AdSense

Saturday, September 8, 2012

Adik dia berjaya dicucuk pembangkang?!!!


Selepas malam ambang merdeka, wujud pula cerita ini.
Mungkin kah kerana pakatan rakyat gagal untuk kibarkan bendera sang saka malaya?
Atau pakatan malu kerana sang saka malaya tidak diterima rakyat?
Soalan mudah, KENAPA BARU SEKARANG?

JOHOR BAHRU -  "Bila lihat bendera (Jalur Gemilang) berkibar, hatiku sakit... tidak mengapa satu hari nanti orang akan tahu siapa penciptanya," demikian luahan pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah semasa hayatnya kepada adiknya, Abu Bakar.

Bait kekesalan itu jelas terpancar di wajah adik bongsu daripada 10 beradik keluarga Allahyarham Mohamed, yang juga adalah waris apabila mengenangkan nasib pencipta bendera Malaysia.

Abu Bakar, 77, berkata, biarpun abangnya yang juga bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor disahkan sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun tiada pengiktirafan dan anugerah dikurnia, apatah lagi royalti."Bukan harta kekayaan yang kami inginkan, apatah lagi gelaran untuk disanjung, cukup sekadar abang diiktiraf atas jasa dan sumbangannya.

"Jalur Gemilang diarak sekeliling dunia, dibawa ke angkasa, malah dikibar di Olimpik, mereka  mengharumkan nama disanjung dan diberi pengiktirafan, namun jasa abang?"Saya serik dan sedih dengan janji dan liputan diberikan untuk abang, kini saya tidak mahu berlembut lagi," katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Pandan, semalam.

Abu Bakar menuntut royalti RM1 juta setahun daripada kerajaan bermula Jalur Gemilang dikibar di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment