AdSense

Tuesday, January 31, 2012

How Are You Today Mr Anwar......


Siapa pemimpin kita?
Adakah sesiapa boleh layak memimpin kita?
Siapapun boleh memimpin kita selagi seseorang itu hebat berpidato dan petah berkata-kata?
Hebat dimata dunia antarabangsa, YAHUDI terutamanya, boleh layak menjadi BOSS kita?
Akhlak moral yang rendah juga tidak menjadi masalah untuk seseorang itu memimpin kita, memimpin anak-anak kita, keluarga kita, negara kita?

" Anwar Ibrahim telah SAH tidak berada di Malaysia pada tanggal 12& 13 Januari 2011 sepertimana yang dinyatakan dalam video diatas. Malah dakwaan pihak pencacai media pakatan yang menyatakan pada tarikh tersebut Anwar Ibrahim berada di Jakarta juga adalah satu pembohongan semata mata. " -Papa Gomo

Video Konspirasi ?
Video BUATAN UMNO?
KON#K Bengkok SIAPA ?

Monday, January 30, 2012

Hadi Sedar lanjut USIA. NIK AZIZ, ANWAR, LIM KIT SIANG bila lagi ?

Semakin dekat PRU semakin panas politik dalam negara kita ni...
Dari budak-budak hingusan SMM yang bersemangat menurunkan bendera Najib kat PWTC, kepada yang orang lama. Belum sejuk cerita Hasan Ali kena pecat, kini politik tanahair disimbah lagi dengan kepanasan cerita Hadi Awang.

Hadi nak berundur dari dunia politik untuk beri peluang kepada generasi muda.
Eloklah tu, bak kata Tun M, DAH LAMA DAH....

Ada yang dok kata, Hadi nak 'bersara' kerana sebenarnya terdapat krisis dalaman parti.
Betoi ka Hadi?

Ada pulak yang kata ini hanyalah 'simpati' menjelang PRU.
Macam drama-drama pakatan pembangkang sebelum ini...

Sampaikan Anwar Ibrahim pula merayu kepada Hadi untuk menarik balik keputusannya itu?
Secara positifnya, Hadi telah dan memang lama dalam arena politik.
Mahathir sebelum ini pun pernah mengambil nasihat ibu, 'berhenti makan sebelum kenyang'
Hadi mungkin sedar akan kewujudan generasi muda.
Mungkin tidak bagi ketua umum Anwar Bin Ibrahim.
Mungkin kerana selagi cita-cita nya untuk menawan Putrajaya belum tercapai, JANGAN MIMPI nak tengok Anwar Bin Ibrahim ini senyap !

Dan Nik Aziz pun juga masih belum sedar akan faktor usia dan beliau mungkin masih tercari cari tahun yang sesuai untuk 'berehat'.


Lain pula cerita Lim Kit Siang, orang lama dalam DAP ini.
Kenapa masih tercari-cari masa sesuai untuk "berehat"?


Adakah Lim Guan Eng masih belum 'zionis' untuk menerajui parti anak beranak ini?
Kenapa masih tidak percaya kepada anak sendiri?

Keluar Mahkamah sedang bersidang. Kuang ajaq tak kuang ajaq ?

Mahkamah pun kita "LANGGAR" ?
 Kuala Lumpur 30 Jan. - Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom hari ini mengemukakan permohonan tunjuk sebab di Mahkamah Rayuan Syariah agar peguam-peguam syarie yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes permohonan mengetepikan notis rayuan berhubung qazaf kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah selepas masing-masing bertindak keluar dari dewan mahkamah yang masih bersidang.

Peguam-peguam ketua pembangkang itu bertindak demikian selepas Mahkamah Rayuan mengarahkan pihak-pihak berhujah mengenai permohonan mengetepikan notis rayuan tanpa memberi kebenaran selepas memutuskan ia tidak relevan. -Klik Di Sini

Sunday, January 29, 2012

Anwar cuba tarik perhatian geng antarabangsa

Semakin hari semakin celupar si Anwar Al Jubs ini.
Setelah keluar dari pembebasan percaturan dari kes liwatnya, semakin menjadi-jadi ketua umum pakatan pembangkang ini.

Baik dari janji manis dengan mahu memberi royalti minyak, kepada menjilat geng sekutu Israel.

GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, sebagai negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin, Anwar walaupun seorang pemimpin pembangkang di negara ini tidak sepatutnya berkata demikian.

Menurutnya, kenyataan Anwar itu jelas bertentangan dengan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat melihat hak rakyat Palestin segera dikembalikan oleh rejim Zionis.

“Sebagai sebuah negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin, semua rakyat negara ini termasuk pemimpin pembangkang harus bersama-sama mendukung hasrat ini.

“Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Klik

Saturday, January 28, 2012

Itu PIMJAMAN.... Setiap yang dipimjam harus di bayar balik... Tang mana nak seleweng tu ?


Seleweng Seleweng Seleweng
Macam mana nak seleweng sedangkan ianya adalah duit pimjaman !
Apa yang dipimjam mesti dibayar balik.
Cetek sungguh pemikiran segelintir ahli pemimpin pembangkang yang nak publisiti ni.

"Hancur anak beranak kami kalau kami tak bayar balik"
Itu yang dikata oleh Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh.

Beliau menafikan dakwaan beliau dan anggota keluarganya menggunakan duit pinjaman RM250 juta untuk berbelanja mewah dari menggunakan wang tersebut untuk projek lembu fidlot.

Bila pembangkang memainkan isu ini, dan digembar gemburkan, ia kelihatan seolah olah dakwaan itu benar.Pembangkang seharusnya mendapatkan penjelasan daripada pihak NFC/NFCorcp, bukannya berceramah ke serata tempat dengan menyebarkan fitnah. Betoi dak?

Dari pemikiran logik akal, projek lembu ini baru capai setahun jagung.
Bagaimana boleh dikatakan gagal.
NFC mempunyai kira-kira 28 tahun lagi untuk projek ini.

Perlu tahu yang mana NFC ini mampu mengurangkan 40% kebergantungan terhadap daging import !
Dan projek lembu ini yang terang-terang digerakkan oleh Bumiputra. Dan mungkin kerana inilah dakwaan fitnah disebarkan bagi menidakkan kemajuan orang Melayu dari sektor ekonomi. Dan Melayu sendiri masih mempunyai sifat hasad dengki yang tinggi. Dan Melayu juga masih mudah diperkudakan.

Friday, January 27, 2012

Anwar Tauke Minyak

 "Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan. - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Bernama

Royalti minyak sehingga 20 peratus ?
Itulah janji Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah.
Biasalah, tatkala menjelang pilihanraya, janji-janji manis ini akan ditabur oleh pembangkang, Anwar Ibrahim terutamanya.

Begitu banyak janji-janji manis dibuat.
Sehinggakan janji yang sebelum ini pun belum mampu ditunaikan.

Saya akan TUNJUKkan ahli Parlimen itu.........?

Thursday, January 26, 2012

PAS : Islam ke ???


PAS tidak mempertahankan kalimah Allah. Siapa yang menghina Islam?

PAS tidak mempertahankan perluasan penjualan arak di kawasan majoriti Islam dan Melayu. Siapa yang menghina Islam?

PAS tidak mempertahankan akidah ummah, apabila membisu dalam isu pemurtadan. Siapa yang menghina Islam?

PAS mengharamkan Himpunan Sejuta Ummah. Siapa yang menghina Islam?

PAS membisu dalam isu LGBT. Siapa yang menghina Islam?

PAS, melalui Pesuruhjaya Selangor mengistiharkan “jihad” turun mempertahankan peliwat. Bukankah itu satu penghinaan kepada Islam?

Jadi, apa kena mengena gelaran PAS dengan Islam?
Kronologi di atas membenarkan gelaran P.A.S; Parti Adat Sosial!

Wednesday, January 25, 2012

BN Kejam : Perbudakkan LGE



Inilah semangat demokrasi.
Barisan Nasional tidak memilih soal bulu putih mahupun hitam.
Barisan Nasional tiada bersifat diskriminasi dalam negara.
Sebagai contoh, sumbangan ikhlas RM500 malah RM100 untuk murid-murid sekolah.
Yang dicanang oleh pembangkang pula, itu adalah GULA-GULA pilihanraya.
Pembangkang sebenarnya 'jelous' dengan Barisan Nasional.
Pembangkang tidak mampu MENDAHULUKAN RAKYAT sepertimana dilakukan Najib dan pentadbiran.

Berbalik soal diskriminasi.
Ya, Barisan Nasional tidak langsung bersikap diskriminasi terhadap warganegaranya.
Masakan tidak LGE boleh kelihatan hadir pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan.
Tiada niat persoal hal ini, sambutan perayaan adalah tidak mengira parti politik.
Cuma hendak bercerita pasal diskriminasi.
Inilah Barisan Nasional yang terkenal dengan sifat BAIK HATInya...
CUMA, BN juga kejam !
Kejam kerana memperlihatkan LGE seperti kebudak budakkan.
Juga saling tak tumpah seperti cacing kepanasan.
Panas dek kibaran bendera Barisan Nasional...

Tuesday, January 24, 2012

Rosmah dan Pereka Fesyen...

Media pembangkang hari ini sibuk mencanag cerita isteri kepada Perdana Menteri kaki boros.
Di uar-uar kan cerita si Rosmah ini berbelanja besar di Sydney.

Dr MiM 
Walaubagaimanapun Rosmah telahpun menjawab khabar angin itu dengan menafikan dakwaan tersebut.
Dan berkenaan pereka fesyen, Karl Capp akan memberi penjelasan tidak lama lagi sama samalah kita nantikan.

Apabila kita menyerang Anwar Ibrahim berkenaan kes liwat, menggelarkannya sebagai tidak bermoral, pembangkang menyatakan bahawa itu sebagai serangan peribadi/individu.

Mereka menyatakan media/blog pro kerajaan sebagai kotor, menyerang keperibadian individu.
Walhal tidak pada hakikatnya.
Serangan ke atas Anwar Ibrahim sebagai contoh, blog/media hanya cuba menegakkan keadilan buat Saiful Bukhari.
Sebelum ini Anwar pernah membuat segala macam rayuan yang jika ditotalkan, berjumlah 38.
Kini apabila Saiful Bukhari mahu membuat rayuan kepada mahkamah berkenaan keputusan yang membebaskan Anwar Ibrahim 9 Januari lepas, ADAKAH INI ADIL buat Saiful yang baru hanya membuat rayuan buat PERTAMA KALI ?
Adakah ini yang dinamakan demokrasi?

Blogger/media kerajaan TIDAK menyerang keperibadian individu.
Anwar hendak menjadi penzina kah peliwat kah atau apa sekalipun, itu adalah hak dia sebagai manusia.
TETAPI bagaimanapula keadilan buat mangsa, Saiful Bukhari?
Dan adakah wajar seseorang yang tidak bermoral di angkat menjadi pemimpin?

Isu Rosmah yang dikatakan berbelanja mewah itu menunjukkan pembangkang sudah semakin ketandusan isu menjelang PRU ???

Monday, January 23, 2012

Propaganda : Melayu dalam DAP



Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin desak DAP menunjukkan ahli Melayu yang mereka uar-uarkan.

Atau penglibatan Melayu dalam parti DAP itu hanyalah propaganda semata-mata.

Ada benar, DAP hanya akan melakukan sesuatu bagi menarik minat Melayu.
Mereka hanya ber propaganda.
Tidak hairanlah mereka melancarkan media DAP khas berbahasa Melayu.
Hanya untuk menarik minat pembaca Melayu. BUKAN kepada agendanya.
Agenda Malaysian Malaysia.
Agenda yang menidakkan MAJORITI bangsa Melayu dalam negara.

Roketkini mempunyai kira-kira 6-7 orang pekerja yang lebih kpd isu nasional.

Agenda memperalatkan Melayu ini sudah sekian lama wujud.

Sunday, January 22, 2012

David Teo tolak Dato' kerana Anwar???

"Kalau kita sudah dpt itu kita kena kerja kuat. Bukan mau pergi mintak sumbangan saja. Kita kena fikir apa sumbangan kita pada negara" - antara yg dikatakan penerbit filem berbangsa Cina itu.

Penerbit filem terkenal David Teo sebeelum ini dikatakan ditawar gelaran Dato. Dan beliau menolaknya.

Begitu rendah diri David Teo.
Dan juga sedar akan kebertanggungjawaban terhadap negara, dengan menyertai pasukan menjaga negara, askar wataniah.

Agak menakjubkan apabila seorang yg hebat di dunia layar dan boleh dikatakan seorang yg bjaya, BEGITU MERENDAH DIRI DAN PRIHATIN TERHADAP NEGARA!

Dan lebih takjub, seorang yg kononnya hebat di mata dunia (yahudi) begitu tinggi hidungnya.
Begitu ego dan bongkak.
Lihat sahaja pada ceramah ceramah nya.
Bagaimana beliau membalun kerajaan BN.
Bagaimana beliau menyalahkan UMNO dan BN dalam kes liwatnya dengan mengataakan iaanya konspirasi.

Inilah manusia yg ego dan bongkak si Anwar Ibrahim.
Tidak sedar kelemahan diri sendiri dan sering menyalahkan orang lain.
Dan jika ditanya, apakah jasa Anwar dalam negara?
Pencetus demonstrasi jalanan?
Penghasut mahasiswa menjadi liar?
Memecahbelahkan orang Melayu?

Saturday, January 21, 2012

BIDAN TERJUN : Khalid exco agama

Sebelum ini Dr hassan ali memegang jawatan ini. Kini ia disandang khalid simentrri besar boneka.

Dan disebabkan hal ini, ada yg mndesak menteri boneka itu membaca khutbah?

Friday, January 20, 2012

i'm NOT guilty lah !

Pasti Anwar berang dengan tindakan terkini peguam negara yang menfailkan notis rayuan berkenaan kes liwat beliau.



 
Berita yang baru diterima, Peguam Negara baru sahaja memfailkan notis rayuan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas sekitar jam 4.00 petang tadi.


Syukur ... keadilan bagi Mohd Saiful Bukhari Azlan masih terbuka. Doa beliau sudah dimakbulkan.


Jutaan terima kasih kepada Tan Sri Gani Patail kerana berani menepis 'tangan-tangan ghaib' yang menolak keadilan bagi Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Gelombang Wangsa Maju

Thursday, January 19, 2012

Mana jawapannya.....



Sikap 'berdiam diri' Peguam Negara perlu dipersoalkan kerana enggan memberikan jawapan kepada permohonan Saiful Bukhari Azlan, 
sama ada diterima atau ditolak rayuan tersebut.

 
 
Barangkali Peguam Negara sedang berhadapan dengan tekanan dari pelbagai sudut. Majlis Peguam awal-awal lagi cuba bertindak mempengaruhi pendirian Tan Sri Abdul Gani Patail.
 Atau Peguam Negara pening memikirkan terlalu banyak 'backlog case' untuk diselesaikan sebelum menerima satu lagi tembakan dari Majlis Peguam.
 

Mahasiswa main wayang lagi fikir boleh bodohkan rakyat!

Semalam dengan bilangan yg berapa kerat, 15-20 orang robot anwar ibrahim brdemo.

Awalnya mahu menggerakkan bilangan yg ramai. Sehingga lokasi  berkumpul diubah beberapa kali.

Ibupejabat PAS di jalan raja laut akhirnya mereka berhimpun.

Konon konon nya menunntut supaya pakatan rakyat masukcampur mengenai hal penggantungan beberapa mahasewel.

Merek bertindak seperti ini supaya konon konon nya dilihat neutral?

Konon konon mereka ini bkn shj menentang kerajaan BN malah juga PR.

Sedangkan terang lagi bersuluh, mereka ini perkakas PR semata mata. Robot Anwar Ibrahim !
Robot yg diajar berlakon.

Tuesday, January 17, 2012

Homoseksual : Pencacai Anwar tolong jawabkan

Baru baru ni Anwar Ibrahim baru hendak bermegah dengan diwawancara oleh media antarabaangsa BBC.

Macam biasa lah wartawan antarabangsa ini jenis keras dan tak takut dalam menanyakan soalan.
Berbeza dengan wartawan dalam negara yg dilihat begitu takut kepada Anwar Ibrahim.
Takut kena herdik tengah tengah orang ramai.

Dlm wawancara bersama BBC tempoh hari Anwar sudahpun kantoi dalam hujahnya.
Terang lagi bersuluh.
Dan yg jeliknya pencacai dalam PKR akan sentiasa mempertahankan ketua nya itu.
Seolah olah rakyat tidak tahu dan PKR masih lagi berusaha untuk memperbodohkan orang ramai.

Itulah yg cuba dilakukan Ahmad Kassim, pengerusi biro pemahaman dan pemantapan agama PKR.

Spin selagi boleh spin.
Dikatakan juga isu mengenai wawancara Anwar Ibrahim yg KANTOI itu sebagai fitnah jahat media UMNO.

Inilah pembangkang, setiap apa yg mendatangkan masalah kepada mereka, UMNO jugalah yg ditunjuknya. Walhal mereka sendiri yg mencari masalah dan salah.

Tak ubah seperti peribahasa Melayu...
"Orang lain makan nangka, orang lain terkena getah"

1 jari telunjuk kepada UMNO, lagi 3 kepada diri sendiri.

Zaman Nabi Luth kembali

Sebagai seorang yang mengaku Islam sudah pasti tidak lari dari Al-Quran.
Walau setinggi mana pun kita, Al-Quran lah yang dibaca sejak kecil.
Al-Quran juga ada menceritakan hal-hal yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi.

Allah Maha Besar.
Allah Maha Mengetahui.

Diceritakan bagaimana kaum-kaum sebelum kita, Zaman Nabi Luth.
Zaman gelap yang penuh dengan gejala songsang.
Dan apa yang terjadi ketika itu, setelah mengundang kemarahan Allah S.W.T.

Kini, pemimpin yang dibanggakan, diangkat sehingga kepada gelaran 'Anugerah', dijadikan idola.
Pemimpin yang mengaku diri nya Islam, tetapi tidak kepada kelakuan sifatnya.
(Rosmah tak pakai tudung, itu dia punya pasal lah, itu dia sendiri jawab. yang kita bercakap sekarang pasal anak cucu agama dan bangsa)

kalau Pakatan Rakyat memerintah, undang-undang anti homoseksual akan dihapuskan kerana sudah lapuk- http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

Ketika menerajui ABIM, beliaulah pemimpin yang agung. Setiap ceramahnya tidak lekang dari bacaan suci Al-Quran. Begitu suci sekali pemimpin ini.

Tetapi hari semakin hari, dek kerana punya sifat dengki, terlalu mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, kuasa menjadi perkara pokok, Akidah Umat Islam sanggup digadai !



Apakah ini yang kita mahukan sebagai pemimpin negara?
Apabila anak cucu kita tidak lagi mengenal agama dan bangsa, apakah kita sanggup menghadapinya?
Tiada undang-undang yang mampu menghalang nafsu muda anak cucu kita, apakah kita sanggup menerimanya?

Benar, kebebasan manusia, dan jika diikutkan, manusia tidak perlukan undang-undang. Kerana mereka boleh buat apa sahaja mengikut kehendak hati. Tetapi apa yang berlaku jika tiada undang-undang dalam dunia ini? Undang-undang adalah satu perkara yang mengawal sesuatu perkara dari menjadi buruk dan undang-undang dicipta untuk mendisiplinkan manusia.

Jangan samakan manusia dengan haiwan.
Di negara India, beruk-beruk bebas memasuki rumah penduduk dan mencuri makanan.
Tidak hairanlah kerana beruk-beruk adalah sejenis haiwan dan tidak tahu mengikut undang-undang.
Jika tahu sudah pasti beruk-beruk itu tahu yang mana mencuri itu adalah satu kesalahan.

Dulu, amat sukar untuk kita kenalpasti siapa itu golongan LGBT.
Kerana apa, kerana golongan itu begitu sukar dikesan.
Kerana mereka tahu erti 'salah' dan 'malu'.

Kini tidak lagi.
Di ruangan sosial Facebook, kita boleh lihat 'lelaki' di profil nya secara terangan tertulis 'gay' di ruangan 'sex'.
Bukan lagi 'male' atau 'female'.



Inilah petanda-petanda era 'Zaman Nabi Luth' kembali dalam negara.
Mampukah kita melihat anak cucu tidak mengenal agama yang kita asuh sejak kecil?
Adakah kita rela membiarkan zuriat kita terus hanyut
Dan yang paling utama, apakah kita mampu menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir di alam barzakh?

Monday, January 16, 2012

Hassan Ali si Racun



Hasan Ali adalah racun !
Beliau mendakwa yang mana begitu banyak PARASIT dalam PAS !
Ada hikmah, kenapa Dr Motivasi yang ditendang keluar dek kerana membalun Anwar Ibrahim.

Hassan Ali yang hormat dengan Hadi Awang ini mungkin akan jadi RACUN kepada PARASIT-PARASIT dalam PAS !

Bagus, syabas, setidak-tidaknya Hasan Ali punya perasaan untuk menarik kembali golongan PAS yang menjadi PARASIT ini kembali menjadi manusia berakal.

Hassan Ali, RACUN ITU PARASIT !
Biarlah rakyat buka mata dan tidak tertipu lagi....
Supaya anak cucu kita terus menjadi Muslim/Muslimah yang berjaya di bumi bertuah Malaysia !


" ENGKAU hidupkan aku dalam Islam, Mati kan aku dalam Islam "

Sunday, January 15, 2012

Ini mesti UMNO beli ni....

Saksi dan dengar video ini dengan TELITI...

Kau Hidupkan aku dalam Islam, MATI kan aku dalam ISLAM !!!!!















Benarlah dalam Islam ada menyebut, Kafir Harbi Laknatullah tidak akan senang dengan Mukmin !
Setiap kebangkitan orang Islam, setiap kegembiraan orang Islam, PASTI Dajjal tidak sedang duduk !



Sampai bila mahu menjual AGAMA ???!!!
Sampai bila mahu menjual BANGSA ???!!!
Sampai bila mahu memporak-poranda kan NEGARA ???!!!


Islam kalah selagi dalam badan ada parasit
Islam kalah selagi dalam diri ada hasad dengki 
Islam kalah jika tidak BERSATU !

Friday, January 13, 2012

Rakyat Selangor Tagih Janji PR........ BN tunaikan.

Najib turun padang - PKNS. 13/01/2012


Negeri Selangor, dikhabarkan rakyat sudah muak dengan pakatan pembangkang 'arahan' Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum nya...

Kenapa...

Bangunan PKNS yang mana majoriti peniaganya adalah dikalangan Bumiputra dikatakan telah DITINDAS oleh kerajaan Negeri.

Sehinggakan DS Najib yang melawat bangunan tersebut menyatakan " Kita cuba bantu. Ini zaman kita makan ubi kayu, Insyallah lepas ini kita makan nasi minyak"



Begitu juga halnya dengan di perumahan kos rendah, Kem Rimba.
Pelbagai janji PR kini ditagih penduduk.
Dan penduduh semakin bosan dan muak dengan janji kerajaan negeri itu.


Dan dengan itu DS Najib mengingatkan penduduk agar sentiasa memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Thursday, January 12, 2012

Anwar akan dipenjara 2014 ?

 

Baru2 ini Anwar telah bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Keputusan hakim yang dibuat tidak sampai lima minit Isnin lepas telah mendapati DNA tidak kukuh.

Dan selepas itu dikhabarkan pihak pendakwaraya tidak mahu membuat rayuan berkenaan hal itu.

Kasihan Saiful.
Kenapa insan yang tiada gelaran 'Dato'/ Dato Seri atau apa segala pangkat ini diKECUALIkan dari membuat rayuan ?

Semalam 11 Jan 2012 bapa kepada Saiful berdepan dengan kamera dan mahu dunia tahu akan kebenaran.



Antara yang kenyataan beliau :

" Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012. 


Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia."

Benar kata beliau, mana keadilan buat Saiful?
Saiful adalah warganegara Malaysia.
Cuma beliau tiada gelaran Dato/Dato Seri/ dan apa segala pangkat lagi.

Pada jam 9.02am, 12 Jan 2012Lidah rasmi DAP/PKR/PAS, Malaysiakini membuat artikel bertajuk : Pembebasan Anwar: Pendakwaan akan buat rayuan

Antara petikan :
Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.


Jika sebelum ini prosiding mahkamah mengambil masa kira kira dua tahun dalam proses penghakiman, dan sekiranya peguam kepada Saiful Bukhari benar benar mahu meneruskan rayuan kes ini, maka tempoh yang sama iaitu dua tahun diperlukan untuk membuktikan kesalahan tertuduh ?

Anwar akan dipenjara pada tahun 2014 ?

Monday, January 9, 2012

Anwar Bebas. Saiful Redha, Najib Lega.


 Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia.

Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.

Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.
Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat.

Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.

Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.
kickdefella.net

Ini ke yang hakim takut sangat ?

Parang?
Itu pasal kah yang hakim takut hendak memenjarakan Anwar?
Tidak mengapalah, syabas dan tahniah buat Anwar Ibrahim kerana berjaya menghalalkan psykology anak remaja. Selepas ini makin bertambahlah gay dan lesbian dan macam macam lagi maksiat di Negara Malaysia ini.



Rogol atau suka sama suka tiada lagi menjadi halangan.
Dialog " Jika Anwar boleh buat kenapa tidak saya" mungkin akan menjadi 'senjata' kuat anak muda untuk melakukan maksiat.

Terima Kasih buat mahkamah kerana menunjukkan kepada dunia bahawa badan itu tidak di'miliki' UMNO/BN sepertimana dijaja pembangkang selama ini.


Kebangkitan 'Silent Majority'

Sunday, January 8, 2012

Bahaya!!! Virus Tikus kembali!!!

Pendemo jalanan haram 901 ni mungkin tak perlu khuatir ditangkap akibat berdemo di jalanan 9 Januari ini.
Kerana apa?
Kerana pihak berkuasa lagi berminat nak tangkap tikus dari tangkap kalian yang tiada otak itu.

Bapak segala pembawa virus sedang ketakutan disuntik HIV.


Program DBKL adalah antara program rangsangan yang bagus demi menjaga kesihatan yang selalu diabaikan wargakota.
1Tikus 1Ringgit.
Menarik, dan diharap berkesan untuk menjaga kebersihan kita semua.
Buat pendemo 901, daripada kalian menjerit melolong baring atas jalan demi kote Al Jubs itu, lebih baik pi tangkap tikus !

Dan sekalung tahniah dan syabas buat PDRM, yang mana tindakan membenarkan perhimpunan 901.
Jadi ia tidak haram lagi.
Syabas di atas kebijaksaan PDRM, tak perlu tangkap anak tikus. Tangkap si bapak tikus aja. Jika tikus-tikus itu menyebabkan virus 'kencing tikus' yang memudaratkan rakyat jelata serta Malaysia yang aman harmoni ini.

Kita tangkap bapak-bapak tikus kerana pandai beranak tapi tak pandai jaga.


Lagi Video

Wahai TIKUS-TIKUS, duduk diam-diam dalam lubang tu, jangan nak merayap sebar virus pulak ya !

Drama Suspen Awal Tahun 2012!!!


pengawal keselamatan Anwar Ibrahim,Fayyad telah 'diserang' dan 'disuntik' dengan sejenis racun.Sebentar tadi heboh beberapa totok Pakatan Haram mengatakan Fayyad tidak sedarkan diri dan jantungnya berhenti berdenyut.

Maklumat yang saya terima mengatakan bahawa Fayyad sudah sedar,serta mampu bercakap melihat dari gambar di atas juga kelihatan mata Fayyad terbuka.gambar ini juga saya ambil dari e-mail Rakan Blogger Malay Delima.

Anehnya di sini beberapa kekeliruan serta kebodohan Pakatan Haram jelas ketara.Pada awalnya mereka mengatakan Fayyad cuba dibunuh di mana penyerangnya telah menyuntik mangsa dengan sejenis racun :
Badut Rakyat

Cerita bab-bab kedoktoran ini, mari tanya pakar perubatan...
Dr MiM

Saturday, January 7, 2012

Apa guna report polis banyak sangat?

http://peraktoday.com
Jangan terlalu berlembut dengan pemberontak yang mahu mencetuskan keadaan huru-hara.
Sudah sampai masa puak-puak ini yang bencikan keamanan di lenyapkan dengan UNDANG-UNDANG.
Jika terlalu mengikut kehendak mereka si pencetus huru-hara, yang hanya bertindak bodoh setelah mengundang ketidak puasan hati mereka.

Apa pula hak rakyat yang sehingga kini BERIBU laporan polis dibuat?
Apakah laporan membantah ini di masuk ke dalam bakul sampah?

Perhimpunan 9 Jan 2012, amukan mahasiswa di UPSI, jelas menunjukkan golongan yang bertindak diluar fikiran matang ini hanya menggunakan emosi mereka untuk melepaskan ketidak puasan hati mereka. Sedangkan ADA platform yang tersedia untuk mereka. Platform yang lebih BIJAK dan tidak perlu mengheret rakyat ke jalanan demi mempertahankan agenda pihak tertentu.

'Orang-orang' Anwar di merata rata.
Agensi kerajaan, pihak berkuasa juga ada 'orang' Anwar.
BETULKAH ???

Ulang lagi sekali, apakah laporan membantah ini hanya dicampak ke dalam bakul sampah ?
http://www.umno-online.com/

My Sarawak

http://syed-abu-sayyaf.blogspot.com/

http://www.umno-online.com/
http://www.sinarharian.com

Baik hati dipijak kepala

Perhimpunan 901 dibenarkan diadakan di tempat letak kereta.
Puak-puak ni mana reti bahasa.
Kata aja tempat letak kereta, tetapi merata-rata.
Dia orang sudah tahu kerajaan Malaysia ini lembut, pihak berkuasa lembik itu pasal mereka berani langgar.

Kata aja hak itu hak ini, kebebasan itu kebebasan ini, Utusan Malaysia dikatakan pencacai UMNO, Harakah itu apa pula?

Kata aja kebebasan media, siapa yang maki wartawan TV3 siap tolak mikrofon wartawan tersebut?

Pokok pangkal, mereka ini tiada fikiran waras, jadi tak mustahil tempat letak kereta bukan hanya tempat letak kereta semata-mata. Tempat letak kereta ini PASTI akan bertambah dan menjadi merata-rata lokasinya.