AdSense

Saturday, December 31, 2011

ISLAM di Kedah dipermainkan !!!?










Friday, December 30, 2011

Tony Pua dpt maklumat dari SUARAM???

Kecoh!
Pakatan pembangkang, tony pua malah nurul izzah sedang berusaha untuk memburukkan imej di kementerian pertahanan.

Sedang sibuk si bapa menjelajah ke seluruh negara untuk menghasut rakyat turun berdemo untuk dirinya sendiri, si anak nurul izzah bersama pua pula aktif membuat fitnah busuk.

Pua mempersoalkan pembelian barangan utk pertahanan negara yg dikatakan tidak masuk akal.

Menteri yg patut menjawab adalah zahid hamidi dan beliau telahpun menjawab sebelum ini.

Pua dan pakatan pembangkang masih bermain isu yg telah dijawab. Tiada isu agaknya.

Sekali lg zahid pelawa ahli pakatan pembangkang utk bersua muka bagi membolehkan penjelasan dibuat.

Dan dikhabarkan pua bersetuju dgn pelawaan tersebut.

Apaakah selepas ini pabila penjelasan dibuat, pua masih belum berpuas hati?
Mugkinkah pua mahukan penjelasan yg mengikut citarasa beliau dan pakatan pembangkang?

Dan peesoalan pua dan nurul izzah mahupun pakatan pembangkang yg menimbulkan isu ini, dari mana datangnya maklumat tersebut?

Lebih lebih lagi ia membabitkan keselamatan negara.

Mungkinkah maklumat ini dtgnya dari aktivis SUARAM?

Isu yg dibawa yg mendatangkan fitnah dgn niat memburukkan negara amatlah dikesali.

Zahid hamidi bersedia, pua juga bersedia.
Tinggal lagi samada pua bersedia menerima kebenaran mahupun tidak.

Nik Aziz bertambah parah!!!

Parah parah parah
Pemimpin no 1 parti PAS ini semakin parah.

Kenapa?
Iyalah dikhabarkan dia baru shj membalun kerajaan.

Dikatanya duit bantuan rakyat RM500 itu sebagai haram  !!!

Nik Aziz seharusnya bertaubat dengan tindakan munafik lagi bodohnya itu.

Apa yg diperuntukkan oleh kerajaan adalah untuk rakyat.

Nik Aziz seharusnya bersyukur serta meniru cara pentadbiran kerajaan persekutuan yang sentiasa mendahulukan rakyat!

Thursday, December 29, 2011

230pm : PERKASA Mengamuk?

 
Dato Ibrahim Ali akan buat 2 laporan polis hari ini :
1. Ancaman Anwar untuk lakukan huru hara ala Tahrir Square di Mahkamah pada Januari 9hb ketika sebutan keputusan hakim.

2. Terhadap Ketua Paderi Kristian yang mengatakan pasal 153 mengenai hak keistemewaan orang Melayu/Bumiputera adalah membuli kaum lain.

Wednesday, December 28, 2011

Program MARI TIPU RAKYAT



Kalau tak kena tipu namanya bukan lah Kerajaan PAS, DAP PKR selangor. Kalau bukan namanya Tipu kita panggil dengan nama Kencing Rakyat. Gomo tertarik dengan apa yang telah dijual oleh kerajaan Pakatan Haram Selangor dalam meraih undi rakyat Selangor. Meh sini baca petikan dibawah:

SHAH ALAM, 10 NOVEMBER : Sejak diperkenalkan hampir tiga bulan lalu, seramai 160,000 orang warga emas berjaya didaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menyertai program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri.

Jom Shopping adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung di dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Melalui program ini, setiap peserta di beri wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan.

pada peringkat awal sahaja setiap Dun boleh menghantar 200 orang setiap bulan namun kini bilangannya bertambah memandangkan jumlah yang berdaftar semakin meningkat.

Dalam perkembangan yang sama, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 20,382 warga emas yang mendaftar telah dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya terpilih.

Daripada jumlah penyertaan itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan membelanjakan sejumlah RM2,038,200 keseluruhannya.

Namun sejak penganjuran Jom Shopping, Kerajaan Negeri telah membayar RM1,042,000 kepada semua pasaraya yang terlibat dan bakinya akan menyusul.


Sumber Keladaikini

Benarkan apa yang mereka kerajaan Pakatan Selangor nyatakan sepertimana didalam kenyataan diatas? Betul ke beb? Meh sini layan video dibawah ini:




Tu dia, jangan kata untuk rakyat Selangor tapi sebenarnya depa ni pulun duit rakyat kononya untuk diagihkan kepada warga emas sebaliknya wang sebanyak RM 2,038,200 yang telah dirompak hanya meliputi sebilangan sahaja dari mereka warga emas dan yang selebihnya telah dikaut oleh pemimpin Kerajaan negeri.

Yang pohon 160 ribu rakyat warga emas namun yang mendapat RM100 hanya yang TERPILIH sahaja. Awat yang terpilih sahaja yang meraih sumbangan RM100 tu? Yang lain pasal apa tak dapat?

Kalau nak beri kenapa tak beri pada semua yang pohon? Kalau dah yang memohon 160 ribu Rakyat warga emas kenapa tak diberikan kepada semua? Nak kelepet duit kot mana lagi depa ni pemimpin Pakatan PAS, DAP, PKR Selangor ni?

Baik lagi kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib Razak bila menghulurkan bantuan tampa prejudis dalam mengira siapa pun rakyat itu. Semua meraih pulangan dalam hal ini dan ianya terbukti sama sekali selama mana BN mentadbir negara.

BN cakap BN laksanakan bukan macam kerajaan Pakatan Selangor yang cakap pandai tetapi tidak mampu melaksanakannya. Pilihan ditangan anda dan renung renungkan lah.....- Papa Gomo

Tuesday, December 27, 2011

901 nak lawan 153?

Sedia maklum Anwar Ibrahim sekarang ini sedang berhempas pulas menggerakkan 901.

Satu gerakan yang menghasut rakyat untuk turun ke jalanan.

Gerakan yang sepertimana Reformasi era 1998.

Mengajak rakyat berdemonstasi yang kononnya mahu menunjukkan kesetiaan kepada satu individu bernama Anwar Ibrahim.

Bagi Ibrahim Ali yang juga dilahirkan di sekitar dan sekeliling Anwar, yang begitu arif dengan permainan Anwar ini menganggap, walau kerajaan tukar sekalipun, artikel 153 tetap ada.

Jika 153 tiada, sudah pasti Malaysia sudah lama dilanggar todak!

Buat pengikut setia Anwar Ibrahim yang sekarang ini sedang bekerja keras menghasut rakyat untuk turun kejalanaan bagi menjayakan 901, ambil masa 5minit untuk selak kembali sejarah era kejatuhan ekonomi 1998.

Dengan keadaan negara huru hara, ekonomi menjunam, dimana anda untuk mencari sesuap nasi?

Dan apa yg blaku pada Reformasi 1998?
Betulkah Anwar Ibrahim diberi racun ketika berada dalam penjara?
Adakah benar Anwar Ibrahim disuntik virus HIV?

Jawapannya TIDAK!
Itulah permainan kotor Anwar Ibrahim dan rakan rakannya.

Mereka akan buat  APA SAHAJA asalkan agenda mereka berjaya.

1998, mereka bjaya menghasut rakyat ke jalanan.
Apakah 9 Januari ini rakyat berjaya diperbodohkan Anwar Ibrahim?

Sudah maaf lagi dihina

Knp dihina?
Hina bukanlah caci maki tapi dengan cara `memanggil ke jawatankuasa utk mberi pnjelasan` seolah olah pihak itu sudah dihukum salah.

Mujgkin ini cara PAS dlm pntadbirannya.

Mahu panggil hasan ali dalam hal mngkritik parti itu.

Hasan ali mungkin terlepas cakap dek kerana tidak tahsn lg dengan pntadbiran PAS.

Wbgaimnpun beliu telah pun menarik balik kata kata nya itu.

Walauapa pun PAS sememanngnya parti yg tiada ammal demokrasi mahupun kbebasan bsuara.

Anwar lawan Qazaf ?

Pesyarah kuliah undang undang UIA, dr yusri mohamad, merungkai polimek qazaf thadap tuduhan yg membbabitkan anwar ibrahim thdp bekas pmbantu saiful.

Www.anwaraidc.com/?p=20224

DAP dalam kesusahan


Berkenaan hal Ramasamy VS DAP / Karpal.
1. Kenapa tak saman akbar yang dikatakan fitnah itu?
2. Kenapa sudah berbicara kini berasa takut pula, apakah ada sebarang UGUTAN terhadapnya?

Dipetik dari Malaysiakini :
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy yang menghadapi desakan berundur hari ini menyalahkan laporan sebuah akhbar.

Beliau menyalahkan kandungan laporan dalam harian berbahasa Inggeris The Star bertarikh 23 Disember yang bertajuk ‘DAP in distress' (DAP dalam kesusahan).

"Pada pagi 23 Disember, saya menelefon wartawan berkenaan untuk menyatakan kekesalan terhadap kandungan artikelnya," kata Ramasamy dalam sidang media di Kuala Lumpur.

"Beliau (wartawan itu) berjanji menarik balik dalam laman web penerbitan itu pada yang hari yang sama."

Bagaimanapun, pada 24 Disember, kenyataan itu dikendurkan dalam artikel bertajuk 'DAP's Ramasamy changes his tune' (Ramasamy tukar nada), katanya.

Monday, December 26, 2011

Buaya mana nak ngap buaya mana

100% HALAL !!!
Bukan lagi kes 'air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya' namun kalutnya macam ' buaya mana nak ngap buaya mana'. Itulah keadaan terkini dalam PAS.

Mungkin kerana tersedar dan bimbang kekalutan antara Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa VS PAS boleh bikin parti jadi bertambah cacamarba, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man awal pagi Khamis lagi sudah hantar kenyataan pada media yang bernada nak ajak semua buat ' damage contro'.

Katanya PAS nak panggil Dr Hasan, Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang jadi pencetus kecoh - (apabila umum Dr Hasan kalah pencalonan untuk tanding semula kerusi DUN Gombak Setia baru-baru ini) untuk  memberi penjelasan.

Katanya penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah.

"Melihat situasi PRU yang semakin hampir, PAS ingin menegaskan parti tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj samada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti. Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai ‘team player’ untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

"Kepada ahli-ahli PAS, ingatlah ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.’ Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti.," katanya.

Rabu keadaan menjadi bertambah rumit apabila Naib Presiden PAS Mahfuz Omar yang dikenali sebagai ' kaki komen bulan dan bintang ' buat sidang akhbar tuduh Dr Hasan sudah isytihar perang ke atas PAS apabila menolak slogan Negara Berkebajikan.

Malah katanya jika beliau Dr Hassan, beliau sudah angkat kaki dari parti.

Dr Hasan pula muncul di ruangan Soal Jawab TV 3 pada sebelah malamnya antara lain menegaskan kebimbangan ( jika)  pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya. Katanya ia tidak ada maknanya.

Ini katanya apabila melihat keadaan agama Islam, Melayu dan institusi Raja ' entah di mana' nanti.

Cara beliau gambarkan semasa menyentuh hal berkenaan di program itu ialah negara akan jadi haru biru jika pakatan pembangkang memerintah.

Sementara itu tidak lama selepas Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan media,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali adakan sidang akhbar di Ibupejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau nampaknya tidak berganjak mendakwa Dr Hasan masih berada dalam perangkap UMNO.

Malah mendakwa ada bukti satu 'mesyuarat sulit ' dihadiri oleh Dr Hasan dan Nasharudin di Hotel Le Meridian,Kuala Lumpur selepas solat terawih Ramadhan lalu.

Katanya pertemuan itu dihadiri oleh tiga orang lain.Beliau enggan menyebut nama mereka.

Dalam erti kata lain, Mustapha hendak beritahu bahawa PAS tahu tindak tanduk atau gerak langkah Dr Hasan.

“Saya nak tanya apa beliau bincang. Adakah soal ekonomi atau politik. Dia nak nafi atau jawab, terpulang...saya ada maklumat apa beliau buat,” katanya.

Menariknya beliau cuba pisahkan Nasharudin dengan Dr Hasan dengan mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS itu sudah menjauhkan diri dari UMNO.

Mengulas soal perangkap UMNO seperti didakwanya, Mustapha berkata, “ perangkap politik orang tak nampak, yang kena perangkap pun tak sedar,”.

Bahkan katanya, Dr Hasan sudah buat kerja-kerja UMNO dengan mengujudkan suasana resah dalam PAS.

“UMNO senyap sekarang, mana ada komen apa-apa sebab kerja sudah dilaksanakan orang lain,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah pada Nasharuddin yang pada pandangannya sudah keluar perangkap UMNO, Mustapha mendakwa perpaduan dalam PAS masih kuat dengan kerjasama ulama dan profesional.

Beliau percaya tidak ada yang menyokong Dr Hasan seperti didakwanya kecuali golongan atas pagar yang keliru dengan apa dikatakan ADUN Gombak Setia itu.

Katanya, Dr Hasan tidak faham bahawa PAS tetap jadikan Islam sebagai dasar perjuangan Cuma pendekatan yang berubah.

Mustapha juga semacam memberi kata dua kepada Dr Hassan bila menasihatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berhenti bercakap.

Saya akan berhenti bercakap pasal komen-komen Hasan ..kalau Hasan serang PAS saya akan pertahan ,"tegasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak fikir bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu akan masuk UMNO atau diterima oleh parti berkenaan.

Menjawab soalan, beliau percaya isu ini akan selesai selepas Dr Hasan, Nasharuddin dan Saari dipanggil memberi penjelasan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.

Apa pun ding dong dalam PAS kini selain nak tutup malu, ianya macam labu membaiki tikus.

Apabila Mustpha mendedahkan pasal pertemuan babitkan Dr Hasan pada Ramadhan lalu, nampak isu asal yang dimusykilkan Exco Selangor itu semakin jauh. Semakin dekat dan jelas adalah PAS sudah tidak boleh tarik ‘brek. - Agenda Daily


Sunday, December 25, 2011

PAS : Konflik Oh Konflik. Hasan Ali Balun Harakah


 Konterversi Hasan Ali - Mustafa semakin panas.
Hasan Ali cuma membawa ketidak puasan hati ahli PAS mengenai konsep yang PAS bawa hari ini semakin tersasar dari perjuangan sebenar mereka.
Kasihan, PAS yang kononnya perjuangkan kebebasan bersuara hanyalah mainan politik semata-mata.
Tiada langsung 'demokrasi' dalam PAS hari ini.
Suara Hasan Ali kini tidak lagi 'bebas'.

Berkenaan dakwaan Mustafa mengenai Hasan Ali yang menemui pemimpin UMNO juga adalah antara serangan politik untuk mematikan karier Hasan Ali.
Kasihan pemimpin bahagian Gombak ini, dikatakan pula sebagai agen UMNO.

Hasan Ali balun Harakah?
Kenapa ya?
Katanya Harakah ni main politik juga.
Hanya menyiarkan cerita individu sahaja.
Masa Muktamar PAS baru-baru ni interview Harun Din bukan main lagi beriya nya.
Tapi, tak disiarkan pun..
Mungkin hanya buat koleksi peribadi agaknya...

Jelas dalam PAS, konflik ini menunjukkan bahawasanya, PAS tidak amal kebebasan bersuara dan demokrasi !

Saturday, December 24, 2011

42 Hari : Projek Makan Duit Rakyat!!!?



Dokumen sulit penglibatan isteri YB Nga Kor Ming, iaitu Wong Seow Ching, seorang Pengarah di dalam Syarikat Ethan & Elton Sdn Bhd, yang telah berjaya mendapat kontrak "Lounge Suit" sewaktu pemerintahan DAP di Perak.

Syarikat di mana isteri Nga Kor Ming menjadi Pengarahnya, merupakan syarikat didaftarkan pada 23 April 2008, 42 hari selepas Kerajaan DAP memenangi dan menubuhkan Kerajaan di Perak selepas PRU12. Bayangkan dalam masa 42 hari sahaja mereka telah merancang untuk songlap duit Rakyat.

Sumber 



Friday, December 23, 2011

Perjumpaan Sulit Gerakan 9Januari ???



Apa itu 9 Januari?
9 Januari adalah tarikh yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memutuskan sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak dalam kes Liwat yang didakwa oleh bekas pembantu nya, Saiful Bukhari.

Sedia maklum Anwar punya prinsip LAWAM TETAP LAWAN.
Benar atau salah dia tetap nak lawan.
Sedia juga maklum yang mana sekarang ini ceramah-ceramah telah pun memasuki ke kampung-kampung dan seluruh negara.

Ceramah apa lagi pun tak tahu tetapi sedia maklum PR berceramah dan berkempen hampir setiap hari.

Dan bercerita soal tarikh keramat dan debaran 9 Januari ini, apakah negara akan menjadi huru-hara dek kerana pujuk rayu Anwar Ibrahim yang dalam usaha mengajak rakyat bersama-sama masuk ke dalam 'masalah' beliau?



Hasutan Anwar Ibrahim kepada orang ramai (pengikutnya terutamanya), hasutan yang lebih kepada semangat membenci kerajaan ini, adakah mampu mengugat negara?

Adakah mampu melumpuhkan ekonomi negara sepertimana berlaku ketika era kegemilangan Anwar Ibrahim 1998?

Dengan bukti-bukti kukuh, dengan SUMPAH LAKNAT nya, apakah rakyat masih memihak kepada Anwar Ibrahim?
Adam Adli dan Solidariti Mahasiswa pula kini dikatakan menjadi robot Anwar Ibrahim dan pembangkang dalam menjayakan usaha meruntuhkan keharmonian negara.

Thursday, December 22, 2011

Mahasiswa : Majoriti VS Minoriti



Siapa majoriti siapa minoriti.
Sudah pastilah puak puak yang biadap dan kurang ajar turunkan bendera pemimpin negara itu yang minoriti.
Tapi mereka 'claim' yang mereka itu datang dari suara 'mahasiswa'. 
Apa tuntutan mereka ini sebenarnya?
Berkenaan AUKU?
Tajuk utama mereka 'politik dalam kampus'
Apa yang ada disebalik AUKU?
Apa pula yang disebut berkaitan KOUTA kemasukan pelajar?
Apakah ini yang secara halus cuba dibolosi 'perkakas' pembangkang?
Tian Chua sangat dikenali dengan 'kekebalan dalam demonstrasi'
Sebut saja demo haram yang mana, dia pasti 'kelihatan'
Mungkinkah Tian Chua telah berjaya menguasai 'Mahasiswa Biadap' ?
Mahasiswa Melayu yang tidak sedar mereka sedang diperalatkan !


Lagi gambar, KLIK

Wednesday, December 21, 2011

Najib men ' description' Mahathir

Kesinambungan dua pemimpin negara.
Masing-masing saling menghormati.
Mempunyai niat yang sama, sentiasa mengambil berat permasalahan rakyat.
Sentiasa mendahulukan rakyat.


Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan tiga aspek kepemimpinan yang memberikan impak sangat besar dalam pembangunan negara.
 

Perdana Menteri berkata, tiga aspek itu adalah mewujudkan misi nasional iaitu Wawasan 2020, menyelamatkan ekonomi negara ketika krisis ekonomi dunia pada 1997 dan menggalakkan rakyat menanam semangat keyakinan diri melalui slogan Malaysia Boleh.- Berita Harian

Tuesday, December 20, 2011

Kerajaan Prihatin walaupun dibalun setiap hari

Bukan mahu menunjuk-nunjuk mahupun berlagak hero tetapi ini adalah satu fakta yang membuktikan kerajaan pusat begitu prihatin kepada rakyat.

Bercerita di negeri Selangor yang diperintah Pakatan Pembangkang, mereka mencemuh, menghina dan menfitnah kerajaan BN/UMNO setiap hari.
Tetapi bagi BN/UMNO, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan !





SHAH ALAM, 19 Dis - Peruntukan yang disalur kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar berbanding jumlah yang diperuntuk kerajaan negeri itu sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau memberi contoh peruntukan tahun ini yang mana kerajaan pusat menyalurkan RM2.7 bilion untuk negeri itu.


Di bawah Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak RM2.62 bilion disalurkan kerajaan pusat untuk melaksanakan 628 projek di negeri itu, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian, katanya kepada pemberita, di sini.


Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, berkata selain itu, sebanyak RM16.95 juta disalurkan untuk 11 projek yang diminta pemimpin tempatan ketika lawatan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kerajaan Selangor sebelum ini membentangkan belanjawan berjumlah RM1.43 bilion, yang mana RM830 juta diperuntukkan untuk belanja mengurus dan baki RM600 juta bagi pembangunan negeri untuk tahun ini.


Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan surat pelantikan kontraktor untuk fasa kedua membina dan menaik taraf perhentian bas di seluruh Selangor, merangkumi 67 projek bernilai RM9.1 juta.


BERNAMA 

 

Apabila terlalu LEMBUT, minoriti ambil kesempatan...

Anak Melayu yang tak kenang dek untung !







Pejuang Bangsa yang sedih/marah dengan kebiadaban Anak Melayu yang tak kenang untung.




Monday, December 19, 2011

Pelapis Anwar Main Peranan

Adam Adli B. Abd Halim.
Pelajar tahun 2 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.


 Gambar-gambar diatas membuktikan golongan minoriti yang menggelarkan diri mereka sendiri sbg suara 'mahasiswa' kini jelas terbukti yang mana mereka ini tidak lebih dari perkakas dan robot ciptaan pembangkang !


Anak Melayu yang tak sedar dek untung tinggal dibumi bertuah ini yang sanggup menghina pemimpin negara!


Robot dan perkakas ini tidak patut dimaafkan sama sekali.
Mereka ini seharusnya diletakkan di negara-negara bergolak.

Mereka begitu berani datang ke 'rumah' orang dan meletakkan najis mereka.

Perkakas pembangkang yang bertindak diluar pemikiran matang seperti ini harus ditentang dan diambil tindakan !





'Mahasiswa' kurang ajar patut diletakkan di Palestin/Israel



Apa kejam dan zalimnya AUKU ini sehinggakan Pro Mahasiswa berani tampil membuat kenyataan kepada PM Najib Tun Razak hari ini membuat REVOLUSI Pemberontakan sedemikian? Ini semua agenda Anwar bagi menumbangkan Kerajaan Pusat setelah pelbagai cara diperlakukan yang akhirnya gagal menutup kesalahan moral beliau. 

 Inilah sumpah laknat sebenar Anwar jika disabitkan beliau bersalah terhadap kes liwat beliau. Adakah Pro Mahasiswa ini benar2 memperjuangkan permansuhan AUKU yang pernah dipertahankan Anwar semasa memegang jawatan Menteri Pendidikan 1 ketika dahulu?


Puak Pro Mahasiswa belaan Anwar Ibrahim 'secara kebetulan' akan menganjurkan REVOLUSI Kebangkitan Mahasiswa atas nama Permansuhan AUKU kononnya, tatkala menjelang keputusan Perbicaraan Kes Liwat II Ketua Pembangkang itu. 
-Gelombang Rakyat

Saturday, December 17, 2011

Memartabatkan Bangsa di Mata Dunia : Anwar Berjaya

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah berjaya memartabatkan anak bangsa di mata dunia.
Setiap apa yang keluar dari mulut ketua umum itu mampu dipraktikkan anak muda dengan begitu pantas sekali.
Begitu hebat ajaran pak sheihk yang juga anugerah kak wan ini...




Krisis dalaman PAS semakin PARAH !!!

Hari ini lidah rasmi pakatan pembangkang menyatakan PAS lancar perang ke atas Hasan Ali dan Nasharudin?
Betul ke ni???



Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan. - Mkini

Kemana pergi nya semangat demokrasi yang kononnya diperjuangkan PAS ???
Kemana pergi nya kebebasan bersuara yang kononnya dilaungkan PAS ???
Dan ini juga menunjukkan yang mana parti PAS ini tidak lari dari nafsu kuasa....
Masing-masing mahu berkuasa dan mahu menjadi hero...
PAS tidak lagi suci sepertimana yang digembur gemburkan...
Walau apa pun, Hasan Ali dan Nasha mungkin dipihak yang benar...
Tetapi kepincangan yang berlaku dalam parti PAS itu membuktikan kuasa melebihi dari perjuangan yang sepatutnya diperjuangkan...

Friday, December 16, 2011

Anwar menakut-nakutkan orang ramai dengan fitnah terbaru !

Ada dua benda berbeza disini.
Yang pertama, cubaan menakut-nakutkan.
Kedua, fitnah.


Menurut sebaran berita putar belit di Mkini :
Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Kelakar bukan?
Inilah Anwar Ibrahim, sedang orang lain menganggap ETP adalah antara perkara yang mampu memajukan negara, tidak bagi penasihat kewangan syok sendiri itu.
Ini berlaku hanya kerana hasad dengki terhadap kerajaan BN/UMNO.
Apabila hati punya perasaan dendam, yang baik itu dijadikan buruk.




Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :

1. Minyak, gas & tenaga
2. Minyak sawit
3. Perkhidmatan kewangan
4. Pelancongan
5. Perkhidmatan perniagaan
6. Elektronik dan elektrikal
7. Pemborongan & peruncitan
8. Pendidikan
9. Penjagaan kesihatan
10. Kandungan & infrastruktur komunikasi
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur

Kepimpinan PAS ni mana reti menerima kebenaran !



Sudah banyak kali diperhatikan golongan pemimpin dalam parti PAS ini amat sukar untuk menerima kebenaran kecuali jika ia mendatangkan faedah kepada mereka.
PAS sukar untuk berpijak di bumi nyata.
Memurtadkan orang Islam yang kecoh di Damansara Utama Church baru-baru ini sebagai contoh.
Mereka sebenarnya sedia maklum akan hal berlaku jika tidak masakan Exco Agama mereka yakni Hassan Ali begitu lantang mempertahankan akidah umat Islam.
Tetapi mengapa kelantangan itu tidak menyeluruh kepada pemimpin PAS yang lain?
Kepimpinan PAS dilihat tidak democratic sehingga Hasan Ali diminta 'membisu' berhubung isu murtad di DUMC.
Sampai ada yang begitu 'play save' dek kerana menunggu kata putus serta perbincangan dari DAP terlebih dahulu.


Dan terbaru, kita boleh lihat konflik dalaman PAS yang agak ketara sejak kebelakangan ini.
PAS kata mereka memperjuangkan hak bersuara, demokrasi, kebebasan itu kebebasan ini.
Tetapi apa yang berlaku kepada Hasan Ali yang secara terbuka dan mungkin juga terlepas cakap mengenai perpaduan UMNO-PAS.


Jelas, PAS hari ini takut pada bayang-bayang sendiri dan takut untuk menegakkan kebenaran kerana mahu menjaga undi sesetengan golongan dan juga mahu menjaga rakan berlainan agenda, DAP.
Apakah DAP menjaga PAS?
Apa yang kedengaran di luar adalah. DAP ganti PAS.

Sehingga Mustaffa selaku setiausaha agung pun tidak menyebelahi Hasan Ali dan Nasha yang pro-ulamak juga tidak terkecuali dek kerana kelantangan mulut memperjuangkan Islam.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Nasharudin dalam kenyataan baru-baru ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.
----------------------------------------------------------------------------------------------


Kepimpinan apa yang dibawa PAS hari ini?
Dimana letaknya suara Islam yang kononnya mereka perjuangkan selama ini?
Dengan apa yang berlaku hari ini, suara Hasan Ali (Exco Agama) tidak diendahkan, suara pro-ulama diketepikan, jadi benarlah, DAP ganti PAS.

Thursday, December 15, 2011

Lawan Tetap Lawan : Penyokong FELDA yang betul-betul PENEROKA !



Cubaan PAS menerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) untuk kacau FELDA menjelang penyenaraian FELDA Global Venture Holdings (FGVH) petang Selasa lalu mendapat tindak balas.Tengahari Khamis lebih 700 wakil peneroka seluruh negara,belia FELDA ,Perkasa dan lain-lain mengadakan perhimpunan aman depan Wisma FELDA di Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan dan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.


Yang ini baru betul betul peneroka !
Yang semalam itu POLITIK aje lebih....
Usah dilayan suara politik, apa yang perlu dilayan adalah suara rakyat !
Kroni-kroni dan pencacai pembangkang, udah-udah lah membuat fitnah busuk !

Serangan Halus Malaysiakini Melalui Gambar

 



Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib. -Malaysiakini.

Pelik bunyinya...
Yang membuat onar, yang sedap melepaskan nafsu orang lain, tetapi orang lain dipersalahkan?

Wednesday, December 14, 2011

Nik Aziz tak puas hati



Terbaru, Nik Aziz marah-marah ekoran penggunaan istilah “jihad” oleh Tmbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru-baru ini bagi menguatkan semangat orang UMNO menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Katanya, UMNO tak layak pakai istilah “jihad” dan perkataan tersebut hanya sesuai digunakan untuk menegakkan Islam.
Katanya, UMNO tak layak guna istilah itu kerana perkataan “jihad” berasal dari Al-Quran, manakala UMNO mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Malah menurutnya UMNO menggunakan istilah “jihad” untuk orang Melayu sahaja, sedangkan Islam meliputi semua kaum lain seperti bangsa Arab, kaum Cina dan lain-lain di dunia.
Saya percaya, kalau saya kata Nik Aziz Nik Mat itu bodoh, tentu ramai puak-puak PAS yang malas berfikir akan marah saya kerana menyifatkan “Nabi” mereka dengan sifat begitu. Oleh itu, saya gunakan perkataan “lembut sedikit” bahawa Nik Aziz bagai “tidak berakal untuk berfikir” dan “tidak bijak dalam pemikiran dungunya” itu.


Tuesday, December 13, 2011

Cepat-cepat!!! Kesuntukan masa!!! SPIN selagi boleh !



Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.
pencacai pembangkang 

Itu dari lidah rasmi pembangkang.
Portal berita yang tak habis-habis dengan berita yang putar belit dan tanpa berputus asa mahu mengelirukan pembaca.
Mereka semakin terdesak isu.
Sehinggakan melakukan serangan individu semata-mata mahu memberikan persepsi busuk masyarakat terhadap agensi kerajaan.
Meraka cuba untuk bermain jolok jolok dengan agensi yang besar dalam negara iaitu FELDA.
Agak lucu bunyinya, manakan tidak, FELDA yang diusahakan kerajaan sejak sekian lama dan semakin bertambah maju terutamanya dalam sektor ekonomi itu kini cuba dirampas oleh pembangkang.
Dalam negeri yang mereka kuasai, tidak pula kedengangaran idea-idea baru untuk kesejahteraan rakyat, kesenangan rakyat, tetapi yang mereka tahu adalah cuba untuk merampas kemewahan rakyat yang diusahakan kerajaan.
Begitu juga hal nya dengan Putrajaya.
Pada mulanya mereka mahu menjual aset negara itu jika mereka memerintah.
Kini, tak jadi pula, katanya mereka mahu memiliki Putrajaya pula.
Berbalik pada apa yang berlaku di FELDA, apa kelebihan pembangkang adalah mereka tidak pernah berhenti dan berputus asa dalam memburukkan kerajaan serta membuat fitnah jahat.

Kita baca pula fakta ini :


MELAKA 10 Dis. – Usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.
 
“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.
 KLIK

Monday, December 12, 2011

Serangan Psykology Anwar

Siapa tak kenal dengan Anwar Bin Ibrahim ini....
Begitu pandai dalam berkata-kata dan begitu berbakat dalam lakonan.
Hari ini hari perbicaraannya yang sejak sekian lama asyik tertangguh aja.
Dan hari ini juga dia mencipta sejarah dengan menggunakan serangan psycology dalam mahkamah.

"Ni wayang Anwarlah...."kata seorang di lobi mahkamah dengan nada sinis  - Agenda Daily

Memakai pakaian yang jarang sekali untuk menghadiri perbicaraan dalam mahkamah.
Serangan ini adalah serangan halus dalam memperlekehkan pakaian rasmi istiadat dalam masa sama memperlekehkan mahkamah.
Mungkin pencacai Anwar tidak mahu mengambil berat mengenai perkara ini.
Dan perkara ini bukanlah satu perkara besar seperti mana kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari yang menjadi mangsa teraniaya.
Tetapi apa yang cuba diketengahkan adalah, Anwar bukan sahaja pemidato yang hebat, pelakon terbaik, tetapi Anwar Bin Ibrahim ini juga adalah seorang yang pandai dalam helah psyko.
Pimjam kata-kata Karpal Singh, "Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!"

Ancaman Negara : Papa Gomo Kutuk Negara Sendiri ?

Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu tetapi saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang Anwar Ibrahim dan DAP terutama sekali Tony Pua dan Lim Guan Eng yang kelihatan terlalu takut dengan kehadiran seorang blogger pro-UMNO. Walaupun sebenarnya ketika di dalam helikopter, Lim Guan Eng ditemani oleh seorang lagi blogger pro-UMNO yang sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan terutama sekali melibatkan DAP dan Pulau Pinang menerusi cerita pemurtadan dan ikrar janji untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian dalam sebuah majlis tidak lama selepas DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi di Sarawak, namun kebimbangan Guan Eng lebih terarah kepada blogger yang bernama Papagomo.
Selanjutnya