ego, enggan menerima kesilapan lampau!

Petikan media :

Pas tidak mengamalkan ajaran syirik dan menafikan bahawa wujud penyebaran ajaran Syiah di kalangan dan pemimpim parti tersebut. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad bahawa wujud amalan syirik dalam parti itu sebagai tidak berasas.

 "Saya telah lama mengenali beliau (Ismail Mina), namun sebelum ini tidak pernah pula beliau berkata demikian. Tetapi sejak berkawan dengan parti lawan, pelbagai kenyataan pula yang timbul," katanya kepada pemberita.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ismail Mina dalam laporan portal berita, mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme. SUMBER

Kepada Kroni Pakatan, "JAGA-JAGA... ADA YANG MERHATI...."

SPRM...
Sedia maklum, macam-macam orang ada dalam badan SPRM...
Sedia maklum juga Anwar Yahudi punya banyak wang untuk ditabur sana sini...
SPRM, awas, bak kata Kiah "Jaga-jaga, ada yang merhati...."

Kata-kata itu juga KHAS ditujukan kepada geng-geng kroni Pakatan Rakayat..
Dengan itu, isu RASUAH di negeri Kelantan dan Perak adalah bukan sesuatu perkara yang ringan!
INI JENAYAH BERAT!!!

Sedang Perdana Menteri, Najib Razak tegas dalam program banteras RASUAH dalam negara, pihak yang berwajib seperti SPRM perlu bersikap telus dan adil dalam melaksanakan tugas...

JANGAN PILIH BULU....
Waima dia/beliau/mereka itu TOK GURU anda mahupun taukeh besar...

Alhamdulillah setakat ini SPRM mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
Cuma sekadar peringatan sekali lagi agar SPRM terus menjadi badan yang boleh dipercayai, sepertimana agensi antarabangsa mengiktiraf gerakerja SPRM sehingga menjadikan Malaysia antara negara yang tegas dalam membanteras rasuah!

Syabas SPRM !!!

SEKARANG....
SPRM ada kerja melibatkan pemimpin besar....
Siasat PROJEK BALAK PEMIMPIN DAP !!!

RAKYAT TOLAK RASUAH

Artikel sebelum. Bekas MB Didakwa Rasuah
Artikel lanjutan. UMNO Kelantan Desak SPRM Siasat Projek Balak Pemimpin DAP

Saturday, December 22, 2012

Bekas MB didakwa! SIAPA TU...

Tu diaaa...
seorang bekas menteri besar didakwa melakukan salh guna kuasa.
apa lagi SPRM dok tunggu, SIASAT LAH!
Takkan nak BACKUP Anwar sorang saja! Ipoh: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pemberian konsesi balak ketika menjadi Menteri Besar sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.Beliau didakwa menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar bagi meluluskan konsesi itu untuk beberapa syarikat tanpa terlebih dulu membawa permohonan itu ke Jawatankuasa Perhutanan Negeri, sekali gus menyalahi tata cara urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Pendedahan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, semalam.Tindakan Zambry mendedahkan perkara itu mengakibatkan berlaku ‘perang mulut’ antara Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dan Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan) dengan Zambry.

Terdahulu, Nizar membangkitkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.Zambry berkata, amalan biasa ialah setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi perlu mendaftar dengan Jabatan Perhutanan sebelum ia disaring dan diserahkan kepada Jawatankuasa Perhutanan Negeri dipengerusikan Menteri Besar untuk kelulusan.

Cabar lapor SPRMNizar kemudian mencabar Zambry melaporkan perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengulanginya ketika sidang media sebaik Sidang DUN berakhir.“Di mana salahnya saya meluluskan pemberian itu. Kita tidak pernah beri konsesi balak kepada syarikat yang sama, kita cabar, bila kita ada buat silap, sila dedahkan, lapor kepada SPRM,” kata Nizar.

Zambry pada sidang media berkata, beliau tidak boleh berbohong ketika dalam DUN dan akan menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada SPRM.Katanya, dalam konsesi balak membabitkan hutan simpan, sesiapa pun yang memohon perlu mengikut peraturan dan keputusannya perlu dibuat jawatankuasa tetapi Nizar langsung tidak membawanya ke mesyuarat sebaliknya terus meluluskan kemudian mengarahkan Jabatan Hutan menguatkuasakannya. SUMBER : BERITA HARIAN

Friday, December 21, 2012

PENGANUT ajaran PAS TAKUT untuk tonton video ini sehingga habis...!!!

BENAR.....
Penganut ajaran agama PAS sudah mula berasa gelisah akibat daripada dosa silam...
Sesungguhnya setiap manusia melakukan kesilapan...
Tetapi mulia nya seseorang itu apabila menyedari kesilapan silam lantas berusaha untuk kembali ke pangkal jalan...

PAS itu POLITIK !


Penyokong taksub PAS ada yang ego dan angkuh sehingga tidak sanggup untuk menerima fakta sejarah...
Apatah lagi bagi kepimpinan PAS itu sendiri apabila terus bersikap 'angkat kepala' sombong hanya kerana kuasa politik dan peribadi...

Agama yang dilacurkan dan disalahgunakan sudah menjadi sebati dalam tubuh badan pemimpin PAS.
Sehingga sanggup memecah-belahkan sesama umat...
BENAR, tingkah laku sedemikian sudah terkandung di dalam Al-Quran dimana wujudnya manusia bertopengkan syaitan di muka bumi ini menjelang akhir zaman.

Manusia anak Dajjal ini sedaya upaya untuk memecah-belahkan umat Muhammad S.A.W dan nescaya Tentera Islam pasti akan menang jua...



"BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH'

Aduhai KHALID kena Perli... Khalid Kantoi dan terus kantoi...

Kasihan pada Menteri Besar Selangor ini...
Khalid Ibrahim terus kecewa apabila setiap yang keluar daripada mulutnya berjaya didedahkan penipuan serta putar belit cerita....

Khalid mungkin seorang yang cerdik...
Tetapi beliau menjadi semakin kurang cerdik apabila dicacaikan oleh komunis DAP dan Anwar Pembohong.
Khalid terus kantoi dalam setiap versi penipuan...


Thursday, December 20, 2012

TUDUHAN MELAMPAU, Exco Selangor bakal di SAMAN !!!


Tuduhan melampau yang dibuat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jayakumar yang menuduh Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sg Pelek dibayar pihak tertentu dalam memperjuangkan hak rakyat itu adalah perkara yang memalukan !!!

Selaku Exco Kerajaan Negeri, Xavier tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, seolah-olah MENOLAK SUARA RAKYAT!!!

Oleh yang demikian, Xavier perlu berani untuk berdepan dengan tindakan saman!



Petikan media : 

Bekas Pengerusi DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini mencabar Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar mengemukakan bukti yang beliau telah dibayar untuk mensabotaj petadbiran kerajaan negeri.

Menurut Tuan Tat, jika Xavier gagal mengemukakan bukti tersebut, beliau akan mengemukakan saman terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Seri Andalas. 

"Jika benar saya telah dibayar oleh seseorang,sila kemukakan bukti. "Saya memberi tempoh seminggu kepadanya (Xavier) untuk mengemukakan bukti dan membuat permohonan maaf, jika tidak, saya akan saman ," katanya pada sidang akhbar di Bandar Sungai Long di sini hari ini.

Berbalik kepada kelantangan Tuan Tat yang memperjuangkan hak rakyat, apakah dokumen-dokumen seperti ini sebagai FITNAH sebagaimana yang dicanang pakatan rakayat negeri Selangor?

Dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, R.Vellasamy, begitu lantang memperjuangkan hak rakyat, turut dinafikan kerajaan negeri. Sehingga turut mengatakan lelaki berbangsa India itu dibayar?!!!


SUNGGUH MEMALUKAN !!!
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR perlu sedar Selangor bukan hak diktator milik mereka.

Ahli dan Penyokong Melayu DAP WAJIB KELUAR PARTI !!!


WAJIB KELUAR PARTI !!!
Melainkan bangsa Melayu dalam DAP itu rela bangsa sendiri diperbudak budak kan!

Apa yang berlaku pada CEC lepas, sudah cukup membuktikan pimpinan tertinggi DAP TOLAK BANGSA MELAYU !!!

Kemudian dengan melantik Senator Ariffin dan setiausaha politik kepada Guan Eng, Zairil, HANYA SEBAGAI AMBIL HATI semata-mata !

Guan Eng pilih Ariffin dan Zairil selepas majoriti kepimpinan tertinggi berbangsa Melayu di kahak kahak kan pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi DAP.

INI adalah ISYARAT JELAS DAP tidak mahu orang Melayu berada di kerusi tertinggi parti itu.
DAP hanya untuk orang Cina Kiasu Chauvinist !


"Perwakilan DAP telahpun memberi isyarat bahawa mereka tidak mahu pemimpin Melayu menyertai barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) apabila menyingkirkan semua calon-calon Melayu dalam pemilihan parti itu," kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman

Wednesday, December 19, 2012

VIDEO : Noorkumalasari Insaf, Tolak Cara Abby Abadi



Artis terkenal era 70-80an, Noorkumalasari dilihat tidak mahu berlakon lagi.
Beliau kini fokus pada kehidupan keluarga dan sibuk dengan memperbanyakkan ibadah.

Alhamdulillah, didalam dunia hiburan kita lihat sejak kebelakangan ini semakin ramai yang mula mendekatkan diri kepada jalan yang benar.

Bukanlah semua penggiat seni itu teruk dan jahil bab beragama, cuma akibat daripada kehidupan sosial yang ala-ala barat itu mungkin dilihat sebagai jelek dimata sesetengah pihak.

Ramai juga anak seni yang dalam sibuk bekerja dalam dunia hiburan, tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Cuma apa yang menyedihkan ialah, terdapat sesetengah pihak yang kelabu mata dalam mencari jalan yang benar.

Sehingga sanggup mengkafirkan orang lain serta mengajak kepada perpecahan sesama Islam.

Abby Abadi,
Mungkin ramai yang sudah muak dengan nama itu.
Manakan tidak, kata-kata kasarnya yang dianggap sebagai jihad oleh sesetengan kumpulan itu dilihat keterlaluan.

Akibat terlalu taksub kepada satu-satu kumpulan, sehingga menafikan hal-hal lain.
Ramai artis mengaku jahil dalam bab agama dan apa yang perlu mereka lakukan adalah merujuk kepada orang yang betul dan berkelayakan.

Jangan jadi seperti Bob Lokman yang hari ini isi borang PAS, esok sudah diiktiraf sebagai Ustaz, penceramah.

Tindakan sedemikian merupakan satu tindakan desparado parti bagi meraih sokongan golongan artis.

PAS sedar ramai jahil dalam soal agama dalam negara.
Oleh yang demikianlah PAS gunakan umpan "JANJI SYURGA" kepada sesiapa yang mengundi parti itu.

Sebaran ajaran sesat ini perlu dikekang agar masyarakat Islam tidak tergelincir akidahnya.

Usah anggap PAS itu parti Islam. Kerana jelas hari ini PAS tidak mampu untuk memperjuangkan malah tidak berdaya untuk mempertahankan agama Islam dalam negara!

Pokok pangkal, pegangan Al-Quran adalah tiang utama dijadikan rujukan umat Islam.

Tuesday, December 18, 2012

Exco Selangor BACUL, Tuding jari pada JPN!!!

Inilah dia pembangkang.
SEBAR FITNAH nombor 1
Tiada siapa boleh kalah dengan pembangkang bab-bab sebar fitnah ni...

Sudahlah sebar fitnah dengan katakan 300 ribu orang India tak ada kad pengelanan, kemudian tuding jari kepada orang lain pula.

Apa jenis laaa pemimpin macam ini...
Manusia yang jenis muka tebal ini seharusnya dihapuskan dari bumi indah Malaysia!!!

Xavier, Exco Selangor petang tadi baru sahaja serah beberapa dokumen kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Bukan 300 Ribu permohonan.
SERIBU pun tak sampai.

775 aja permohonan Mykad.
Itu permohonan untuk Mykad Biru.
Maknya sebelum ini senarai nama yang diserahkan itu sudahpun mempunyai rekod dalam JPN dengan memegang Mykad Merah, permaustatin tetap.

Apa yang penting kita perlu tahu disini adalah, kenapa pembangkang beriya-iya bawa isu ini menjelang pilihanraya? Sudahlah angka 300 ribu yang diomong-omong itu sekadar angka kosong tanpa bukti.

Xavier dalam kenyataan kepada media siang tadi ada menyebut;

"Majoriti 60 tahun ke atas, tinggal lama di Malaysia dan tidak mendapat apa-apa bantuan oleh kerajaan persekutuan
Sumber

Jadi maknanya....
Pembangkang akui kerajaan persekutuan adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat dengan bantuan-bantuan yang dihulurkan.

Pelbagai bantuan, BR1M, TR1MA, S1SWA dan macam-macam lagi lah...
Maknyanya....
Pembangkang tidak mampu untuk memberi apa-apa kepada rakyat walaupun telah memerintah beberapa buah negeri...

" DARIPADA BERI RAKYAT, LEBIH BAIK BERI KEPADA KRONI, SAUDARA MARA, ANAK BERANAK " - mungkin itu dialog yang bermain di setiap benak pemimpin pakatan rakayat.

Walauapapun,
Kenyataan Xavier yang tolak berdebat dengan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah satu perkara yang memalukan.
BACUL!!!

Dan tindakan Xavier yang berkata senarai nama 300 ribu masyarakat India 'stateless' itu adalah tanggungjawab JPN,  juga perkara yang menjelikkan kerana angka itu dikeluarkan daripada mulut pakatan rakayat sendiri...

Inilah pemimpin pakatan rakayat..
hanya tahu
BUAT FITNAH dan TUDING JARI MENYALAHKAN ORANG LAIN

Monday, December 17, 2012

Kesakitan Tulang Belakang tidak menghalang Anwar menari tarian Poco-Poco


Anwar Ibrahim terkenal dengan sikap bermuka-muka nya..
Depan Orang Melayu lain, depan Cina lain, depan India lain.
Semata-mata mahu meraih undi Anwar sanggup melakukan apa sahaja.



Anwar Ibrahim, pengamal agama Pluralisme, semua agama sama!!!
Si anak Nurul Izzah pula mengatakan, semua rakyat berhak memilih agama sendiri!!!


Pembangkang BERANI sebar FITNAH, TAKUT apabila DI CABAR...


"Saya minta mereka (pakatan pembangkang) bawa semua 300,000 orang yang dimaksudkan, disokong dengan dokumen sebagai bukti dakwaan. Jika semua itu ada, saya sedia letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Majlis Kelab Belia Tamil Malaysia ke-45 di sini, Ahad.

Devamany turut menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran sebagai terdesak kerana menganjur protes jalanan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Rabu lepas. Lagi PEMBANGKANG BACUL...

Sudah 'halau' perwakilan Melayu kini tabur janji pula....

Inilah dia jenis pimpinan pakatan rakayat.
Dalam kongres DAP yang berakhir Ahad, semalam, semua sedia maklum bahawa perwakilan Melayu TIDAK DITERIMA oleh majoriti kaum Cina dalam parti itu.

Apabila kita bercakap pasal orang Melayu, kaum DAP akan cakap kita rasis.
Tetapi inilah realitinya.
Bukan saja di Penang Melayu ditindas bahkan Melayu dalam parti DAP itu turut di TONG SAMPAH kan...

Janji Setiausa Agung DAP, Lim Guan Eng yang merupakan ANAK kepada Lim Kit Siang itu yang kononnya akan memberi jaminan calon DAP semua kaum akan turut berkhidmat.

Kata-kata menjelang pilihanraya itu adalah umpan semata-mata bagi meraih undi Melayu.

KAUM MELAYU TERUTAMANYA DALAM PARTI DAP, PKR dan PAS PERLU SEDAR BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN DILUDAH LAGI!!!

Sunday, December 16, 2012

Mufti Perak kasi warning lagi...


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegaskan akidah umat Islam perlu dipelihara sebaik mungkin kerana ia adalah tembok utama dalam memastikan negara terus berada dalam keadaan baik dan aman.

 Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 7 ribu hadirin dan acap kali menyebut mengenai kepincangan serta kecelaruan umat Islam dalam negara.

 "Akidah yang kuat adalah tunjang kepada bangsa Melayu," tegasnya ketika majlis perasmian Perhimpunan dan Persidangan Agung Tahunan Perkasa bagi kali ke-3 di Dataran Astaka Tasik Titiwangsa diibunegara semalam.

Tambahnya, umat Islam dewasa ini menghadapi pelbagai ancaman khususnya dari segi akidah. Malah, dakyah yang kelihatan aktif dan agresif ketika ini bukan daripada golongan Islam, tetapi penganut Kristian sehingga menyebabkan angka Islam murtad meningkat. Baca Selanjutnya

352 RIBU ahli PERKASA dendang Lagu Warisan, pertahan RUMAH SENDIRI!!!

Ucapan dasar Presiden Datuk Ibrahim Ali semalam ketika Persidangan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam menunjukkan kelantangan suara pertubuhan itu yang kini dilihat begitu kuat memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara.

Siap dengan Bai'ah :

"Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, kita tidak akan iri hati, kita tidak akan jadi pengkhianat, tetapi turut membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti,"



LAFAZ IKRAR ini sudah bagi isyarat jelas yang mana Pakatan Pembangkang PR akan dihapuskan sama sekali dalam plihanraya akan datang.

Dengan 10 resolusi usul yang dibawa menampakkan lagi pertubuhan badan bukan kerajaan seperti Perkasa ini kelihatan mantap dalam mempertahankan maruah bangsa.

10 usul untuk persidangan Tahunan Perkasa kali ke 3 ini ;

Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Mesej jelas buat Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang,
rakyat TOLAK AMALAN KOTOR didalam berpolitik.

Bahkan dasar-dasar tipu yang dibuat oleh pakatan rakyat kini membuka mata rakyat bahawa sememangnya parti kacukan DAP PKR dan PAS itu tidak mampu untuk teraju negara dengan baik.

Sesungguhnya pakatan pembangkang tidak mampu untuk mempertahankan maruah Islam waima parti yang kononnya Islam, PAS.



Betapa pakatan pembangkang DAP PKR dan PAS hanya tahu berpolitik dan menipu pengundi melalui taburan janji palsu semata-mata dan tidak berdaya untuk menunaikannya.

Syukur Alhamdulillah, 
Walaupun Ibrahim Ali masih kekal dengan pendiriannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dengan membawa tiket BEBAS, setidak-tidaknya, dengan BAI'AH yang dilafazkan membuktikan KEKUATAN POLITIK ORANG MELAYU terus diangkat pada tempat yang paling tinggi.


Suara Lensa menjulang tinggi perjuangan dan dasar yang dipacu Perkasa dalam memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair !

SUMBER GAMBAR : KLPOS

Saturday, December 15, 2012

Tu dia... DAP sudah beri isyarat untuk HAPUS KUASA POLITIK ORANG MELAYU...


DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 "Kita (DAP) telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada Pas dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti.

 "Kita menyasarkan tiga tambahan kerusi untuk Parlimen dan 10 kerusi untuk DUN di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar bertajuk "Perubahan Di tanganmu" pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di sini hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.
SUMBER

Friday, December 14, 2012

BONGKAR!!! Kerajaan Selangor semakin kronik dengan kroni...


Apa sudah jadi dengan kerajaan Selangor pimpinan DAP ni?
Opsss.... pimpinan PKRlah....

Apa sudah jadi?
Banyak isu dalaman pun masih belum mampu diselesaikan....
Tak mahu cakap banyak laaaaa, tgk video di bawah....
BONGKAR !!!

Wednesday, December 12, 2012

VIDEO : Pembangkang datang cara samseng, dilayan ramah pegawai JPN.

SAH!!! Himpunan Tuntut Warganegara, TUDUHAN tak berasas !!! Politik Kotor Pembangkang!!!


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia terbukti tidak berasas dan lebih bermotif politik.

 Hishammuddin menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan besar kerana hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

 "Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

 "Ini sekaligus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian," katanya.
SUMBER

'I am Hitler' - Lim Kit Siang


Kongres DAP kali ini akan di hadiri oleh sejumlah besar mereka yang belum pernah menghadiri himpunan seperti ini atau pun “first-timer”.

Maka dengan kehadiran mereka yang membuat “debut” sebagai ahli DAP ini pastinya keadaan cara “tradisi” yang wujud di setiap kongres akan berpecah. Boleh dikatakan kebanyakan wakil baru ini menjadi perwakilan kerana kempen agresif DAP mahu mewujudkan cawangan baru dan keahlian baru.

Maka sudah tentu banyak sekali pandangan baru dan ketidakpastian pendirian yang bakal dihadapi DAP dari muka-muka baru ini. Kongres kali ini pasti akan membuatkan DAP tertekan memandangkan perbuatan dan angkara rakan parti dari PAS di Kelantan tetap mahu melaksanakan apa yang dikatakan sebagai implementasi pentadbiran Islam, pasti membuatkan DAP di dalam keadaan terhimpit ke dinding untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan ahli termasuk perwakilan dari kalangan generasi baru.
SUMBER

Tuesday, December 11, 2012

SEBARKAN yang BENAR!!! Kejayaan kerajaan BN tarik pelabur masuk berbanding PR yang halau pelabur...

Gambar ketika demo Lynas menyebabkan pelancong asing ini lari ketakutan.
Kita sebagai warganegara perlu tahu, usaha kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak sememangnya telah menuju ke arah yang lebih baik.

Pemerintahan Barisan Nasional ini tidak lain tidak bukan untuk rakyat semata-mata.
Untuk memastikan Malaysia terus menuju ke arah kejayaan.

Negara kacau bilau. Pihak keselamatan di serang, apakah ini disukai pelabur untuk datang melabur di  Malaysia?


SEBARKAN berita baik...
Beritahu kepada ibu ayah kita di kampung.
Beritahu sanak saudara, sahabat handai kita diluar sana.

Janji manifesto hanyalah MANISAN BICARA kerana ia ternyata muslihat semata-mata untuk memenangi pilihanraya.

Katakan kepada mereka bahawa kerajaan Barisan Nasional sudah cukup memadai untuk memacu negara dengan lebih baik, berbanding Pakatan Rakyat, yang cuma tahu mementingkan diri sendiri.

Tuntutan warga emas yang diperdaya Pakatan Rakyat. Tanah mereka di Sg Buaya Rawang, akan di jual! Tanah warisan nenek moyang mereka, akan di rampas!!!


Petikan media : 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, pelancaran Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon (LCS) Malaysia akan menarik minat yang lebih tinggi dalam kalangan pelabur untuk melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Najib yang juga Menteri Kewangan melancarkan Pelan Tindakan LCS pada mesyuarat Anggota Berkuasa (MoA) Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), di pejabat beliau di sini. “

Kami yakin usaha ini telah memperkukuh nilai kedudukan Iskandar Malaysia dan pastinya akan merangsang minat dan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia," kata Najib dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini. - BERNAMA
SUMBER