AdSense

Sunday, January 30, 2011

UMNO Wangsa Maju buat kecoh dalam sekolah ?!!!



  RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Saturday, January 29, 2011

Nak Jadi Pemimpin, Akademik Mestilah kena BAGUS!

Kalau hendak berniaga, kenalah tahu ilmu hisab (matematik)
Kalau hendak menjadi pengulas bolasepak, kenalah petah berkata-kata
Kalau hendak menjadi pemimpin, kenalah ada ilmu

Dan kalau ya pun tiada ilmu tapi ada pengalaman dan boleh memimpin tidak mengapalah.
TETAPI JANGANLAH MENIPU !!!


Thursday, January 27, 2011

Islam itu Indah



Boleh sesiapa beritahu SL tak
ini ajaran mana pulak ni?
takut juga SL kalau bab halal haram ni
nanti kat 'sana' kena tanye, camne nak jawab ?
tapi takpalah, SL ada akal boleh berfikir.
senang senang je beliau menurunkan fatwa?
dulu Tok Guru Nik Aziz cakap pasal syurga neraka
hurm...?
SL tetap berpegang pada prinsip
"tak senang nak senang, tak susah nak susah"
solat tak perlu, fitnah sana sini, bohong kiri kanan, boleh masuk syurga ke?
tak logik la pulak
tak tercapai dek akal la pulak
SL waras, anda bagaimana?




















Dan ini lagi satu.
Setahu SL doa itu adalah untuk kebaikan.
Manalah boleh mendoakan untuk keburukan.
doa untuk keburukan orang,
menunjukkan betapa busuk nya hati si pendoa itu.
dan jika difikir secara waras,
diterimakah doa dari hati yang busuk?
Jawapan dia ya, diterima.
tetapi oleh Syaitan.
Nauzubillah.
Astagfirullahalazim.

Sejenak,
bagaimanapula jika doa dari orang yang teraniaya?
dan ditambah lagi di tempat suci?
Allahuakbar !
Allah Maha Besar !
















Sesungguhnya Islam itu agama suci dan bukan untuk dipermainkan !

Wednesday, January 26, 2011

00012

Bekas Pengasas PKR
Ng Lum Yong
SERAH BORANG SERTAI MCA

Beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak awal penubuhannya pada 1999, menyerahkan borang permohonan menyertai MCA kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pejabat MCA Labis di sini.

"Ng kagum kegigihan kepemimpinan BN bela nasib rakyat"


SL : pengasas tu beb. Antara yang terawal. Heh. Pengikut-pengikut yang baru setahun jagung tu, ambillah apa yang berlaku hari demi hari ini sebagai pedoman dan pengajaran. Jangan terlalu taksub menonong sehingga jalan pun terhuyung hayang. Sesungguhnya 'orang lama' lebih mengetahui 'garam' itu masin atau sebaliknya.

Wednesday, January 19, 2011

Oh! Pelabuhan Klang ku sayang

Sah !
Kerusi DUN Pelabuhan Klang KOSONG !
Perkara tersebut diumumkan speaker DUN Selangor.
Ini adalah disebabkan DUN Pelabuhan Klang itu gagal hadir bersidang.


Seperti sedia maklum,
Badrul Hisham Abdullah, ADUN Pelabuhan Klang keluar parti (PKR)
kenapa beliau berbuat demikian?
hurm sikit jam juak-juak fuckatan akan berkata :
"aah budak Badrul tu ada orang beli latu"
"aah Badrul tu tak dapat apa dia nak dalam parti, nak bikin kecoh latu"
hehe lumrah otak pencacai, dah dapat baca dah.
harap-harap mereka kembali sedar, Amin...
Dan dengan ini sekali lagi diisytiharkan bahawasanya akan ada PRK di wilayah jajahan Encik Kuda ini.

Parti Kian Rebah

Thursday, January 13, 2011

Pakatan TERDESAK !!!

Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah penilaian rakyat terhadap janji berkenaan dan fakta yang dikemukakan kerajaan. Tambahnya lagi, "Kalau hendak berdebat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu (tetapi) saya tidak nampak ada hasil. Jadi, yang penting sekali ialah penilaian rakyat,"

Tuesday, January 11, 2011

Katakan Tidak pada GAY !!!

Semua umat Islam seluruh dunia pasti mengetahui sejarah tersebut.
Apakah cerita disebalik apa yang berlaku.
Zaman sekarang ia kembali berleluasa.
Baik orang bawahan, orang atasan.
Siapa mahu menangani nya jika bukan diri kita sendiri?
Mahu kita lawan ia habisan sebelum Allah menurunkan bala-Nya?

Semua pihak berkuasa termasuk orang ramai harus menyekat dan memulau golongan gay jika tidak mahu mengundang malapetaka ke atas negara ini gara-gara bersubahat dengan pengamal seks songsang itu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, gay yang merujuk kepada homoseksual atau daya tarikan seksual terhadap anggota jantina yang sama adalah perbuatan orang jahiliah.
Nooh berkata, jika kerajaan, penguat kuasa undang-undang dan agama serta para ilmuwan tidak bertindak segera menghentikan kegiatan tersebut, beliau bimbang sejarah zaman Nabi Lut akan berulang yang mana pengamal kegiatan itu diturun bala oleh Allah.

"Sudah termaktub dalam al-Quran dan Hadis, perbuatan gay menyimpang daripada norma kehidupan manusia yang akalnya sihat. Kalau tidak disekat segera, ia boleh menjadi satu penyakit di kalangan manusia," katanya.

Tambahnya, barang siapa yang melihat satu maksiat, wajib di atas individu itu memperbetul atau menasihati orang berkenaan melalui kuasa yang ada sama ada menerusi kata-kata atau tindakan undang-undang.
Menurut Nooh, jika menerusi nasihat tidak berkesan, masyarakat harus memulau individu (gay) berkenaan sebagai satu cara pengajaran.

"Memulau gay itu adalah sebagai cara untuk membantu orang berkenaan kembali ke jalan Allah kerana kita tidak mahu mereka mati dalam kesesatan.
"Kesedaran juga boleh dipupuk menerusi khutbah Jumaat atau program-program agama yang disiarkan di saluran televisyen. Selagi orang berfikiran sihat tidak bertindak, selagi itulah kita dianggap bersubahat," katanya.

Beliau turut menasihatkan golongan orang kenamaan (VIP) atau sesiapa sahaja yang 'waras' supaya tidak bertindak seperti gunting dalam lipatan atau harapkan pagar, pagar makan padi.
Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, dakwaan yang mengatakan golongan gay dilindungi oleh VIP adalah satu alasan yang sengaja direka untuk membolos diri daripada ditahan.

Katanya, jika benar VIP tersebut marah dengan tindakan pihak penguat kuasa yang sering menyerbu premis-premis kelab gay, kenapa VIP berkenaan tidak tampil.

"Saya yakin pihak berkuasa tidak gentar untuk menahan VIP atau VVIP jika mereka didapati bersalah. Bagi saya, ini hanyalah penyamaran atau jual nama VIP sahaja bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) Muhd. Razak Idris berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan merasa dukacita sekiranya ada VIP yang sengaja melindungi kegiatan gejala seks songsang.

Sehubungan itu, beliau meminta agar VIP tersebut bertaubat dan jangan menggunakan pengaruh bagi melindungi perbuatan terkutuk di sisi agama itu.
"Seharusnya VIP sama-sama membantu masyarakat mengekang gejala terkutuk daripada berkembang dalam kehidupan masyarakat terutama golongan muda kerana ia amat berbahaya dari sudut agama dan kesihatan," katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa mengenal pasti dan menangani VIP berkenaan dengan tindakan undang-undang.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Thursday, January 6, 2011

Hoi ! Wei Aik. Hoi ! Kerajaan PP !!!


PULAU PINANG 5 Jan. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memandang serius tindakan ala samseng, kasar, biadab serta membangkitkan isu perkauman yang didakwa dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar serta pekerjanya semasa operasi penyitaan di premis itu, Ahad lalu.
 
"Dengan bukti yang ada, dia (Wei Aik) tidak boleh lagi berbohong dan menafikan tindakan yang telah dilakukannya," kata Faruk, Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang.
 
SL : 
Kasihan Muslim Penang.
Kasihan Melayu Penang.
Kasihan Rakyat Penang.
Kasihan Penang.
 
PENANG DIJAJAH KOMUNIS ?
PENANG DIJAJAH RASIS ?
 
mahukan lebih kesahihan?
rujuklah penduduk Penang atau anda boleh menetap di sana untuk beberapa bulan dan saksi serta buatlah analisa anda sendiri, pemerintahan DAP.

Tuesday, January 4, 2011

Sabu Oh Sabu


NIBONG TEBAL 3 Jan. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan sembilan yang lain dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini atas tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas, empat tahun lalu.

 MUKA ADA SINYUM....
p/s : PDRM / SPRM / MAHKAMAH = cepat, betul, cekap, adil.
dulu masa berceramah cakap si polan di bayar si polan.
si polan di kroni si polan.
NOW WE SEE Malaysian !

Cerita dari Singapura

Petang suram suram mendung
SL duk lepak minum teh di sebuah restoran di tengah ibukota
sedang hirup teh panas kaw...

"dik, ada orang? sapa seorang pakcik berusia lingkungan awal 50an.
"tade pakcik, duduk la" balas SL spontan.
"may i take your order sir?" tanya pelayan yang comel itu.

5minit kemudian pesanan pakcik tu pun sampai.
"sluuurp"
"slurrrp....aah"

wah betul-betul menikmati hidangan pakcik ni kata benak SL
dicapainya rokok sempoerna hijau dari dalam poketnya.
"untung you duduk Malaysia dik"
"aaa? balas SL spontan. tetiba je orang tua ni dah kenapa? dia ni bukan orang Malaysia ke? muka orang Malaysia???

"yela, Malaysia aman. banyak kaum tapi hidup harmoni. orang Melayu hidup terjamin. Cina India juga terbela"
"kenapa pakcik cakap macam tu? pakcik ni bukan orang Malaysia ke?" tanya SL
"pakcik orang Singapura" jawabnya.

"Singapura pun apa kurangnya pakcik.Maju. Kaya." bodek SL. SL sbnarnya nak sgt dgr cerita dari Singapura ni.
"Ya, maju, kaya. tapi kaum pakcik ditindas. itulah kesan dari sikap pakcik dan kawan-kawan masa dulu. Pakcik orang politik. Disebabkan terlalu taksub pada orang atas, kami lupa pada bangsa sendiri. kami tak peduli digelar pengkhianat asalkan dapat apa yang dicita, KUASA.

setelah kami hulur kepala kami...

ibarat dukung biawak hidup
ibarat memberi bunga pada beruk

itulah kesilapan besar pakcik dan rakan-rakan
sekarang kami tiada suara
tiada suara di negara sendiri
semuanya dikaut kroni dia
kaum dia
rakus, sgt rakus !

"dilihatnya jam tangan
eh, pakcik beransur dulu la
nak fly dah...
dik, jagalah negara adik ni baik-baik
jangan sampai jatuh ke tangan orang lain
jangan sampai merempat di negara sendiri
jangan jadi macam orang Melayu di Singapura
jangan jadi macam pakcik.
pesan pakcik ni, ingat sampai bila-bila !
Assalamualaikum."