AdSense

Friday, November 30, 2012

Lagu ANAK WARISAN bergema di PWTC !!! Anak Muda Sudah BANGKIT!!!

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Arif Yasir Zulkafli ketika membahaskan ucapan Presiden UMNO hari ini mencadangkan agar UMNO mewujudkan satu institut bagi memperkasakan generasi muda dari aspek kepimpinan.

"Usaha ini dapat membantu melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa pada masa akan datang.

"Ramai yang tidak menyedari bahawa di Amerika Syarikat, mereka mempunyai White House Intership bagi melatih generasi muda mereka. Ia patut dicontohi oleh UMNO," katanya.

VIDEO : Najib Tidak Izinkan LACUR ANAK KEPADA ANWAR IBRAHIM!!!

Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat untuk meratah anak-anak Malaysia kali ini.
Dengan aura gelombang merah siang tadi, menyaksikan rakyat semakin sedar bahawa maruah negara bukanlah benda yang boleh dibuat eksperimen dengan menggadaikannya kepada Pakatan Rakyat.

Thursday, November 29, 2012

BERITA DARI PWTC : Ucapan Najib buat orang menangis...!!!



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan masa depan negara bukanlah bahan uji kaji untuk rakyat mengambil risiko yang cukup tinggi dengan menyerahkan negara kepada pihak pembangkang sebagai satu bahan eksperimen untuk bertukar-tukar kerajaan.



 Beliau berkata, tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus untuk membaiki labu. "Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat.



 "Ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.

Selanjutnya

Pemuda UMNO Harap PAS kembali ke pangkal jalan...


Tindakan PAS mendoakan kehancuran UMNO telah mencalitkan tahi ke muka PAS itu sendiri.
Tindakan berkenaan telah mengesahkan lagi dan bukti KUKUH PAS adalah sebuah parti yang hanya mementingkan agenda peribadi sendiri, bukan sepertimana penubuhan asal parti itu, memperjuangkan Islam.

PAS kini semakin jauh tersasar dengan perjuangannya dahulu.
PAS sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa politik.
SEHINGGA SANGGUP MENGHARAPKAN SAUDARA SEISLAM HAPUS DIMUKA BUMI
Kenapa bukan Cina Komunis DAP?

Semalam, doa yang dibuat PAS itu tidak pula dibalas dengan doa yang sama oleh UMNO.
Bahkan Pemuda UMNO mengharapkan PAS kembali ke pangkal jalan.

Allah Maha Besar.
Begitu murni sekali parti keramat UMNO ini sehinggakan tidak tergamak untuk mendoakan parti lawan sepertimana dilakukan oleh PAS.

PAS, kembalilah ke pangkal jalan...


Wednesday, November 28, 2012

Berani ke Anak Perempuan Anwar Ibrahim ni???



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar hari ini dicabar berdebat dengan Pergerakan Puteri UMNO sebelum memasang hajat untuk berbuat demikian dengan Presiden UMNO atau pemimpin tertinggi lain.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anak kepada Ketua Pembangkang itu diingatkan agar tidak hanya menunjukkan keberanian dengan mencabar Presiden dan Timbalan Presiden parti.

"Sebut saja bila, sebut saja di mana, saya dan ahli Puteri akan datang berdepan dengan dia. Kalau betul dia anak reformasi mari bertarung di pentas bahas dengan puteri anak kelahiran UMNO," katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

Tuesday, November 27, 2012

PAS Doa Hancur, UMNO Doa Kedamaian...

KUALA LUMPUR 27 Nov - Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini dimulakan dengan memohon serta mengajak Pas kembali insaf.

Doa yang dibaca oleh Wakil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu turut memohon agar Pas terbuka hati untuk menerima Umno di atas tali persaudaraan sesama Islam dan bangsa Melayu.

Sebelum ini, PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.
Selanjutnya

Kerajaan Selangor tipu, buat rakyat istigfar panjang!


RAWANG 27 Nov. - Satu perhimpunan aman telah diadakan oleh ibu-ibu tunggal di Kampung Kenanga, Rawang bagi mengecam kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang gagal menunaikan janji pilihanraya tahun 2008 setelah berjaya mengambil alih kerajaan negeri baru-baru ini.Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-12 yang lepas antaranya adalah untuk memberikan elaun bulanan kepada ibu-ibu tunggal di Selangor .

Namun, hingga hari ini tiada tanda-tanda manifesto itu akan ditunaikan oleh kerajaan negeri .Lebih kurang 300 ibu tunggal menghadiri perjumpaan dengan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) bagi membincangkan tuntutan yang akan dibuat oleh mereka dari kerajaan Negeri Selangor . GPRS sebelum ini telah membantu penduduk-penduduk di beberapa pangsapuri memfailkan saman kepada kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji air percuma .

SUMBER : http://www.klpos.com/politik/27811-shuhaimi-kerajaan-selangor-tidak-lantik-wakil-serah-br1m-pada-rakyat

Monday, November 26, 2012

JANGAN TERKEJUT!!! Puak LGBT sedang masuk ke kampung anda!!!

Amalan songsang yang dilaknat Allah ini semakin menular di kalangan masyarakat di bandar kecil?
Apakah benar perkara ini?
Apakah kerana wujudnya insan bernama Anwar Ibrahim dan Ambiga dalam negara kita?

Amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini kian membimbangkan apabila kini ia dikesan sudah menular ke bandar kecil.

Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh berkata, turut membimbangkan ialah semua kaum terbabit dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional.

"Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesan merebak di bandar kecil seperti Kuala Terengganu sendiri.

"Ini kerana anak-anak dan masyarakat cukup mudah untuk melihat dan berkomunikasi dengan golongan ini melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain," katanya kepada pemberita selepas seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Seminar yang dihadiri kira-kira 2,000 orang membabitkan 292 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dirasmikan oleh Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Raja Arif Raja Ali.

Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy, berkata pada tahun ini lebih 1,000 pengamal LGBT telah datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, berdasarkan kes yang datang kepadanya, mereka yang terbabit dengan LGBT termasuk suami atau isteri orang.
Sementara itu, Raja Arif berkata seminar yang dianjurkan Pejabat Daerah itu adalah satu langkah awal yang sangat baik bagi mencegah perkara yang sangat keji itu merebak.

Katanya, sehingga ini program seumpama itu sudah dibuat sebanyak 15 siri di seluruh negara bermula di Putrajaya yang membabitkan seluruh komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
SUMBER

Siapa pemimpin yang mempertahankan budaya songsang ini?
Wujudnya pemimpin kotor sebeginilah menjadi penyebab kepada masalah moral ini.


Sunday, November 25, 2012

Dendam Cina DAP kini memuncak, rindu tragedi 13 Mei?!!!

Dendam Cina DAP kini didokong oleh Melayu lupa asal usul dari PAS dan PKR.
Demo siang tadi dilihat majoriti adalah daripada kaum Cina Komunis DAP.

Begitu seronok Cina DAP untuk menghalau kuasa-kuasa orang Melayu, itulah agenda sebenar mereka.

Lynas, hanya tajuk cerita muka depan sahaja, kerana hakikat yang sebenar, mereka benci kan Melayu.

Mereka Cina-cina komunis DAP ini tidak sabar untuk pijak Melayu di alam nyata...
Dendam mereka sejak dahulu masih membuak-buak.

MELAYU PERGI MATI !
MELAYU PERGI MATI !
MELAYU PERGI MATI!

Jeritan sedemikian tidak mustahil akan berulang tetapi kini diiringi oleh Melayu bertopengkan Komunis.

Sumber Gambar







Saturday, November 24, 2012

Muafakat Bersama NGO, apa kata Najib?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai tonggak penting dalam menentukan masa depan negara.

Menurut Najib, kerajaan memahami bahawa masa depan negara bergantung kepada kerjasama NGO yang terdapat di negara ini.

"Kita faham masa depan negara bergantung kepada pemuafakatan dan kerjsama bersama NGO.

"Mereka (NGO) bersama dengan kita sebagai rakan kongsi, rakan seperjuangan untuk capai matlamat transformasi," katanya dalam ucaptama dihadapan kira-kira 5 ribu hadirin pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Selanjutnya

Rakyat terus bangkit dan sedar dalam menentang parti pembangkang PAS DAP dan PKR!

Ceramah BONGKAR ISU-ISU SEMASA di Wangsa Maju pada semalam kalau kita perhatikan, begitu mendapat sambutan baik dari penduduk setempat.
Antara yang hadir memberi ceramah, Ketua Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju, Dato' Dr. Hj. Mohd Shafei Abdullah dan bekas Naib Presiden PAS, Dato' Dr. Hasan Ali.

Dengan sambutan penduduk yang positif, membuktikan rakyat semakin jelas dengan isu-isu semasa terutamanya melibatkan politik tanahair.

Kerajaan DAP PAS dan PKR perlu akur dengan kesedaran rakyat dan kebangkitan rakyat menentang politik kotor parti pembangkang.

SUMBER : BN4 WANGSA MAJU

http://bn4wangsamaju.blogspot.com/2012/11/pkr-wangsa-maju-tertekan-bila-ceramah.html

Friday, November 23, 2012

Nak tahu kenapa DAP jilat Anwar Ibrahim???

Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

"Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

"DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud,"

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

"Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

"Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara.

"Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," ujarnya
SUMBER : Utusan Malaysia

Thursday, November 22, 2012

SIAP SEDIA.... NGO paling ramai GEGAR PWTC Sabtu ini !!!

"Seramai 2,348 NGO telah dikumpul oleh seketeriat dan ia merupakan jemputan terbanyak setakat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan turut hadir memberi ucapan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu turut berkata, satu deklarasi himpunan akan diberikan kepada Perdana Menteri.

Terdapat beberapa tokoh akan hadir turut membincangkan pelbagai topik antaranya, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, (Masa Depan Agama & Pembangunan Keluarga), Prof Dr. Sivamurugam Pandian (Masa Depan Hubungan Kaum & Perpaduan), Prof Datuk Sri Dr. Zaleha Kamaruddin (Masa Depan Pendidikan Negara), Tan Sri Lee Lam Thye (Masa Depan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara), Dr. Chandra Muzaffar (Masa Depan Sosio Ekonomi Negara).
SUMBER

KEMEWAHAN Ahli Parlimen pembangkang DI DEDAH...!!!

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.

Penglibatannya dalam PKR bermula selepas dia menyertai sebuah pertubuhan pro pembangkang yang dikenali sebagai Gerakan Mansuhkan ISA. Hasil pergaulan dan perkenalan beliau dengan orang-orang pembangkang dalam pertubuhan itu membawa beliau menyertai PKR. Kebetulan pada masa itu PKR berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu dan tidak ramai orang yang sanggup menerima jawatan -jawatan dalam parti. Kesempatan itu di ambil oleh Zuraida untuk menonjolkan dirinya dengan suara-suara lantangnya yang akhirnya membawa beliau berjaya memegang jawatan Ketua Wanita PKR.

Zuraida yang terkenal dengan bau badan yang masam di kalangan orang-orang PKR telah dipilih oleh PKR untuk menjadi calon mereka di Ampang dalam PRU ke 12 memandangkan pada waktu itu tidak ramai orang-orang PKR yang berminat untuk jadi calon. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Zuraida menang di Ampang dan dalam masa yang sama PKR berjaya membentuk kerajaan di Selangor. Ramai orang-orang PKR yang terlopong melihat orang yang selalu diperli dengan bau badan masam sebelum itu diangkat sebagai ahli parlimen oleh pengundi-pengundi Ampang.

Bermula Mac 2008 kehidupan Zuraida sekeluarga berubah setelah bergelar wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Zuraida tidak perlu lagi menjual buah. Selain sibuk sebagai ahli parlimen Zuraida juga sibuk memenuhi undangan-undangan ceramah di seluruh negara untuk membongkar ‘penyelewengan dan rasuah Umno’.

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

No kenderaan : WNL 8994
No enjin : E94A84B
Model : Perodua Myvi 1.3 Ezi (Auto)
Tarikh daftar : 31.10.2005
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206

Namun seperti yang kami katakan diatas tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Daripada seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas menjadi wakil rakyat.

Beberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida telah membeli sebuah kenderaan baru seperti berikut.

No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00

Bayangkan daripada Perodua Myvi yang berharga RM 40k terus melonjak kepada Volvo yang berharga RM 355k. Itulah yang dinamakan rezeki.

Tahun 2009 tidak ada sebarang kenderaan baru yang dibeli oleh Zuraida. Manakala pada tahun 2010 Zuraida membeli sebuah lagi kenderaan seperti berikut.

Lagi kereta mewah Mak Lampir, KLIK DI SINI

Wednesday, November 21, 2012

Ahli Parlimen Pembangkang tak faham bahasa, nak 'try' kerajaan tegas ke tak...


 Sidang media parlimen hari ini kecoh apabila dua individu di arah keluar dari perkarangan sidang media yang di ketuai Ahli Parlimen Bakri, Eng Teck Hwa.

Teck Hwa dari parti DAP hadir bersama Yap Lay Yen, 40 dan Sim Seng Ssan ,31 telah melanggar Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 di mana ruang sidang media di lobi Parlimen hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh anggota Parlimen dan bukannya pihak luar.

Beberapa pegawai keselamatan kemudiannya mengarahkan mereka berdua keluar dari perkarangan sidang akhbar tersebut dan menerangkan peraturan Dewan Rakyat yang tidak membenarkan orang luar mengadakan sidang media di kawasan tersebut.
Baca selanjutnya, kekecohan di Parlimen hari ini. KLIK DI SINI

Tuesday, November 20, 2012

"PAS tidak terima Anwar Ibrahim" - Zul Nordin


GAMBAR bikin Anwar anak beranak panas berasap api neraka!!!

Kau orang nak cakap apa?
Azmin Ali cakap isu pasal akar umbi PAS yang mahukan Hadi sebagai PM, Azmin cakap isu terpencil?
Klik di sini

Untuk ketahui dengan lebih teliti mengenai suara akar umbi PAS, blog ini ada mendedahkan.
Klik di sini.

Isu Selangor : Kaw-kaw kerajaan negeri cekik duit rakyat !!!



Belum sampai sebulan dibaiki,Jambatan Gantung Kampung Baru Gurney condong semula.Penduduk,Ng Poh Heng berkata, jambatan yang berusia lebih 60 tahun itu baru saja dibaiki oleh pihak berkuasa Kerajaan Negeri pada akhir September lalu berikutan jambatan itu condong akibat hakisan tebing sungai.

“Difahamkan,kerja baik pulih jambatan itu menelan kos hampir RM60,000 yang sepatutnya digunakan untuk membina jambatan baru.Tapi yang berlaku bukan pembinaan jambatan baru sebaliknya tiang jambatan yang condong hanya ditegakkan dan struktur lantainya diikat yang mengambil masa dua hari untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya,perasmian pembukaan semula jambatan itu setelah dibaik pulih disempurnakan oleh seorang Exco Kerajaan Negeri.Katanya,apa yang penduduk kesalkan kerja baik pulih jambatan itu tidak sempurna sehingga mengakibatkan ia condong semula.

“Kita juga pelik,mengapa RM60,000 yang disebutkan sebagai kos membina jambatan baru hanya digunakan untuk membaik pulih jambatan.Sepatutnya, kos besar ini mampu menghasilkan binaan yang lebih sempurna dan selamat digunakan untuk tempoh lebih lama,” katanya.

Poh Heng berkata,jambatan gantung itu mula condong pada awal Mei 2012 dan dibaik pulih pada September lalu sebelum kembali condong pada awal November ini.Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali,Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkata,kerja baik pulih jambatan itu dilihat satu pembaziran dan dilakukan secara tergesa-gesa serta tidak teliti.

“Keadaan ini jelas satu pembaziran dan membahayakan penduduk kerana Exco yang melaksanakannya tidak memikirkan soal keselamatan tetapi hanya kepentingan politik.Jambatan yang dahulunya dibina kerajaan Barisan Nasional mampu bertahan lebih 60 tahun, tapi kerja Pakatan Rakyat tidak sampai 30 hari dah runtuh semula,” katanya ketika melawat jambatan tersebut,baru-baru ini.

Monday, November 19, 2012

Perwakilan PAS mahu Hadi menjadi PM : " Ini SALAH UMNO ! - Azmin Ali

Lumrah dalam Pakatan Rakyat, setiap apa yang tidak kena pada mereka, akan dituding jari ke arah orang lain.

Dasar pemikiran kolot dan sempit, usul perwakilan PAS yang mahukan Presiden parti Hadi Awang menjadi Perdana Menteri juga disalahkan pada orang lain.

TV3 dan Utusan Malaysia menjadi mangsa lagi....



Sunday, November 18, 2012

Israel Doa Hancur Palestine. PAS Doa Hancur UMNO!!!

Ketika umat Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman rejim Israel dan mendoakan keamanan serta keselamatan rakyat Palestin, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO dihancurkan.

Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin diimamkan adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang berkenaan.
Antara kandungan doa yang dipimpin oleh Nik Razi ialah meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.


Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik pelbagai pihak yang disifatkan tidak wajar, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mereka berpendapat ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.
BACA SELANJUTNYA. Klik Disini

NGO CINA TOLAK FAHAMAN EKSTREM - NAJIB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa percaya bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina yang pelbagai bukanlah badan yang menyokong fahaman ekstrem atau melampau.Beliau berkata kepelbagaian NGO Cina yang ditubuhkan sama ada berasaskan nama keluarga, daerah, dialek atau perniagaan sebenarnya menolak fahaman itu namun mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan.

Katanya keyakinan itu berasaskan kepada kepercayaan dan kefahaman confusciusnism yang satu daripada intipati ajaran yang dipegang masyarakat Tiong Hua itu sejak 30,000 tahun lepas ialah kesederhanaan atau `Zhong Yong' yang banyak mempengaruhi kehidupan dan pemikiran masyarakat Cina di negara ini."Kesederhanaan bererti kita menolak kefahaman yang ekstrem dan kita maklum bahawa pertubuhan-pertubuhan Cina bukan pelampau, tetapi merupakan badan yang mengamalkan kesederhanaan sebagai satu penghayatan.

Walau apa pun NGO itu berasas, yang penting bahawa kita semua percaya kita boleh memainkan peranan untuk menentukan usaha untuk melakukan transformasi membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi akan berjaya," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia (PKCM) ke-29, di Sekolah Menengah Pay Fong, Bandar Melaka Jumaat malam.

SUMBER : AGENDA DAILY http://www.agendadaily.com/Nasional/kerajaan-yakin-ngo-cina-tidak-sokong-fahaman-ekstrem-najib.html

Saturday, November 17, 2012

CUKUP!!! Usah di sorok lagi. Golongan Muda SOKONG BN !!!

Sokongan Muda kepada BN, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 22 April 2012, Cheras
Golongan muda sekarang ini jelas begitu menyokong kepimpinan DS Najib Razak dan Barisan Nasional.Tak perlu sorok lagi perkara ini.

Sokongan Muda kepada BN, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 22 April 2012, Cheras

Golongan muda baik lelaki mahupu perempuan, cukup yakin dengan DS Najib selaku Perdana Menteri.

Sokongan Muda kepada BN, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 22 April 2012, Cheras

Pihak pembangkang juga perlu akui akan kebangkitan anak muda ini!
PR sememangnya ditolak mentah-mentah oleh golongan ini !

Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya

Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya
Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya
Program 1Malaysia For Youth, 15 Julai 2012, KLCC
Program 1Malaysia For Youth, 15 Julai 2012, KLCC

Friday, November 16, 2012

Ismail Mina Desak Anwar dan Anak BERTAUBAT?!!!

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad memberi amaran terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar jangan melakukan tafsiran Al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa berlandaskan ilmu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ledakan kemarahan umat Islam dan beberapa pertubuhan Islam terhadap kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari penonton dalam satu forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang diadakan di Subang Jaya, tampak berbau sokongan kepada kebebasan beragama sewajarnya tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Baca Lagi Anwar Menangis Taubat

Pemuda PAS Tolak Bersih, ikhlas atau permainan politik?


KOTA BHARU, 16 Nov - Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara menolak usul untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Usul berkenaan ditolak selepas mengambil kira beberapa pandangan agar Pemuda PAS memberi tumpuan kepada gerak kerja bagi memantapkan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi. 

"Tak perlu adakan Bersih 4.0. Kami minta supaya usul bersih 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrajaya. "Kita juga berpendapat bahawa seharusnya Pemuda memberi tumpuan kepada program penerangan kepada ahli bagi menghadapi pilihan raya umum. Adalah lebih baik untuk ditumpukan kepada gerak kerja di kawasan masing-masing," kata Perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini pada Muktamar Pemuda PAS ke-53 di sini, Khamis. 

Terdahulu, usul berkenaan dikemukakan perwakilan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang mendedak supaya pimpinan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selain itu Salahuddin menegaskan penganjuran siri perhimpunan Bersih tersebut turut memberikan kesan kepada peruntukan kewangan selain pembaziran tenaga. "Bersih 4.0 memerlukan tenaga dan mengambil masa yang lama, lebih baik tenaga yang ada kita fokus kepada pemantapan jentera parti," katanya.

SUMBER: KLPOS

http://www.klpos.com/politik/25782-muktamar-pas-pemuda-tolak-anjur-bersih-40

ISU SELANGOR : HAK RAKYAT di ROMPAK habis-habisan!!! MB Selangor diam saja?

Awat MB Selangor asyik membisu aje....?
JAWAB laaaaaaaaaaa !
Sudah seronok rompak hak rakyat, kau nak diam buat pekak tuli pulak?!!!

Inilah dia kerajaan Pakatan Rakyat, kononnya kerajaan berkebajikan...
HAKIKATNYA, kerajaan yang rompak hak rakyat sewenang-wenangnya, sesuka hati mereka nak buat apa sahaja, sejak berkuasa...

RAKUS dan ZALIM sungguh kerajaan Pakatan Rakyat!


Thursday, November 15, 2012

SAH!!! PAS Wilayah di bayar UMNO?!!!

PAS Wilayah Persekutuan hari ini menegur bahawa sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.
 
Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.
 
Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.
 
"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.
 
Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.
 

Jadi JELASlah, Harakah sudah dikuasai otak Anwar Ibrahim.
Kira Harakah sekarang ini adalah sebenarnya Malaysiakini kedua...
Tiada lagi soal Islam, tiada lagi soal akidah Islam, yang ada kini hanya menyelamatkan nyawa Anwar Ibrahim yang di hujung tanduk itu.

Sebagaimana tajuk di atas, nescaya kaum kerabat dalam Pakatan Haramjadah akan menyalahkan UMNO.
 
Video seks Anwar Ibrahim bersama China Doll, salah UMNO.
Azmin Ali beraksi di jamban, salah UMNO.
Bas mewah Anwar disimbah cat merah, salah UMNO.
Rakyat tumbuk Adam Adli, salah UMNO.
Saiful Bukhari diliwat, salah UMNO.

"Basikal pancit di tengah hutan juga adalah salah UMNO "

GAMBAR : Pakatan Rakyat tunjuk kemewahan lagi...

Bermula episod kemewahan yang di tunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat kepada umum.
BAS MEWAH, memulakan kisah sikap takbur dan bongkak pemimpin pembangkang...
HEBAT!
Mewah lagi bergaya...
Memudahkan untuk berceramah menabur fitnah...

"Kerajaan PR kerajaan miskin. PR sanggup hidup susah bersama rakyat"

SUSAH????

NAH....
Satu demi satu kemewahan kerajaan PR didedah.
Kini jet peribadi pula....
Sehingga menjadi pertikaian ahli sendiri...

Dan yang TERBARU....

Kemewahan anak beranak pula dipertontonkan...
MEWAH, tidak seperti yang diperkatakan dalam ceramah...
Dalam ceramah mereka hanya kutuk  kerajaan BN, cakap BN rasuah, cakap BN rompak duit rakyat..
HAKIKATNYA...
pemimpin PR hidup mewah....!

PERSOALAN...
Untuk apa kemewahan ini ditunjukkan?
Dana mana yang digunakan untuk membeli segala kemewahan itu?
Kenapa 'dana' itu memberi kepada pemimpin PR ini terutamanya Anwar Ibrahim dan PKR?
Apa 'permintaan' 'si pemberi 'dana' itu?
Apa imbuhannya?