AdSense

Saturday, September 29, 2012

Hooreyyy!!! Kerajaan Selangor Kena Saman Lagi!!! RAKYAT BANGKIT!!!



Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan bangle dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini. Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.

Tambahnyaa, SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.

“Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.

Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.

Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Selanjutnya baca disini

Friday, September 28, 2012

Belanjawan 2013 : PM Fokus kepada Naik Taraf Hidup Rakyat !

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

 Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Baca Selanjutnya di sini

Kenyataan!!! Belanjawan PR TIDAK BOLEH DITERIMA PAKAI!!!

Rata-rata pemimpin Barisan Nasional menyifatkan belanjawan PR yang diumumkan Anwar Ibrahim Rabu lepas adalah sesuatu yang tidak boleh pakai.

Ya, kebanyakan daripada apa yang dibentangkan itu sudah lapuk dan tidak masuk akal !

Malah antara yang dinyatakan dalam bajet Anwar itu hanyalah tidak lebih dari JANJI MANIS semata-mata !

Janji yang digunakan untuk mengaburi mata rakyat.
JANJI MANIS yang KOSONG!

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ada mempersoalkan bagaimana belanjawan alternatif itu menjana ekonomi negara.

Sudahlah mahu menghapuskan tol dan duti eksais serta turun harga minyak yang keterlaluan dan kini bagaimana mahu memperolehi RM200 bilion sepertimana jumlah keseluruhan bajet MANIS Anwar itu? Dari 'pimjaman' Israel dan Yahudi kah?

Bagi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pula, sektor automotif sudah pasti akan gulung tikar jika penurunan duti eksais serta penurunan harga kereta yang keterlaluan itu direalisasikan.

Jelas lagi nyata, Pakatan Pembangkang hanya pandai menabur janji manis semata-mata mahu mengaburi mata rakyat !!!

Walauapapun rakyat semakin bijak dan sudah pasti tidak terpedaya dengan JANJI MANIS Anwar Ibrahim.

Kita sudah setengah abad merdeka dan kita sudah pasti tidak mahu dijajah lagi oleh bangsa-bangsa asing terutamanya Israel Yahudi !

" RUMAH KITA, KITA YANG JAGA ! "

Thursday, September 27, 2012

Apa anak seni harapkan pada bajet 2013?

Ramai yang menantikan belanjawan yang bakal diumumkan Perdana Menteri pada esok.

Pelbagai peringkat masyarakat sudah pasti mengharapkan bajet 2013 adalah sesuatu yang mendahulukan rakyat sebagaimana bajet-bajet negara pada tahun-tahun lepas.

Dan yang pastinya, ia lebih baik dari sebelumnya.

Bagi penggiat seni tanahair, rata-rata daripadanya percaya DS Najib akan beri yang terbaik untuk rakyat malah sudah pasti berupaya menggembirakan seluruhnya.

Bagi boss KRU Production, Norman, beliau mengharapkan pelaburan dalam bidang seni serta pimjaman dengan mudah dengan kadar lebih rendah mampu memberi sesuatu yang positif dalam bidang itu.

Selain mengharapkan peruntukan RM200 juta dapat ditambah kepada RM500.

Bagi penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza pula, beliau berhasrat kerajaan dapat tubuh akademi untuk bakat anak muda.

Walauapapun, DS Najib selaku Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional sudah pasti akan sentiasa memastikan rakyat sentiasa mendapat yang terbaik sepertimana tahun-tahun lepas.

Sama-samalah kita nantikan pembentangan bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri DS Najib pada hari esok 28September 2012.

Wednesday, September 26, 2012

VIDEO : Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang didedahkan

Takmau cakap banyakla... Dengar video di bawah...


TERKEJUT!!! Belanjawan Anwar JANGAN TERKEJUT!!!

Apa lagi Ketua Pembangkang si Anwar Ibrahim nak kencing rakyat ni?
Kencing dalam erti kata lain, TIPU...

Sudahlah pecah rekod tradisi Parlimen dengan membentangkan Belanjawan sendiri SEBELUM belanjawan negara. Jumaat ini bila DS Najib bentang belanjawan negara, nanti puak-puak PR ni cakap "Najib tiru belanjawan PR"

Tak pernah dalam sejarah kini dibuat oleh golongan taksub dalam mengejar Putrajaya bernama Anwar Ibrahim.

Taktik kotor Pakatan Rakyat dalam mengelirukan rakyat!


Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan hari ini telah mengulangi jaminan pemansuhan dana pendidikan Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPTN). 

Menerusi perbentangan tersebut, Pakatan yang dianggotai DAP, PKR dan PAS menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan yang memerintah menyediakan pendidikan percuma kepada kesemua bakal mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Negara ini.
Mari baca apa lagi yang Anwar cuba kelentong, disini. 

JANJI PILIHANRAYA LEPAS SUDAH DITUNAIKAN ???
 

Disebalik Jet Peribadi : Anwar tunjuk Taring

 Pasal Jet Peribadi Anwar Ibrahim, ramai mempersoalkan...
Anwar cakap, itu Jet Peribadi, milik rakannya...
Diberi pimjam untuk kemudahan Anwar dan ahli pakatan rakyat ke Sabah dan Sarawak....

Itu jika kita lihat dari sudut mata kasar....
Apa kata kita cuba hidu disebalik cerita Jet Peribadi Anwar ini.
Anwar Ibrahim adalah seorang yang kemaruk dan gila kuasa, jadi kita perlu lihat dari sudut yang berbeza... Kita lihat apa yang tersurat...

Sepertimana yang dikatakan oleh Ibrahim Ali, seorang kenalan lama Anwar Ibrahim.

"Itulah lagak Anwar. That is Anwar. Dia mendedahkan siapa dirinya sebenar.
menggambarkan confident kepada penyokong-penyokongnya serta Ahli Parlimen."




Tuesday, September 25, 2012

Siapa Wakil Rakyat Selangor yang tak tahu matematik ???


Xavier dan kerajaan Selangor sengaja tidak mahu memahami bahawa projek Langat 2 perlu disegerakan sebelum berlaku krisis air yang dijangka berlaku pada 2016 yang memberi kesan kepada penduduk di Lembah Klang,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru rakyat Selangor perlu lihat, fahami dan nilai sendiri sikap dan mentaliti wakil rakyat PKR ini yang bodoh sombong serta hanya mementingkan politik kepartian semata-mata. Barangkali mengetahui tidak akan memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13, kerana itu mereka berdegil untuk tidak melaksanakan projek Langat 2.

Ini adalah strategi kerajaan pakatan pembangkang yang sengaja mahu menyusahkan rakyat dengan menyekat apa juga projek yang mahu dijalankan kerajaan Persekutuan dengan alasan-alasan tidak relevan yang mengelirukan rakyat.

“Dan apabila sesuatu berlaku, mereka (kerajaan negeri) akan segera menuding jari menyalahkan kerajaan Pusat, sekaligus mendapat mileage politik daripada isu yang sengaja ditimbulkan oleh mereka sendiri.

Justeru rakyat juga dinasihatkan agar melihat isu ini dengan fakta yang tepat, bukan sekadar mendengar omong kosong oleh pemimpin yang mempunyai agenda politik dan sarat dengan agenda terselindung.

Malah kenyataan Xavier juga mengelirukan apabila beliau mengatakan bekalan air mentah di Selangor mencukupi sedangkan sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu ‘mengimport’ air mentah dari Tasik Kenyir yang didakwanya lebih murah,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Namun kos memasang saluran paip sahaja sejauh 500 kilometer melalui rizab saluran gas dari tasiki Kenyir ke Langat dianggarkan RM11.3 bilion, tidak termasuk kos pam dan operasi sedangkan kos projek Langat 2 termasuk loji rawatannya hanya RM6.2 bilion!

“Kalau Xavier tidak tahu mengira atau membezakan angka mana yang lebih besar dan merugikan, saya boleh bantu mengajar ilmu matematik yang paling mudah!


Saya mencabar Xavier untuk berdebat isu air, biar rakyat menilai yang mana benar dan mana yang auta. Kalau tidak faham, Xavier boleh belajar dengan pihak yang lebih arif, boleh memberi kenyataan dangkal yang boleh memeningkan kepala rakyat.

Selanjutnya

MP Pengerang Cabar Salahudin Ayub Debat!!!

Berani ke Naib Presiden PAS itu untuk sahut debat MP Pengerang? Begitu pandai sekali pembangkang memainkan isu untuk memburukkan kerajaan. Mengenai tanah di Pengerang yang didakwa pembangkang sebagai murah!  Isu rampasan tanah di Pengerang yang didakwa oleh pembangkang yang kononnya hanya memperolehi RM2.80 bagi setiap kaki persegi bertujuan untuk memburukkan kerajaan. Pembangkang highlight kan nilai RM2.80 dan cuba menyembunyikan nilai RM8! RM2.80 adalah untuk tanah yang berada di pedalaman, manakala harga tanah yang paling tinggi ditawarkan berharga RM8, merangkumi 179 kawasan terlibat. Pembangkang seharusnya membuat perbandingan epal dengan epal, bukan epal dengan rambutan. Inilah sifat pembangkang yang cuba memutarbelitkan fakta semata mata mahu memburukkankerajaan. Isu : pembinaan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Dan Petrokimia (Rapid) BERANI ATAU TIDAK SALAHUDIN AYUB SAHUT CABARAN MP PENGERANG? Jangan sesekali baling batu sorok tangan!

Portal pembangkang GAGAL burukkan Menteri Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR, 25 Sept - Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan kerajaan telah menganiayai dan melakukan diskrimiasi terhadap atlit paralimpik di negara ini.  Beliau menegaskan tidak timbul soal diskriminasi seperti yang dilaporkan oleh beberapa pihak kononnya kerajaan telah menganaktirikan atlit kurang upayaberbanding dengan atlit normal dari segi imbuhan dan kemudahan sukan yang diberikan. Shabeery turut menjelaskan kerajaan telah membelanjakan RM50 juta bagi menubuhkan Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan yang telah hampir 90 peratus siap dibina adalah yang terbaik di rantau Asia dan juga merupakan salah satu di antara kompleks sukan bagi atlit kurang upaya terbaik di dunia.  "Atlit kurang upaya tidak perlu lagi menggunakan kemudahan sukan di Institut Sukan Negara. "Tidak ada negara lain di rantau ini yang membina kemudahan seperti ini seperti apa yang telah kita lakukan," katanya sewaktu sidang media di Parlimen semalam. Beliau turut menjelaskan elaun latihan yang diterima oleh atlit Paralimpik negara hampir sama jumlahnya yang diberikan kepada atlit-atlit normal bertaraf  yang lain di negara ini. "Mereka juga sebenarnya menerima elaun bulanan hampir sama seperti yang diterima oleh Lee Chong Wei. Tidak timbul soal diskriminasi seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak," katanya. - KLPOS

Monday, September 24, 2012

Jet Peribadi : Saya cuma nak 'test drive' aja laju ke tak...

Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pesawat yang digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat merupakan 'tajaan' dari seorang rakan. Menurut Anwar, 'rakannya' itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, Anwar tidak mendedahkan pemilik pesawat berkenaan sebaliknya menyifatkannya sebagai penerbangan 'ehsan'.

Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1.00 sebulan?

SAAT PILIHANRAYA KAMPUS : Rosyam Nor masuk UPM cari bakat baru?

Apa kes pulak Rosyam Nor ni masuk Universiti Putra Malaysia (UPM) ?
Nak sambung belajar ke?
Atau nak mencari bakat baru dikalangan pelajar UPM ???
Saat pilihanraya kampus, nak cari bakat untuk apa?
Untuk filem arahan baru nya kah?
Filem bertemakan Pilihanraya?
Tengok ajalah video di bawah ini...



Sumber Gambar dan Video : KLPOS

Sunday, September 23, 2012

PAS sudah tak tahan : Isytihar PERANG ke atas Anwar Ibrahim?

Hari ini dalam laman sesawang Harakah Daily dilihat cuba menyerang peribadi Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Harakah Daily.Net seolah-olah mahu mengisytiharkan perang ke atas Anwar Ibrahim?
Apakah ini berlaku kerana PAS semakin hilang sabar dengan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat yang langsung tidak mengamalkan budaya Islam?

Apakah ini juga bukti jelas yang mana PAS baru sahaja sedar Anwar Ibrahim mengamalkan agama Pluralisme?

Petikan Harakah Daily.net sebenarnya adalah satu artikel umum tetapi dengan jelas cuba memberi sindiran kepada pengamal budaya songsang.

  
" Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria. 

 (Parlimen Victoria mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah dicabul kehormatan oleh paderi Katolik sejak 1930-an) 

 Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai "ngeri dan memalukan". Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak. 

Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan. 

Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka "mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain". 

"Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, "

Hati-hati dengan permainan politik dunia!


Pujian melangit Ban Ki Moon terhadap Suu Kyi sebagai lambang "komitmen ke arah perdamaian, keselamatan dan hak asasi" tidak lebih sekadar gimik dan kosmetik untuk membentuk aktivis tersebut sebagai satu lagi pemimpin boneka di Myanmar. 

Rangka lawatan 17 hari Suu Kyi ke Amerika Syarikat lebih menjurus kepada persoalan acuan bagaimanakah yang mahu dibentuk kuasa besar ini dalam mengembangkan pengaruh di Asia Tenggara. Dunia kini sedang dihidangkan media barat dengan perjalanan 'demokrasi' Suu Kyi dari Washington ke Kentucky hinggalah ke destinasi terakhir beliau di Fort Wayne, Indiana dalam mempromosikan jelajahdemokrasi dan hak asasi di Myanmar.

Awal minggu ini, aktivis dan ahli politik Myanmar ini dianugerahkan'U.S. Congressional Gold Medal' oleh Presiden Barack Obama. Sewajarnya layakkah Suu Kyi diberi anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat jika beliau masih terus membisu dan mendiamkan diri dari menjawab persoalan krisis penindasan hak asasi etnik Rohinya yang majoritinya beragama Islam di negaranya sendiri. 

Krisis penindasan dan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik-etnik minoriti di Myanmar telah berlaku hampir 40 tahun lamanya. Pembersihan etnik oleh junta Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya telah mengakibatkan jutaan lari meninggalkan negara tersebut dan menetap sebagai pelarian di Bangladesh, Thailand, Malaysia, Arab Saudi, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu.  Justeru penulis membangkitkan persoalan mengapa Suu Kyi tidak serius memperjuangkan hak asasi manusia etnik-etnik minoriti di Myanmar, terutamanya penduduk Islam Rohingya.

Dan selama 40 tahun berlalu juga penduduk Islam Rohingya tidak pernah mendapat tempat di hati Suu Kyi yang kekal fanatik sama seperti penganut Buddha dan junta di Myanmar yang bersifat taksub dan perkauman. Sekatan perdagangan yang dianjurkan oleh Kongres Amerika terhadap Myanmar tidak membantu malah hanya memburukkan lagi keadaan penduduk Islam Rohingya dan minoriti lain di negara itu. Sekatan ini tidak akan membawa sebarang kesan positif malah tidak akan menjamin pencabulan hak asasi minoriti di Myanmar akan menikmati kerakyatan, kesaksamaan hak dan keistimewaan yang sepatutnya dimiliki. 

Kuasa Barat hanya melakukan gimik dan kosmetik dalam meletakkan Suu Kyi sebagai "simbol global" memandangkan aktivis dan ahli politik pembangkang itu jelas adalah fanatik agama Buddha yang telah sekian lama melakukan pembersihan etnik terhadap golongan minoriti di Myanmar.  Rasional rangka lawatan dan penganugerahan 'U.S. Congressional Gold Medal' Suu Kyi tidak lebih dari sekadar usaha Amerika untuk meletakkan pemimpin politik di balik tadbir sebelum suntikan dana diperuntukkan atas nama pembaharuan, demokrasi dan hak asasi manusia. 

Suu Kyi juga adalah penerima terakhir anugerah Chatham House Prize 2011 dan beliau mendapat sokongan penuh daripada pertubuhan ‘Freedom Now’. Pertubuhan ini turut menerima bantuan kewangan darpada Moriah Fund, Lantos Foundation, Real Networks Foundation (yang membiayai pertubuhan Democracy Now) dan Charles Bronfman Prize.

Latarbelakang sejarah aktivis dan ahli politik pembangkang Myanmar ini turut menunjukkan rekod beliau pernah bertugas dengan PBB di New York dan menerima Ijazah Kedoktoran daripada University of London sebelum pulang ke Myanmar untuk memimpin pergerakan pro-demokrasi sehinggalah beliau dipenjarakan. 

Apakah yang boleh diharapkan dari Suu Kyi jika aktivis dan ahli politik pembangkang Myanmar ini tidak pernah menyuarakan pandangannya terhadap penindasan, pembersihan dan pencabulan hak asasi etnik Rohingya beragama Islam, malahan etnik-etnik minoriti yang lain.

Masih adakah harapan yang boleh diletakkan di bahu Aung San Suu Kyi walhal penduduk Islam Rohingya dan minoriti etnik yang lain tidak mendapat tempat jika berlainan keturunan, latar belakang etnik dan agama.

Sumber : KLPOS

Saturday, September 22, 2012

DAP tidak pernah hormat pada sesiapa!!!

Parti Democratic Action People (DAP) sememangnya sentiasa konsisten dalam setiap yang dibuat.
Sepertimana Karpal Sigh yang sejak dahulu begitu tetap dan utuh pendiriannya berhubung isu hudud.

Terbaru, Ngeh Koo Ham di Perak cetus isu sensitiviti umat Islam. Perlekehkan umat Islam. Kemudian, mintak maaf. Sekadar mintak maaf. Dan menyusul kemudian di twitter nya, tweet yang berunsur penghinaan terhadap pemimpin UMNO.

Apa punya keras kepala orang DAP ini?
Malah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw juga tidak terfikir untuk memecat Ngeh Koo Ham dari parti berhubung perbuatan biadapnya itu. Walaupun ramai yang mendesak untuk bukan hanya memecat Ngeh Koo Ham tetapi jika boleh, lucut kewarganegaraan beliau, sepertimana didesak Pertubuhan Seni Silat Lincah dan NGO-NGO lain ketika demo bantahan di Masjid Kampung Baru semalam.

Bagi DAP, cukup sekadar meminta maaf. Bukti pesalah 'menerima' nasihat daripada parti. Tetapi kenyataan maafnya itu disusuli dengan menghina orang lain pula. Jelaslah Ngeh Koo Ham dan DAP tidak pernah hormat pada sesiapa terutamanya orang Islam dan Melayu !

FAKTA bersama FOTO : Bila tolak agenda politik, Islam makin kuat!

 Sekarang kita masih lagi bercerita pasal orang Islam.
Baik dalam mahupun luarnegara.
Semalam, selepas solat Jumaat, banyak bantahan dan demonstrasi terhadap bantahan filem yang menghina Islam.

Di Kuala Lumpur, Pemuda UMNO bersama-sama dengan lebih 10 NGO mengadakan perhimpunan aman di depan Masjid Kg Baru.



Pemuda PAS pula di depan kedutaan Amerika. (AMK ada kot cebisan-cebisan aja lah)


Walaupun di Kuala Lumpur Pemuda UMNO dan PAS tidak mahu mengadakan perhimpunan secara bersama kerana khuatir berlaku perkara yang lebih teruk, tetapi apa yang lebih penting, mereka bersatu dalam isu yang sama. Tidak seperti parti sekongkolan mereka, DAP yang cuba menyimbah petrol di Perak.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah situasi yang lebih menarik.
Ia kerana kedua-dua parti UMNO dan PAS membuat demonstrasi secara bersama-sama.
Inilah, apabila umat Islam bersatu, ia mampu membuatkan kafir harbi ketar lutut.
DAP pasti akan memikirkan lagi cara bagaimana untuk memecahbelahkan umat Islam dalam negara!

 Apa macam DAP, goyang ka???

Friday, September 21, 2012

ISLAM BANGKIT! Tolak budaya mempolitikkan Agama !

Kalau agama pun nak dipolitikkan, maka yang akan musnah, orang Islam itu sendiri.
Dalam isu filem menghina agama Islam yang berlaku di Amerika Syarikat dan terbaru penyebaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W di Perancis, perlu dipandang serius oleh kita sebagai penganut agama Islam.

Ketegangan di seluruh dunia Islam mengenai insiden tersebut mampu menghuru-harakan negara Islam dan ia terus merebak ke Malaysia.

Di Malaysia apa yang lebih malang, ia cuba dipolitikkan oleh sesetengah pemimpin pembangkang.
Amat menjijikkan apabila ia dilakukan oleh pemimpin dikalangan DAP yang selama ini bersekongkol dengan PAS !

Pemimpin DAP itu hanya cuba mempolitikkan isu sensitiviti umat Islam.
Jelas, DAP WAJIB ditolak oleh rakyat Malaysia kerana parti itu tidak pernah berputus asa untuk mencetuskan suasana tegang dalam negara !



PAS, fikirkan kedudukan anda dalam pakatan rakyat, JIKA PARTI PAS BENAR-BENAR PERJUANGKAN ISLAM !

Kebangkitan Islam !
Gambar ihsan KLPOS

VIDEO : Najib buat penafian !

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak hari mendedahkan tindakan terdesak pembangkang dalam meracuni pemikiran mahasiswa.

Thursday, September 20, 2012

BANGKIT!!! Saat Nabi Muhammad S.A.W dihina, ada yang berani mempolitikkan !!!

Semakin hari semakin teruk pengikut taksub PAS dan PKR dalam menterjemahkan ajaran songsang mereka waima didalam MASJID!
Kalimah Allah S.W.T tidak lekang dari bibir mereka. Ayat suci Al-Quran sering ditutur mereka. Hanya kerana taksub pada politik, MASJID dijadikan medan penyebaran agenda mereka.

Apa sudah jadi pada penyokong taksub PAS mahupun PKR?
Mana pergi hilangnya nilai-nilai Islam dalam diri mereka?
Adakah mereka tidak malu kepada Allah?
Sehingga menjadikan rumah Allah sebagai markas politik?

Jika kita renung sejenak, gejala kristianisasi yang berlaku dalam negara kita.
Bagaimana mereka bergerak dalam menyebarkan agama kristian dan secara tidak langsung menarik minat mereka seterusnya mengkristiankan Islam?

Jelaslah, cara orang Kristian untuk berdakwah ini telah di adaptasikan oleh penyokong taksub PAS/PKR.
Mereka berpakaian dengan begitu cantik.
Bertutur dengan begitu indah.
Dengan cara inilah mereka menjalankan kerja untuk memurtadkan orang Islam.

Penyokong taksub PAS/PKR, sedarlah...
Rumah Allah bukan markas politik kalian !

Filem Hina Islam : Pemuda Keadilan balun Pemuda UMNO?


Tahniah dan syabas buat Shamsul Iskandar yang membawa nama Angkatan Muda Keadilan kerana baru sahaja berani bersuara berhubung isu filem hina Islam. AMK akan bersolidariti bersama Pemuda PAS pada Jumaat ini (esok) di Kedutaan Amerika. Shamsul Iskandar atau lebih suka dipanggil Sam Ketot itu baru berani mengeluarkan kenyaatan berkenaan setelah melihat reaksi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin pagi tadi yang akan menggerakkan lebih 5000 peserta pada perhimpunan aman bantah filem hina Islam dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W pada hari sama. Walaupun UMNo dan PAS mengadakan bantahan tersebut pada lokasi yang berlainan, (UMNO di Masjid Kg Baru. PAS di kedutaan AS). Tetapi Sam Ketot melalui AMK begitu lantang dan berani membuat kenyataan yang lebih kepada membidas Pemuda UMNO. Katanya, Pemuda UMNO yang mahu berhimpun Jumaat ini HANYA SEKADAR GIMIK POLITIK? Begitu ketot sekali pemimpin AMK ni se ketot gelarannya. Adakah Sam Ketot terlalu memikirkan politik sehingga mempolitikkan segala galanya? Jika benar kenyataan Sam Ketot seperti yang demikian, apakah beliau juga cuba membidas pemuda PAS yang mahu melakukan perkara sama? (demonstrasi) Malah membidas diri sendiri yang juga bersetuju mahu bersolidariti bersama pemuda PAS? Jelaslah pemimpin PKR ini semakin kelam kabut dalam menangani sesuatu isu!

SIAP SEDIA!!! Kita langgar siapa yang HINA ISLAM esok!!!


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin berkata dalam sidang media di PWTC tadi bahawa Pemuda UMNO bersama beberapa NGO, dianggarkan lebih daripada 10 NGO, akan mengadakan demo aman di Masjid Kg Baru

Esok hari Jumaat, selepas solat Jumaat, mereka akan berhimpun beramai-ramai secara aman. Dikatakan peserta demo aman ini mengjangkau sehingga 5000 orang.

Oleh yang demikian, Kg Baru, Kuala Lumpur akan dibanjiri dengan pejuang Islam. Tiada permit kebenaran untuk tujuan itu. Walaubagaimanapun, menurut Khairy, pihak polis telahpun dimaklum mengenai hal itu.



Pemuda PAS?
Pemuda PAS juga akan bersama-sama perhimpunan ini.

AMK?
Angkatan Muda Keadilan?
Tiada respon? Mungkin sedang sibuk mencari kutu di kepala Raja Yahudi Zionis Israel agaknya...

Wednesday, September 19, 2012

SAH!!! SUARAM terima dana dari George Soros?!!!

 PETALING JAYA, 19 Sept. - Pendaftar Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini bertindak menyerbu pejabat utama Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bagi menyerahkan borang pendaftaran pertubuhan kepada badan bukan kerajaan itu yang kini sedang disiasat kerana disyaki menerima dana asing daripada pertubuhan yang disyaki dimiliki George Soros.

Walaubagaimanapun, serbuan yang turut melibatkan 6 orang pegawai diwakili 2 anggota polis itu  tidak berjaya memasuki premis SUARAM kerana tidak disertakan bersama dokumen dan notis yang berkaitrapat dengan siasatan terhadap premis berkenaan.

ALAHAI????
Macam-macam pulak protokolnya???
Bila kena pada puak-puak pembangkang, ada aja yang tak kena...
Macam kes Ronni Liu, senang-senang aja depa lepas dari tuduhan atas dakwaan pencetus huru-hara masa himpunan Bershit lepas.

Sama jugak macam kes big boss, Anwar Ibrahim, yang senang-senang aja lepas dari tuduhan meliwat...
Agak-agak, apa janji Anwar pada parasit-parasit ini???


Besar rancangan, besar juga pelaburan...

Wee Choo Keong dirayu Anwar Ibrahim???

 "SAYA tidak pernah minta bertanding di Wangsa Maju tetapi saya dipujuk oleh Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)." Imbas Choo Keong mengenai kemenangan tipis 150 undi menewaskan Teong Look pada PRU12.

Katanya, beliau ketika itu sudah bersedia untuk bertanding di atas tiket Party Malaysian Democratic (MDP), namun memikirkan perpaduan dalam kalangan parti pembangkang, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket PKR sedangkan beliau bukanlah ahli PKR.

Baca Selanjutnya di sini

SAH!!! DAP anti Islam!


Kuala Lumpur: Pelbagai pihak mengutuk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.Mereka menganggap Koo Ham tidak sensitif apabila menyifatkan bantahan terhadap filem itu hanya membuang masa dan tenaga, serta mahu beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

Tidak sensitif.

Susulan kenyataannya, tiga laporan polis dibuat di Perak, semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Koo Ham kerana menghina umat Islam.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kenyataan Koo Ham mendukacitakan dan sangat provokatif.Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi perasaan yang ditanggung umat Islam. Kita tidak boleh menggunakan sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi kerana ia menyentuh perasaan umat Islam, katanya di Ipoh, semalam.

Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, dalam twitternya, Ahad lalu, mempersoalkan sama ada umat Islam membuang masa dan tenaga membantah filem itu.

Tweetnya berbunyi: Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this? (Khairy (Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pembikin filem itu).

Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Adakah Muslim membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?)

Koo Ham tidak faham isu agama

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, menganggap kenyataan Koo Ham membuktikan pemimpin DAP tidak sensitif dan tidak memahami soal Islam, sekali gus tidak menampakkan kelayakannya sebagai pemimpin yang sesuai bagi Malaysia.

Tindakannya mempersoalkan Khairy (kerana mahu menganjurkan bantahan) adalah serangan politik.Memanglah dia (Khairy) kena keluarkan arahan, isu ini bukan politik tetapi soal maruah dan kesucian Islam. Koo Ham kena tahu tidak semua perkara berkaitan politik, katanya.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata isu membabitkan penghinaan terhadap Nabi junjungan umat Islam, sekali gus menjadi tanggungjawab Muslim untuk bersuara dan menunjukkan bantahan.

Itu hak kita untuk mempertahankan. Kita membantah sekeras-kerasnya filem itu, malah akan mengadakan himpunan besar, Jumaat ini di kedutaan Amerika Syarikat diketuai Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) dan disertai lebih 50,000 orang, katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berkata, sebarang perkara menyinggung sensitiviti pihak lain, khususnya perihal agama, tidak harus disentuh.Jika menyentuh sensitiviti agama, memang penganutnya akan berasa marah... sesiapa pun begitu sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha. Justeru, janganlah kita menyentuh perkara yang boleh menyinggung agama lain dan penganutnya, katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN

Tuesday, September 18, 2012

Kebangkitan Rakyat yang TIDAK PERLU DITAKUTI

 Sejak kebelakangan ini semakin lantang suara rakyat negeri Selangor.
Kenapa mereka begitu marah kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dan PKR?
Apabila rakyat ini bangkit menyatakan rasa tidak puas hati mereka, maka berduyun-duyunlah pencacai pakatan rakyat membela bos mereka.
Pelbagai tohmahan seperti 'orang UMNO' lah, isu tipu lah dan macam-macam lagi.
Hakikatnya di Selangor, rakyat mula bosan dengan pemerintah negeri itu.
Apakah menjadi satu kesalahan jika rakyat TUNTUT JANJI yang ditabur kepada mereka suatu ketika dahulu?


Senarai Pendek Calon BN : Pilihanraya bila-bila masa dari sekarang!


Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.Jumlah keseluruhan DUN ialah 576, tetapi hanya 505 dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri April tahun lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon UMNO dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan.

Terpulang kepada PM Beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen. Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan UMNO dan presiden komponen BN.Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada Perdana Menteri.

Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya, katanya kepada BH semalam.Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.Mahu calon bersihNama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan.

Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak. Dalam keadaan sekarang kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih, katanya.

Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Ahmad Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincang-kan antara Perdana Menteri dan presiden parti komponen.Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.

Komponen parti menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi, katanya.

Sumber : Berita Harian

Monday, September 17, 2012

KAMI TUNTUT wahai KHALID !!!


Apa sudah mau jadi dengan pentadbiran Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor?
Pejam celik sudah 4 tahun lebih PR berjaya MENIPU rakyat Selangor.
Apa mereka dalam PR fikir rakyat mudah diperbodohkan?
Khalid Ibrahim dan PR, jangan buat-buat lupa pada JANJI kamu dalam manifesto pilihanraya lepas.
Bersiap sedialah dengan kebangkitan rakyat Selangor ini...

Sumber dari KLPOS

Sunday, September 16, 2012

SAH la Anwar SEMAKIN DI BENCI?!!!




Jelaslah ANWAR IBRAHIM SEMAKIN DI BENCI masyarakat Malaysia.
Penolakan ini bukan sengaja dibuat buat. Bukan juga hasutan UMNO sepertimana dakwaan pembangkang, tetapi ia bukti jelas dan nyata bahawa perana Anwar sebagai pencetus huru hara dan pemecah belah rakyat sama sekali tidak diterima.

Agenda halus dari agensi luar yang mahukan keamanan Malaysia dicabuli itu dapat dihidu rakyat yang semakin bijak.
TERKINI, gambar penolakan rakyat terhadap Anwar Ibrahim di Johor.
Gambar ihsan MINAQ JINGGO.